CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

    [Copy link]
Post time 4-1-2021 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Uih, tertunggu2 iols sambungan berikutnya walaupun seram2 sejuk membaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2021 11:12 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 4-1-2021 11:18 PM

Misteri Terowong Sensabaugh, Tennessee.

Di Tennessee, ada sebuah terowong yang terkenal dengan keangkerannya, iaitu Terowong Sensabaugh.  Terowong ni pendek je, kalau waktu siang boleh nampak apa yang ada di hujung terowong tu. Tapi bila malam, terutamanya di malam bulan mengambang, tempat tu dikatakan dah jadi pintu masuk dari alam ghaib.

Pintu masuk terowong ni dipenuhi dengan lukisan graffiti, dah diconteng-conteng oleh budak nakal.  Tapi apa yang menjadikan terowong ni terkenal adalah kisah-kisah paranormal yang diceritakan oleh orang yang pernah mengalaminya.  Terowong ni juga dikatakan adalah tempat berlakunya pelbagai jenis jenayah termasuklah kes bunuh.


Macam-macam cerita pasal terowong ni, jeritan, penampakan, bunyi-bunyi pelik termasuklah gelak tawa budak kecik yang hanya kedengaran pada waktu malam.  Terowong ni memang gelap lain macam kalau di waktu malam. Kalau berjalan dalam tu macam masuk lohong hitam atau blackhole.  Tapi ada satu cerita yang paling terkenal la pasal terowong ni.

Ada seorang lelaki ni bercadang nak merasa sendiri keangkeran terowong tu. Jadi dia pun memandu la seorang diri masuk dalam terowong tu di malam bulan mengambang berbekalkan sebuah pita rakaman dan pistol untuk keselamatan dia.  Sebelum masuk tu, dia sapu satu kereta tu dengan bedak bayi.  

Dia pun matikan enjin, matikan lampu, dan pasang pita rakaman dia.  Dia kata, malam tu sejuknya lain macam, walaupun waktu tu tengah musim panas.  Dalam kesunyian malam tu, dia terdengar bunyi titisan air.  Sayup-sayup kedengaran juga suara budak kecil, tapi suara tu tak berapa jelas, terlalu perlahan sampai dia tak dapat tangkap apa yang dicakapkan tu.  

Tapi apa yang buat dia betul-betul terkejut adalah bunyi seperti ada ‘seseorang’ melanggar pintu belah penumpang kereta dia.  Bukan setakat bunyi je, memang terasa lah kereta tu macam bergoyang.  Terkejut gila dia sampai tercampak pita rakaman yang dia pegang tu.  Dia pun start kereta, tapi tak hidup-hidup.

Berkali-kali dia pusing kunci kereta, tapi kereta dia langsung tak hidup seolah-olah macam baterinya dicabut.  Kali ni dia dah mula panik, dia cuba nak hidupkan fungsi lampu suluh di telefon bimbit dia, tapi bateri telefon udah kong la pulak. Cuma tinggal beberapa persen je.  Dahla signal pun takde.  Tapi dia pasang jugak lampu suluh.  Punyelah gelap malam tu sampai dia boleh nampak hembusan nafas dia.  Dia cuba dan cuba jugak hidupkan enjin kereta, tapi langsung tak berjaya.

Bateri telefon makin kaput, enjin kereta pun dah mampuih.  Dia pun taknak duduk dalam terowong gelap tu.  Dia terfikir nak lari je dari situ, terowong ni pun pendek je. Tapi apa yang dirisaukan adalah nanti kalau dah kat luar macam mana dia nak berjalan dalam gelap tanpa cahaya. Dahlah kat luar tu macam ada sesuatu.  Jadi, nak tak nak, dia pun matikan jelah lampu sulu dia untuk jimat bateri. Memang bergelap la dia dalam terowong tu.  

Dahla gelap, sunyi pulak tu.  Yang dia dengar cuma bunyi titisan air tadi.  Tetiba, dia terdengar suara budak ketawa mengekek, tapi suara tu perlahan jelah.  Kali ni dia cuba lagi start enjin kereta, kali ni kereta dia hidup!  Dia pun tak tunggu apa lagi terus la mengundur keluar dan memandu laju-laju tinggalkan terowong tu.

Akhirnya, bila dia sampai ke tempat yang selamat dan ada orang lah, dia pun keluarlah dari kereta dia tu.  Kereta dia tadi kan dia sapu dengan bedak.  Kereta dia dari depan sampai belakang dipenuhi tapak tangan budak kecil.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2021 01:47 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 6-1-2021 12:55 PM

Asyik cerita pasal hutan je kan, kali ni aku nak share cerita pasal mimpi pulak.  Harap poremer tak kisah.
Amanat Terakhir Si Suami

Nenek aku dulu ada jiran yang kematian suami di usia yang masih muda.  Kejadian ni berlaku dalam 40 tahun yang lalu.  Mendiang suami meninggal tiba-tiba sebab sakit jantung.  Si isteri memang sedih sangat, tapi malangnya, yang lagi sedih sebab mendiang suami dia tak pernah muncul dalam mimpi si isteri.  Si isteri rasa terkilan sebab tak dapat nak mengubat kerinduan dia pada si suami yang dah tak ada. Walaupun sekadar bertemu dalam mimpi...

