CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pantangmundur

Pengalaman Tolong Orang (Mistik)+sket panduan dan tunjuk ajar-PantangMundur

  [Copy link]
Post time 23-12-2009 11:44 AM | Show all posts
Stil tak de sambungan lagi ke..mana la pantangmundur ni..Bz sangat gamaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2009 12:53 PM | Show all posts
rasanya dah tamat siaran kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2009 08:51 PM | Show all posts
paging for pantangmundur..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 12:34 PM | Show all posts
apa kesah selanjutnya????
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 11:28 PM | Show all posts
Bila baca pengalaman pantang aka NZ teringat plak aku masa dok satu maktab kat Melaka, Junior (boy) kena rasuk. Aku senior masa tu yg tpaksa beranikan diri jaga dia dlm bilik.

Masa tu waktu pagi, aku dah basuh kain. Lepas tu time nak sidai kain kat luar, aku nampak bebudak junior kat dorm depan blok aku lari lintang pukang. Rupa-rupanya ada sorang junior tgh mengamuk bersilat dan bantai bebudak dalam dorm tu semua sampai ke luar. Gamat la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 12:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by underground at 13-1-2010 00:45

bersambung...

Aku tak saspek la apa2 lagi. Tapi aku heran juga la sebab aku kenal gitu2 junior yg mengamuk ni seorang yg pendiam dan skema. Budak Sabah tak silap aku. Lepas tu dia bole plak belasah budak2 satu dorm tu. Satu tingkat ada 2 dorm, 1 dorm ada la lebih kurang 30 ke 40 junior dalam tu, takkan semua kalah kot?

Untuk kepastian, aku tanya sorang junior ni, apa kes?

Dia cakap member dia ni dari pagi tadi dok bersilat, lepas tu dia macam naik 'syeh', dia bergaya macam seorang pendekar, lepas tu dia patahkan hanger dan buat mcm keris. Mula2 kwn2 dia tak amik port sangat...

Tiba2 dia mengamuk. Mula2 dia tumbuk pintu locker baju dia. Berlubang. Pastu dia karate sampai kopak pintu locker tu. Kawan2 dia ingat dia frust ke mende, bila ada kawan nak tegur, terus kena belasah. Badan dia takde la besar mana, tapi sekali belasah, memang tersungkur kawan tu.

So, kawan2 lain cuba la nak leraikan. Tapi semua sekali tersungkur. Lepas tu dia bole plak buat somersault, lompat (mcm terbang) dari katil ke katil sebelah. (setiap bilik ada 2 katil, dan setiap bilik hanya dipisahkan divider kayu setinggi paras bahu aje)...

Sesapa aje yg berdekatan dengan dia pasti kena belasah. Dia belasah sampai kat luar asrama. Tu yang semua keluar lari lintang pukang.

Aku masa tu pakai towel aje. So aku ajak member2 aku tangkap dan pegang dia. Member2 aku ada yg badan gedabak pun tak boleh nak pegang dia. Masya-Allah, kuat betul kederat dia ni. Kitaorang ada la dalam 5 orang, 2 pegang tangan, 2 pegang kaki, 1 tangkap badan dia. Bawa masuk bilik.

Masa pegang junior yg kena rasuk ni (aku namakan la dia sbg Man), sorang member aku dah suspek, dia kena rasuk.

Asrama lelaki tak pernah ada kes lagi yg kena rasuk. Asrama girls biasa la. Tiap2 minggu ada. Member aku ni mmg selalu antara terawal akan pegi bantu. Best kata dia dpt tgk awek2 kt bilik... hehehe

Member aku baca2 la sket dan si Man ni terus lemah longlai. Bawa la dia masuk bilik. Pastu minta semua bebudak junior dlm dorm tu, pegi baca yassin ramai-ramai. Sementara tu member aku yg deal ni cuba sedaya merawat. Sorang lagi panggil warden ustaz. Aku balik bilik jap, pakai baju. Kang, tak pasal2 ramai plak dpt tengok aku bogel plak...

Ramai bebudak senior dan yg dah kena belasah tak berani masuk. Derang tengok2 kat tingkap aje dari luar.

Lepas aku dah pakai baju + seluar, aku pegi balik tengok keadaan. Ramai dah dok tgh baca Yassin. Masa dok baca2 ni, si Man tadi mengerang2 kejap mcm nak mengamuk. Aku dan member2 lain cuba pegang dia sbb nampak macam dia nak bangun dan mengamuk sekali lagi.