Bertahun-tahun jugaklah si isteri ni tak pernah mimpikan si suami, sampai anak-anak dah besar dan si isteri ni pun dah makin tua.  Dah tak boleh nak duduk sorang-sorang kat rumah tu, jadi si isteri tu pun bercadang nak ikut anak yang duduk kat negeri sebelah.  Masa nilah, si suami mula muncul dalam mimpi si isteri.

Dalam mimpi tu, si suami duduk di tepi katil kejutkan isteri, si suami cuba nak mengatakan sesuatu pada si isteri, tapi butir-butir yang keluar dari mulut si suami tu memang tak jelas.  Si suami macam membebel-bebel macam orang sasau je.  Mimpi yang sepatutnya indah bertukar jadi igauan pada isteri.  Sampailah, beberapa hari sebelum isteri ni berpindah keluar secara rasmi dari rumah tu, si suami muncul lagi dalam mimpi isteri. Kali ni si isteri cuma dapat tangkap satu ayat je - rafters.  Rafters ni, kalau dalam struktur bumbung atau syiling tu adalah beam atau kayu yang melintang melintasi syiling. Kalau korang rujuk dalam gambar bawah ni, yang pendek-pendek tulah rafters



Esoknya, dia pun turunlah ke ruang bawah tanah kat rumah dia untuk mengemas barang-barang kat situ.  Dah siap kemas tu, tiba-tiba dia teringat pasal mimpi dia malam tadi. Dia pun dongak kat atas, dia ternampak macam ada satu gulungan di celah-celah rafters tu.  Rupa-rupanya, sebelum suami dia meninggal, suami dia sempat beli saham WW2 yang bernilai beribu-ribu dollar usa tanpa pengetahuan isteri ni tadi. Kemunculan suami dia dalam mimpi tu sebenarnya nak beritahu dia pasal harta tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2021 04:16 PM | Show all posts


One Two Jaga

Peristiwa ni berlaku pada kawan aku yang merupakan seorang polis.  Nama kawan aku ni Tom. Masa kejadian ni berlaku, Tom masih baru lagi jadi polis, jadi sebagai freshie Tom ni selalunya ditugaskan untuk buat rondaan seorang diri di waktu malam. Biasakla tu, kena 'buli' dengan senior.  Tapi nasib baiklah Tom ni ditugaskan di tempat yang tak banyak kes jenayah.  Cumanya, boring sikit la sebab kawasan Tom ni jadi senyap sunyi kalau dah malam-malam.  Kawasan rondaan Tom ni ada macam hutan kecik la.  Korang imagine macam Taman Saujana Hijau kat Putrajaya tu, taman dalam bandar la gitu. Ada pokok, ada bukit kecil.



Suatu malam, macam biasa Tom kena keluar meronda.  Pukul 2 pagi, Tom tiba di kawasan taman tu. Tom sebenarnya jarang meronda kat tempat ni sebab taman kan, malam-malam sepatutnya mana ada orang. Niat Tom cuma nak lalu gitu-gitu je.  Tom keluar dari kereta peronda dan berjalanlah di luar kawasan taman tu.  Ingatkan takde orang, sekali tu Tom ternampak ada seorang lelaki berdiri membelakangi dia tapi mengadap hutan tu.

Tom pun tegurlah lelaki tu, 'Woi buat apa kat sini pagi-pagi buta ni?'.  Lelaki tu menoleh ke arah Tom dan tersenyum, lepas tu dia terus pecut masuk hutan.  Tom pun kejarlah lelaki tu.  Pergh tenaga lelaki tu memang luar biasa. Dah macam monyet pulak sebab senang je dia mengelak dahan-dahan, lari pun macam tak jejak tanah bukan main laju lagi.  Dengan mudahnya lelaki tu melompat melintasi onak belukar.  Tom ni pun sebenarnya bukanlah lembik sangat, dia pun aktif jugak, yelah dah nama pun polis pun, tapi Tom tak mampu nak kejar lelaki tu.

Tom jerit kat lelaki tu suruh berhenti, lelaki tu cuma menoleh dan senyum je kat Tom. Kejar punya kejar, sampai la ke satu kawasan lapang.  Masa ni Tom dah 10 ke 15 kaki tertinggal di belakang jugaklah. Lelaki tu berhenti kejap, toleh dan senyum bangga kat Tom, seolah-olah mengejek Tom.  Keegoan Tom tercalar, dia pun berhenti jap dan  keluarkan pistol dia.  

Di hadapan diorang ada bukit kecil yang agak landai.  Nampak je Tom dah keluarkan pistol, lelaki tu pecut naik bukit tu macam tak ada apa.  Sampai je atas puncak bukit tu, Tom memandang ke bawah. Lelaki tu hilang!   Di hadapan Tom adalah kawasan lapang takde pokok yang luas, mustahil la lelaki tu boleh keluar dari taman tu macam tu je. Seolah-olah lelaki tu ghaib sekelip mata.

Sehingga sekarang, Tom selalu terfikir siapakah, atau apakah yang dia kejar malam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2021 05:24 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 7-1-2021 10:01 AM

Misteri Di Menara

Beberapa tahun dulu, aku dan 2 kawan aku, D dan J penah mengalami peristiwa misteri di sebuah tempat bernama Look Rock. Look Rock ni sebenarnya sebuah menara peninjau konkrit yang dibina di atas Gunung Chilhowee di Blount County, Tennessee.  Untuk sampai ke menara ni, korang kene parking kat bawah dulu pastu kena mendaki sikit  dalam setengah batu.  Gambar kat bawah ni lah menara tu



Aku dan kawan aku memang dah biasa dah datang sini.  Tapi walaupun dah banyak kali datang sini, memang kitorang tak boleh lari daripada aura misteri kat sini. Korang memang tak nampak apa-apa yang luar biasa, tapi korang boleh merasainya.  Perasaan macam tak dialu-alukan.  Apepun, perjalanan kali ni sunyinya macam luar biasa skit. Tiada langsung kedengaran bunyi-bunyian hutan - bunyi cengkerik, bunyi daun-daun disapa angin, bunyi burung. Memang senyap sunyi lah. Tapi, sepanjang perjalanan naik tu takde apa-apa yang pelik berlaku pada kami. Belum lagi berlaku pada kami masa ni.

Kitorang pun naik menara tu, lepak-lepak sembang-sembang dalam 2-3 jam jugaklah.  Tadi kitorang naik dah tengah malam, jadi kitorang turun dalam pukul 3 pagi la jugak .  Di bawah menara ni, ada batu-batu besar,  diameternya dalam 6 kaki, disusun di bawah menara tu sebagai perhiasan.  Apa yang aku nampak atas batu tu lah jadi permulaan malam yang menakutkan bagi kami.  Aku ternampak, satu lembaga hitam, dalam 4-5 kaki tinggi, tengah duduk mencangkung kat situ dengan mata merah menyala.  Benda tu merenung kami dalam 4-5 saat, lepas tu terus hilang. Aku rasa aku sorang je kot yang nampak lembaga tu sebab kawan aku yang lagi 2 orang tu jalan menyembang macam selamba je.



nampak tak batu besar kiri kanan tu? tu lah tempat benda tu bertenggek.

Aku pun husnozon, aku tengah mengantuk kot tu yang ternampak benda bukan-bukan tu. Aku pun jalanlah macam biasa, sampailah kitorang sampai ke bahagian laluan yang membengkok 90 darjah ke kanan. Laluan ni macam simpang, tapi kalau terus laluan ni akan bawak korang ke laluan ATV.  Kalau belok kanan akan menuju ke parking tadi.  Dalam 20 kaki sebelum nak sampai ke simpang tu, aku terperasan sesuatu.  Ada 4 set tapak kaki, padahal kitorang bertiga je.  Terberhenti jap aku, D dan J jalan macam biasa tak perasan aku dah berhenti berjalan.  Di belakang J, aku ternampak macam bayang-bayang hitam tengah ikut dia.  Bayang-bayang tu bentuknya macam manusia.  

Tapi, macam lembaga kat batu tadi, bayang-bayang ni pun muncul 4-5 saat je, pastu hilang dari pandangan mata aku.  Dah separuh perjalanan nak sampai tu, ada sebatang pokok tumbang, tapi tumbang dah lama la.  Batang pokok tu patah separuh jadi tak semua bahagian pokok tu kat tanah. Eh korang bayangkan pokok tu patah macam ni lah



Kat bahagian yang patah tu, ha masa nilah kami bertiga ternampak lembaga bermata merah tu tengah merenung kami. Apa lagi, pecutlah kitorang macam tak cukup tanah menuju ke kereta kami. Kami pun keluar dari tempat tu dan balik rumah. Sepanjang perjalanan kami dari kereta tu, takde apa-apa yang pelik berlaku.

Ingatkan gangguan tu habis kat hutan tadi je.  Kitorang ni naik kereta aku, jadi aku turunkan J dulu kat rumah dia, pastu aku hantar D pulak. Rumah D dengan J ni dalam 15 minit memandu je.  Aku baru nak turunkan D, bila tiba-tiba D dapat panggilan dari J.  Aku tengok muka D berubah jadi pucat, tanpa maklumkan apa-apa, D suruh aku patah balik ke rumah J.