Tapi, aku bagitau korang, takde sorang pun berdaya nak pegang dia. Kitaorang semua tercampak. Dari berlima, sekarang 10 org pegang dia. 1 kepala, 4 setiap sendi kt tangan, 4 lagi setiap sendi kat kaki, sorang lagi pegang mana yg patut. Ustaz aku plak sekarang amik alih kasi jin yg merasuk tu keluar. Jin ni mmg jahat dan sangat degil.

Bila ustaz warning dan halau dia keluar, si Man (yg kena rasuk) ni sengih2 aje. Mata terbeliak dgn muka bengis pandang kitaorang yg tgh pegang dia. Kena maki hamun jgn cakap la... dia minta dilepaskan.

Cuak juga kitaorang, sebab 10 orang yg pegang tu pun tak berdaya. Rasa macam nak tercampak. Salah seorang yg pegang tu warden sorang lagi, dia punya badan besar mcm artis Bob kumpulan KU2. Pun berpeluh aku tengok nak tahan si Man ni dari mengamuk.

Lepas tu si Man bosan. Dia pun menyanyi2 sambil bersyair. Bahasa melayu lama campur arab sket. Kadang2 dia siap ajak borak. Dia tanya soalan la "Wei, ni tahun berapa hah??","Korang ni pekak ke"... kitaorg tak layan.

Bila dia dah start bosan, dia akan cuba nak lepaskan diri lagi. Pastu ustaz suruh kitaorang yg pegang ni baca surah Al-Kursi dgn 3-Qul berulang2.

Si Man sengih aje tgk kitaorg baca. bebudak lain kat belakang dok baca Yassin ramai2. Aku pun tak hengat la, dah berapa kali bebudak tu ulang baca Yassin. Siap tukar2 giliran.

Heran gak aku si malaun jin ni relax aje. Masa kitaorang baca surah2 tu, si Man ni pun boleh ikut baca sekali. Tu lagi cuak. Cuma ada beberapa ayat tu dia tak boleh nak ikut, bila si Man try nak ikut, pasti mengerang mcm kena bakar.

Salah satu ayat yang dia tak boleh ikut ialah surah An-Nas. Bila part "Minnal Jinnati Wannas...". Part tu si Man pasti mengerang...

Lama juga, dekat 1 jam juga. Kitaorang seme dah lepak. Last2 ustaz main kasar. Kasi last warning. Ustaz minta sorang azan 3 kali. Manakala ustaz baca ayat2 Quran dalam gelas berisi air, sembur kat muka dan kepala... masa ni si Man meronta2 dgn amat kuat sekali...

memang kitaorang 10 orang yg pegang tu ada yg dah tercampak, termasuk aku. Tapi kitaorang cepat2 bangun dan pegang balik...

Last2 jin malaun tu pun keluar dgn penuh siksa sekali, meronta, mengerang dan menjerit. Pergh, lega betul. Pastu ustaz kasi si Man minum air yg dah dibaca tadi. Ustaz suruh si Man baring kat bilik dia berehat sbb dia dh nampak lepak sangat.

Aku ditugaskan utk menjaga dia dalam bilik, risau kalau jin tu dtg masuk balik sbb si Man tgh lemah. bebudak lain mmg tak berani nak jaga takut kena belasah. Aku ni terpaksa la jaga walaupun cuak nak rak kalau2 jin tu sakat balik.

bebudak lain maish kena meneruskan bacaan Yassin.

Ingatkan dah The End kes ni... rupanya tidak lama dari tu, kes lebih teruk terjadi. Bukan ada sekor jin dalam tu... haa... rupanya banyak beb. Jin yg keluar mula2 tu yg palin lemah. Tapi yg paling kuat dan ganas, masih ada dlm badan budak tu. Tapi tak siapa yg sedar, termasuk aku dan Ustaz... bersambung... jeng jeng...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2010 12:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by underground at 13-1-2010 00:46

aku sambung lagi...

masa dalam bilik tu tak lama kendian si Man tanya aku. apa yg terjadi? So aku ckp la ko ni kena rasuk dan mengamuk, takkan ko tak ingat langsung?

Si Man hanya tersengih2... tapi aku dpt rasakan sengih dia tu lain macam sket. Sbb mata dia mcm bulat2 dan bengis2 sket sambil sengih2 perli. Kat tingkap bilik tu, bebudak yg dok mengintai ramai2 dh mcm cuak. Aku sound la kt bebudak tu, korang ni jakun ke mende?

Sedang aku sibuk meng'sound', tetiba si Man ni lompat dari katil dan buka bunga silat. Aku yg terkejut ni pun terlompat katak dari katil dan panggil Ustaz balik. Tapi si Man sempat lari keluar bilik. (oh ye, bilik takde pintu...)