Sampai je ke rumah J, kami tengok rumah J terang-benderang. J pasang semua lampu yang ada kat rumah dia tu.  Kami temui J atas katil dia tengah pegang Bible, tangan sebelah lagi pegang pistol 0.45.

J pun ceritalah, bilik J ni ngadap lampu jalan. Dalam bilik J ni pun ada jugak peralatan yang guna lampu LED, ada lampu tidur, lampu dari jam meja, lampu dari radio.  Kirenye bilik die takdelah gelap mana walaupun tutup lampu. Tapi J baru nak masuk tidur, tetiba bilik dia jadi gelap gelita.  Tapi J masih boleh nampak cahaya lampu dari lampu jalan dan barang-barang tadi. Punyelah gelap sampai bila J letak tangan depan muka, dia tak nampak pun tangan tu.  Tetiba dalam kegelapan tu, J kata dia terasa leher dia dicekik oleh 'seseorang', dan orang tu menderum depan muka dia.  

Benda tu terjadi sekejap je, tak sampai beberapa saat pun. Tapi J memang jadi takut gila sampai tak berani dah nak duduk dalam gelap. Sebab tu J panggil kitorang. Malam tu, kami tabur garam di pintu dan tingkap rumah J (aku terbaca kat mana ntah, 'benda' tu takut garam).

Mujurlah, sekali tu je kami mengalami peristiwa pelik dan seram macam tu. Aku ada jugak tanya-tanya orang ape benda sebenarnya tu, ada yang kata makhluk tu namanya imp.  Tapi, walaupun J kena ganggu, kitorang ni tak serik-serik, masih lagi suka melepak kat menara tu.  Cumanya, kami tak berani dah nak melepak malam-malam kat situ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 10:19 AM | Show all posts
cik_dahlia replied at 1-1-2021 08:50 AM
Bestlah, tiap hari belek cite baru. Salu cite omputeh xseram tp bca yg ni seram tp best layan. Updat ...

hehehee tocey tocey uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2021 10:19 AM | Show all posts
sranua replied at 3-1-2021 05:05 PM
Best juga baca hujan-hujan ni. Tq min.

hehehe tq tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 11:36 AM | Show all posts
Himpunan Cerita Seram Pendek Kawan Ayah Aku

Ayah kawan aku ada seorang kawan baik yang bernama Jim. Ayah aku cerita, sejak diorang berkawan dari zaman remaja lagi, banyak benda-benda pelik yang berlaku pada Jim ni. Jim ni bekerja sebagai pencatat minit mahkamah, orangnya memang skeptikal sikit pasal benda-benda paranormal ni. Antara kisah-kisah pelik yang berlaku pada Jim ni

1.  Ayah aku dan Jim pegi outstation ke Atlanta. Diorang berdua ni naiklah lif kat satu bangunan ni.  Lif ni jenis yang 2 pintu, boleh bukak kiri kanan. Lif tu tetiba berhenti kat satu tingkat, dan pintu lif belah kanan terbuka.  Tingkat yang diorang berhenti tu kat satu tingkat yang dah terbiar, tapi perabot-perabot kat situ semua macam zaman 1940an. Nampak bersawang dan berhabuk sana sini.  Tapi berhenti sekejap jelah pastu lif tu pun bergerak semula ke tingkat yang diorang nak pegi.

2.  Anjing Jim mati.  Seminggu kemudian, radio Jim tetiba berbunyi sendiri pastu radio tu memainkan lagu yang anjing Jim suka dengar.  Bila check, radio tu takde cd jadi camne pulak lagu tu boleh terpasang sendiri?  Malam sebelumnya pun rumah Jim turun salji, Jim terperasan kat laman belakang dia ada tapak kaki anjing.  Tapi tapak kaki tu cuma ada kat kawasan tu je, jadi dari mana anjing tu datang dan keluar ikut mana, entahla labu....

3.  Bawah bantal Jim, kekadang datang dari mana ntah, ada sebukit duit syiling. Masa tu Jim dah 6 bln tinggalkan USA dan duduk kat London, tapi sape ntah letak duit syiling USA yang diorang panggil penny kat bawah bantal Jim.  

4.  Suatu hari, aku tengah jalan turun tangga dengan Jim. Tetiba aku terasa macam ada orang lontar sesuatu dan terkena kepala aku. Bila aku cek, eh ada duit syiling tapi duit syiling tahun 1948.  Aku ingatkan ni orang lain yang baling kot, tapi kat situ cuma ada aku dan Jim je.

5.  Tahun 1970an, masa ni ayah aku dan Jim penah duduk rumah bujang sekali ngan 2 orang kawan diorang.  Rumah diorang ni ada laman belakang, dan pintu laman belakang tu pulak jenis screendoor yang kaca tu.  Banyak kali jugak diorang terdengar bunyi, macam sekumpulan perempuan tengah bergosip kat belakang tu, siap ada bunyi ais batu berlaga dalam gelas, bunyi orang main kad. Tapi orangnya takde

Macam-macamla jugak kejadian yang menimpa Jim ni. Tapi walaupun bermacam-macam benda pelik berlaku pada Jim, dia tetap tak percaya yang paranormal tu wujud.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2021 12:53 PM | Show all posts


Kisah Melancong ke Florida

Peristiwa ni terjadi dalam 6 tahun lepas, masa ni aku dan 2 orang kawan aku melancong ke Tasik Okeechobee di Florida.  Kitorang sewa bot pelancong 30 kaki, orang sini panggil pontoon boat. Bot ni takde kabin, tapi adalah bumbung kain yang boleh ditanggalkan.  Masa ni musim sejuk kt Florida, tapi musim sejuk kat Florida takdelah sampai bersalji, jadi kitorang cadang sepanjang 3 hari 2 malam tu, kitorang nak tido atas bot tu je.  Sepanjang 3 hari tu, kitorang habiskan masa mabuk-mabuk (hehehe), mancing, main kad, berenang.  Korang bayangkan bot yang kitorang sewa tu macam ni



Kejadian ni masa malam kedua, atau terakhir kitorang kat situ.  Malam tu kitorang berparti sampai penat, tertidur dalam keadaan mabuk la.  Tapi entah macam mana, aku terbangun awal pulak.  Masa ni, aku tidur kat bahagian belakang bot, kawan aku lagi 2 orang tu kat belah depan. Tak pasti nak terangkan macam mana, tapi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena masa tu.  Keadaan tasik masa tu memang tenang, takde ombak.  Kitorang ni dalam 250 kaki dari jeti tasik tu.  Aku pandang ke daratan tasik yang dikelilingi hutan tu.  Aku pun tak tau aku nak cari apa, mungkin fikiran aku yang masih terganggu sebab banyak sangat minum tadi.  Dah tak jumpa apa, aku imbas pulak keliling bot aku. Dari belakang aku berjalan keliling bot tu, entah apa lah aku cari kat permukaan tasik tu.

Sampailah kat bahagian pemandu, tu dia.....  Ada seketul tengkorak tengah terapung-apung atas permukaan tasik tu.  Jaraknya macam 50 kaki dari aku. Yang timbul cuma sebahagian dari soket mata dan lubang hidung.  Perasaan takut tu jangan cakaplah.  Aku rasa macam nak terjun je lari dari tasik tu. Itulah pertama kali aku tengok rangka manusia. Aku rasa memang rangka tu rangka manusia bukannye rangka palsu yang orang pasang kat makmal sains tu.  Yang lebih menakutkan, aku tak taulah ni kesan sebab aku mabuk ke tadi, tapi aku macam berkhayal tengok tengkorak tu terapung-apung kat situ. Seolah-olah macam ianya memanggil-manggil aku suruh datang dan dapatkan ia.  Aku dah sedia dah nak panjat dinding bot tapi lamunan aku dikejutkan dengan bunyi botol bir berguling atas bot.

Tersentak aku, aku pun dengan cemas terus jerit kat kawan-kawan aku, wei bangun wei ada mayat kat sini.  Tapi kawan aku cuma setakat tersedar dari tidur, taknak bangun, sambil bebel-bebel maki aku sebab kejutkan diorang. Dah tak jalan, aku pun tarikla starter enjin bot tu, tak hidup.  Berkali-kalilah jugak aku tarik taknak hidup. Masa tulah, aku terdengar bunyi kocakan air dalam tasik.

Terpaku aku seketika. Aku amati bunyi kocakan tu, bunyinya macam ada sesuatu tengah berenang ke arah bot kami.  Aku pun pelagi, berpeluh-peluhla aku cuba nak hidupkan enjin bot yang siang tadi elok je, waktu macam nilah tetiba enjin buat hal.  Bunyi kocakan tu makin akhir, aku makin rasa nak terkencing, tapi,  akhirnya, hidup jugak dan aku pun teruslah pecut tinggalkan tempat tu.  Berguling-guling kawan aku jatuh dari tempat duduk bot.  Dalam 30 batu la jugak aku bawak bot tu dengan kelajuan penuh menuju ke tengah tasik.  Aku berhenti bila rasa macam dah jauh.  Nanti kalau minyak habis, satu cerita pulak kami tersadai kat tengah tasik tu.