Kitaorang ni apa lagi, ramai2 kejar la balik dan tangkap dia. Pastu baringkan balik... bebudak yg baca Yassin ramai2 tadi baru nak relax dah terpaksa baca lagi sekali, kuat2 dan lintang pukang jugak. Makin lama makin kuat bacaannya. Ye la, masing2 tgh cuak.

Ustaz memulakan sessi interrogate. Ustaz tanya si Man (yg masih dirasuk ni)... "kenapa ko masuk balik?! Ko tak serik ke?"

Si Man jawab, "Itu sahabat hamba, dia dah balik gunung ledang. Sekarang hamba pula ambil alih!".... ewah macam skrip movie purbakala plak aku dengar...

Ustaz tanya balik. "Siapa hantar kau? Kenapa kau ganggu budak ni?"

Si Man jawab "Kami ni 3 saudara, pendekar dari gunung ledang! Kami mengajar budak ni bersilat!"

Pergh, terkejut aku. Takkan Hang Tuah bersaudara plak. Jin2 ni ada mentioned nama setiap derang, tapi aku tak hingat. Pelik sket nama dia. Ada 4 jin sebenarnya dalam badan si Man ni.

Nak diringkaskan cerita. Pastu Uztaz halau jin ni suruh balik. Tapi jin2 ni berkeras tak nak. Dia akan stay kat dlm badan si Man ni sampai bila2 derang nak. Pergh gerun.

Ustaz aku dah macam2 cara buat, tapi jin ni mmg degil dan relax aje. Ustaz aku ni kira alim juga, byk kes2 mistik, rasuk kat asrama aku tu dia dapat selesaikan, tapi yg ni mcm ustaz aku dah abih ikhtiar.

Last2, ustaz keluar jap panggil sorang imam masjid berdekatan datang membantu. Imam masjid datang tak lama kendian, dia settlekan mudah aje...

Dia bagi 3 kali warning kat jin tu untuk keluar, atau dia akan paksa. Jin tu buat tak endah aje. So, tok imam minta amik baldi isi air. Sorang azankan, tok imam amik sehelai kain putih tutup kepala si Man. Masa ni jin tu dah cuak... "Ko nak buat apa dengan aku, tolong!", jerit jin tu.

Tok imam baca doa dan tiup ke air dalam baldi tu. Selesai azan. Tok imam jirus aje air dlm baldi tu ke kepada si Man. Serentak itu juga, jin dalam badan si Man meronta, menjerit dan terus keluar. Fuh lega...

Ingat dah settle juga. Rupanya ada sekor lagi jin dalam tu dok relax dlm badan si Man. Tapi dia tak agresif, si Jin yg masih dlm tu dah lama lepak dlm badan si Man, jadi mcm dah sebati. Nak keluarkan amat payah, amik masa.

Cuma keadaan dah terkawal la. Sebab para jin yg ganas dan jahat dah balik gunung ledang. Ada 4 ekor semua sebenarnya. Sekor member aku keluarkan masa mula2. Sekor ustaz aku, dan sekor lagi yg tok imam keluarkan. Tinggal sekor lagi.

Ustaz aku suruh si Man balik kampung. Bagi cuti 1 semester. Mak bapak dia datang ambil si Man balik. Berubat dan beramal sendiri memandangkan jin terakhir tu amat payah mak keluar sebab dah sebati dalam badan si Man.

Lama2 baru aku tahu, si Man ni belajar silat Mimpi. Maksudnya, silat tak berguru. Hanya daripada mimpi atau ilham. Sebenarnya, yg mengajar dia tu adalah jin yg last tu. Dah lama berdamping sbb tu liat nk keluar.

Manakala jin 3 ekor lagi tu mmg dtg dari gunung ledang dtg lalu dan berkenan plak dgn si Man ni. So, dia singgah la dlm badan si Man. Kebetulan malam sebelum kejadian, ada pertunjukan theater Sultan Mahmud Mangkat Dijulang kat Dewan Besar maktab aku.

Team theater dari luar. Si Man yg tengok theater tu naik syok dan terpengaruh. masa tu la jin 3 ekor ni singgah. Aku pun tgk jugak theater tu, memang meremang2 bulu roma aku masa tgk persembahan theater tu. Mcm ada mistik plak.

Maktab aku ni sgt terkenal masa tu. Untuk menjaga nama baik, aku takkan mentioned namanya.