Walaupun lepas tu keadaan kembali tenang, aku tak berani nak tidur jadi aku pun berjagalah sampai siang... Siang tu, kawan aku terjaga dan diorang terkejut sebab tadi rasanya bot tu parking tak jauh dari jeti, ni dah tetiba kat tengah tasik.  Aku terpaksa reka cerita aku cakap malam tadi ktorang dihanyutkan oleh ombak, kawan-kawan aku pun percaya jelah sebab malam tadi dah ting tong

Habis percutian tu, aku pun buatlah kajian sikit pasal tasik tu. Rupenye tasik tu dulu tanah perkuburan orang Asli Amerika. Lepas ditenggelami air, kat tasik tu jugaklah banyak kali terjadinya ribut yang mengorbankan ramai orang kat situ.  Nelayan-nelayan kat situ dah banyak kali dah jumpa mayat-mayat kat tasik tu.

Walaupun dah 6 tahun berlalu, aku tak berani dah nak jejak tasik ke laut ke sungai ke.  Nak masuk kolam renang pun aku terbayang-bayang tengkorak tu....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2021 02:12 PM | Show all posts
Sakitnya Tuh Di Sini

Masa aku sekolah menengah, aku aktif Pengakap sebab aku memang suka suasana berkhemah ramai-ramai. Jadinya, pada suatu musim panas, aku dijemput untuk menyertai satu kem pengakap yang diadakan di tempat tinggal aku, iaitu di Antietam National Battlefield.  Tempat ni pun dalam kawasan Gettysburg je, dan kawasan Gettysburg ni memang terkenal sebagai tempat bersejarah berlakunya Perang Saudara Amerika antara tentera Union dan Confederates.



Kem kali ni memang besar sebab pasukan pengakap dari pelbagai tempat pun turut serta sekali, jadi memang sibuk jugaklah aku sebagai pelatih dengan aktiviti-aktiviti pengakap. Selain daripada belajar tentang sejarah Amerika, kitorang pun buat sekali lakonan semula perang saudara tu, berkawat, aktiviti merentas hutan, dan macam-macam lagilah.  Masuk hari kedua je, semua pengakap yang datang tu terus masuk tidur awal, tak sempat malam pun diorang dah terbongkang dalam khemah masing-masing.  Masa tu, aku baru lepas makan malam, kami makan awal sebab budak-budak dah penat sangat tak sabar nak tidur, dan matahari pun baru je nak hilang.  Waktu senja macam tu eh cantik pulak pemandangan kat tempat ni.

Oh ye, kitorang ni berkhemah berhadapan dengan sebuah jambatan lama yang dipanggil Jambatan Burnside. Tempat khemah kami ni berdekatan je dengan jalan raya, tapi bila lintas jambatan tu, ada padang besar yang juga bekas medan perang saudara tu.



Aku pun berjalan la melintasi jambatan tu, menikmati matahari terbenam dan pemandangan senja kat situ.  Keadaan tenang je, jauh dari hiruk-piruk budak-budak pengakap siang tadi.  Tengah berjalan tu tetiba, aku terasa sakit yang teramat sangat di bahagian dada. Rasanya macam kena tumbuk, tapi bukan dengan penumbuk, tapi dengan sesuatu yang kecil dan tirus. Memang sakit sungguh la sampai terbongkok dan terpegang dada aku dibuatnya. Aku ingatkan aku kena serangan jantung, tapi tangan aku masih boleh digerakkan lagi. Lepas tu, aku terasa 'tumbukan' tu lagi, tapi kali ni di bahagian bahu plak.  Kali ni memang sampai aku jatuh terlentang, nasib baiklah tak pecah kepala terkena jambatan batu tu.  Aku terbaring, menahan kesakitan yang teramat sangat dan tak tau apa puncanya.  Tapi aku gagahkan la jugak merangkak balik ke kem aku tadi.

Akhirnya aku berjaya sampai ke kem. Pelatih-pelatih lain terkejut tengok aku berjalan lemah dengan muka berkerut menahan sakit. Aku pun ceritalah apa yang terjadi, diorang pun tanggalkan baju aku.  Pada dada dan bahu aku, ada 2 kesan darah beku yang membengkak dan kemerah-merahan.  Nak kata gigitan serangga macam bukan, serangga apa yang gigit sampai darah beku ni?  Aku cuma telan pil penahan sakit dan terus masuk tidur. Esoknya, bengkak tu masih ada tapi dah surut la sikit.

Esok paginya, kami dijadualkan untuk satu kelas sejarah tentang Jambatan Burnbridge ni yang disampaikan oleh renjer taman tu sendiri. Renjer tu pun ceritalah, pasukan tentera Confederate ni akan bersembunyi di celah-celah semak kiri kanan jambatan ni, pastu bila tentera Union lalu jambatan tu, tentera Union pun kena tembak la dengan penembak hendap Confederate tadi. Pada hari tu, memang Confederate menang besarlah dan dianggarkan 15000 tentera union mati akibat serangan hendap tu.  Boleh dikatakan pada hari tu tiada seorang pun pegawai Union yang terselamat.



Masa nilah kawan pelatih aku berbisik pada aku, 'agaknya semalam kau kene tembak dengan hantu tentera Union kot....'.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang best cerita2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 04:13 PM | Show all posts
Menarik cerita hantu Perang Saudara US ni, boleh relate dengan filem Sweet Home Alabama lakonan Reese Witherspoon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2021 08:37 AM | Show all posts

tq tq uols
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2021 08:38 AM | Show all posts
sranua replied at 6-1-2021 04:13 PM
Menarik cerita hantu Perang Saudara US ni, boleh relate dengan filem Sweet Home Alabama lakonan Rees ...

tu lah i pun tengah carik jugak citer pasal gettysburg. kalau ada lg nnt i translate kt sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2021 09:48 AM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 7-1-2021 10:02 AM

Citer ni panjang ye, nanti aku buat bersiri-siri. Korang layankan la dulu part 1 ni

3 Hari Yang Tak Mampu Ku Lupakan  : Kisah Gettysburg
Kejadian ni berlaku 10 tahun yang lalu, ketika itu aku baru berusia 17 tahun. Sejak kecil, aku memang berminat dengan kisah paranormal, dan kisah-kisah misteri yang tak boleh diungkapkan macam UFO, Bigfoot, dan lain lain lagi.  Kawan-kawan aku pun ada minat yang sama dengan aku, kadang-kadang kitorang akan berkumpul di ruang bawah tanah bersembang tentang kisah-kisah paranormal dan luar biasa, berbincang tentang teori , baca citer seram.  Sampai berjam-jam la jugak kitorang layan benda ni.

Suatu hari, kebetulan mak aku saja turun jenguk kitorang sambil hidangkan cookies dan air minuman, mak aku pun tanyalah amende yang kami sembangkan ni.  Oh kitorang tengah sembang pasal kitorang cadang nak beli Polaroid sebab kitorang terbaca yang entiti tu cepat muncul pakai kamera tu. Kamera Polaroid tu yang macam ni, yang lepas amik gambar je nanti gambarnya terus keluar



Mak aku pun pesan, korang hati-hati sikit, kalau korang nak sangat jumpa entiti nanti entiti tu sendiri yang muncul depan korang.  Aku pun cakaplah kat mak aku, baguslah kitorang memang teringin nak tengok, selama ni asyik baca pengalaman orang lain je.  Mak aku pun senyum dan pesan suruh hati-hati jelah pastu.

Tak sampai setahun lepas tu, makbapak aku bercerai dan aku, mak dan kakak aku berpindah ke tempat lain iaitu Taman Cloverleaf.  Pada tahun yang sama jugak, aku dah habis sekolah menengah, dan masa tu pun cuti panjang, jadi aku pun jumpa baliklah geng-geng aku kat tempat lama tu.  Kitorang rancang, sebagai kenangan kitorang nak buat roadtrip.  Rancangan kitorang mestilah, nak pegi Taman Negara Gettysburg.  Lagi spesifik, kitorang nak pegi tengok medan perang 'Pickett's Charge'.

Kenapa kitorang nak pegi situ? Ok General Pickett ni pernah mengetuai satu batalion perang tentera Confederate, dalam seramai 12000 orang.  Ok yang pelik tu, batalion General Pickett ni mara berkawat dalam 1 batu walaupun diorang ni kene serang kiri kanan oleh tentera lawan.  General Pickett ni tak pernah tulis diari ke memoir ke, tapi peristiwa ni dicatatkan oleh orang lain. Jadi kenapa diorang ni macam bunuh diri je apa tujuan diorang buat macam tu? Ada teori yang mengatakan General Pickett terlebih yakin yang diorang boleh kalahkan tentera lawan, ada yang kata ni macam tindakan orang terdesak nak menang, tapi yang pastinya kekalahan batalion General Pickett masa tulah yang menjadi titik permulaan kekalahan tentera Confederate semasa Perang Saudara USA.  



Yang bendera ada pangkah tu lah bendera Confederate.  Ni gambaran artis tentang suasana perang Pickett's Charge tu.

Kat kawasan Pickett's Charge tu memang dikelilingi dengan batu-batu yang disusun jadi pagar.  Di bahagian utara tempat tu, ianya dinamakan Bloody Angle (Sudut Berdarah).  Kat sudut nilah tempat tentera Union melancarkan tembakan peluru berganda (peperangan ni berlaku tahun 1800an dulu, masa tu memangla takde machine gun macam zaman sekarang) dengan jaraknya cuma beberapa kaki je dari tentera Confederate.  Korang bayangkanla macam mana impaknya kene tembak dari jarak dekat.  Diceritakan jugak, dua-dua pihak kehabisan peluru, jadi diorang pun bergasak pakai tangan pulak. Bertumbuk sampai mati lah kiranya.

Pagar batu ni memang tak pernah diubah sejak 150 tahun lagi, jadi batu-batu yang disusun jadi pagar tu sebenarnya adalah batu yang menjadi saksi bisu pertempuran dahsyat dan berdarah tu.  



Aku pulak, gatal tangan pegi pecahkan sikit batu pagar tu, konon nak bawak balik lah buat kenang-kenangan.  Tapi masa tu tak pernah terlintas pun di fikiran aku yang tindakan aku tu akan menyebabkan aku diganggu sampai 3 malam...

Beberapa hari kemudian, kitorang pun balik la ke rumah masing-masing, dalam pukul 3 pagi aku baru sampai kat rumah aku. Batu tu aku letak kat tepi meja tidur aku.  Malam tu aku tak boleh tidur, bukan sebab kene kacau, tapi sebab rasa seronok sangat dapat pegi trip dengan kawan-kawan aku dan dapat kenangan pulak tu. Tapi malam tu jelah, malam esoknya ....

Bersambung

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 01:43 PM | Show all posts
aku pernah cakap, US ni boleh tahan dia punya angker. jangan memain ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2021 01:45 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 7-1-2021 01:49 PM

3 Hari Yang Tak Mampu Ku Lupakan  : Kisah Gettysburg
Malam Pertama


Keesokan harinya, malam tu aku tidur dengan aman, tapi tiba-tiba je, pukul 3 pagi aku terbangun sendiri. Baju dan cadar aku habis lencun dibasahi air peluh aku. Aku jadi panik sekejap, eh kenapa ni?  Serentak itu juga, aku terdengar macam ada bunyi kaca pecah dari ruang tamu aku.  Terpaku aku seketika, sape pulak tu?  Aku hanya berdiam diri cuba menangkap apa-apa bunyi dari ruang tamu, yang aku takutkan kot-kotla perompak masuk ke.  Tapi beberapa minit berlalu, senyap je.  Aku pun husnozon, ni kucing aku kot terlanggar pasu bunga kat ruang tamu, pastu aku tarik selimut dan masuk tidur lagi.


Keesokan paginya, aku nampak mak aku tengah merenung ke arah pendiang api.  Aku pun tegurla kenapa ni mak? Mak aku punyalah terkejut sampai terlompat dia.  Rupa-rupanya, jam besar antik kitorang tu dah terjatuh.  Jam tu memang besar dan berat, pastu ada kaca. Macam ni.  Jam tu pulak asalnya bukan kat ruang tamu kitorang, tapi kat tempat lain




Aku tanyalah camne boleh jatuh ni? Mak aku tergagap-gagap jawab, kebetulan rumah kami ni pintu menuju ke bilik basuh baju di ruang bawah tanah tu sebelah je ngan jam ni, mak aku tutup pintu kuat sangat tu yang sampai goyang dan terjatuh jam besar tu. Pastu mak aku pun seret la jam tu nak bakar kat pendiang tu.  Sebenarnya alasan mak aku tu macam tak logik, tapi takkan aku nak pertikaikan pulak kan karang dicop anak derhaka pulak.  Tapi malam tadi pukul 3 pagi aku terdengar jam ni jatuh, takkan mak basuh baju waktu macam tu?  Mak aku taknak cakap apa dan dia pun teruskan lah kemas serpihan-serpihan kaca jam yang pecah tu....

Bersambung

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2021 02:14 PM | Show all posts
Guys, aku rasa aku nak kene stop jap, aku tengah translate bahagian ke 2 sekali tu porem tulis tak bleh plak. hhhmmm sesuatu sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Porum ckp xbole? Xphm....xleh post ke ape..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Getyysburg memang berhantu

Pada 1996..ada slot dunhill double.main movie Gettysburg nilah...ada part1 dan 2

Masa tu kami sefamili ada di kampung atuk nenek di pasir puteh..

Tgah malam..lepas layan movie Gettysburg di tv2 semua org tidur kecuali.aku dan adik aku..lampu semua dah tutup..tiba2 bunyi pintu pagar entrance rumah yg besar tu dibuka dan ada kereta masuk..bunyi kereta..kemudian parking..lepas tu senyap

Adik aku ckp..eh abah kot balik..dia meluru nak buka pintu rumah..aku ckp jangan...bukan abah tu

Kemhdian benda tu berlaku.lg...pintu gate besar dibuka...kereta masuk ke laman rumah..brek..pastu parking

Berlaku beberapa kali..aku pg jenguk di tingkap kaca bulat yg ada di pintu utama rumah..

Terkejut..luar rumah kosong..sunyi..gelap..gate tak tebuka pun

Aku pun kata..eh..tidur tidur..hantu
.hantu....pd adik aku..

Esoknya adik aku ckp..entah2 hantu Gettysburg tak dtg mlm td...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.557175 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list