Memang byk kes. Sampai terpaksa panggil Mufti Melaka bantu settlekan bbrapa kes mistik yg berat. Kat maktab ni juga aku beberapa kali bertemu kelibat2 paranormal tmasuk kak Pon yg terbang melayang. Member2 lain lagi ganas nampak kak Lang n kawan2nya lepak kat asrama tu, clear lagi jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2010 01:15 PM | Show all posts
terima kasih atas pengalaman underground....tak dapat bayangkan underground dok pegang si man dgn bertuala aje ...kalau ada cerita2 menarik, silalah kongsi disini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2010 03:41 AM | Show all posts
aku jenis tak nak takut bnde2 halus ni...so kalo aku bnti kencing tepi jalan pun..aku bismillah je..sbb smua tmpat atas muka bumi ni Allah yg empunya..jadi aku just yakin pada yg Satu iaitu Allah je..

tapi pada satu mlm kt higway sg besi..ujan lebat..aku pun bnti bawah jambatan..sejuk..pergi belakang tiang..trus pncut..tmpat tu agak kotor sikit..aku lupa nk bismillah..

sekali balik umah ade yg follow..lngsung naik motor bertiga..ops lupa sorg lagi kwn aku..nasib tak kene saman ngn trafik..

ade la dkat seminggu aku demam..kn follow..last lpas minum air yasin kawn aku punya mak bacakan..sbb takde org tau pun aku kene bnde tu..even family aku pun ingat dmm biasa..tp tiba2 kwn aku ni..rapat gila la..mcm adik beradik aku gak..tiba2 dtg bwk air dia ckp mak dia suh minum..

alhamdullialh kuasa Allah..lepas minum..mlm tu ade sikit perang semnagt dgn itu makhluk yg muncul nk lemahkn aku..then lepas jugak..kebetulan kwn aku yg lalu dpan umah nk balik gombak kata dia nmpk ade bnde terbang dari pokok umah aku ke umah depan..

sok pagi aku pulih mcm biasa...

lepas kejadian tu..dlm bape2 bulan tu..aku sng nmpk bnde2 tak sepatutnye..bukan la selalu tp kerap gak la..

tp sekarang alhamdulllah mkin bgus..mingkin berkat ikut ckp ustaz aku..Ustaz Ishak Itam..jgn tkut...tkut pada Allah saja..yg lain sume makhluk ciptaan dia...n manusia antara yg laing sempurna..buat pa tkut bnde lain baik sesama manusia..itu sajalah sharing session dari aku mlm ni...tata
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 10:35 AM | Show all posts
akhirnya berjaya gak baca smpi abih..

syp ajer thread nih..x ader citer baru ker....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 02:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by underground at 13-1-2010 00:45

bersambung...

Aku tak saspek la apa2 lagi. Tapi aku heran juga la sebab aku kenal gitu2 junior yg mengamuk ni seorang yg pendiam dan skema. Budak ...
underground Post at 13/1/2010 12:07 AM


Dari segi pengalaman miss rasanya dah terlalu banyak sgt... dari miss umur 8-9 tahun sampailah tahun ni... yakni minggu lepas... tapi nak nasihat lah kat kawan2 sume kalo ada sapa2 yang kena sampuk histeria... tak yah lah pegang2 sgt... biarkan jekk.. cuma kawal dia jekk... kerana bila kita hempap dia... pegang kuat2 sepenuh hati... baring atas badan dia.. lempang muka dia... hentak pala dia... waktu kalian buat perkara tu derang ni sume tak rasa.. bila derang dah sedar barulah semua kesakitan terasa.. sebab tu badan lemah longlai... tak bermaya... dah lah "benda" berat dok dalam badan dia... korang plak pegang2 hempap dia.. bertambahlah kesakitan derang yg kena rasuk ni... miss sendiri dah rasa byk kali... penah gak gi klinik... adik n adik ipar dok papah gi klinik mintak ubat sakit2 otot.. boleh doktor tu kata miss ni amik dadah... hampeh ayam betul lah.... masa tu memanglah mata miss merah menyala bengkak, badan lemah... bengong sungguh...

insyallah miss akan share pengalaman miss kalo miss masih ingat lagi... sesetengah orang tak percaya akan kewujudan dan perkara mistik ni.. bagi mereka semuanya khayalan dan mainan perasaan.. tapi apabila diri sendiri dah merasa dan tekena.. barulah terhegeh2 untuk mencari seseorang untuk dapatkan bantuan... cuma satu jekk..., insyallah boleh menghilangkan hantu syaitan ni... yakni... azan, surah nasroh, 3qul, tabayada, dan juga ayat qursi.. hurmm tak lupa amalkan ayat nabi yunus.. dan juga ayat anti sihir (bak kata orang indonesia) waallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 04:48 PM | Show all posts
Dari segi pengalaman miss rasanya dah terlalu banyak sgt... dari miss umur 8-9 tahun sampailah tahun ni... yakni minggu lepas... tapi nak nasihat lah kat kawan2 sume kalo ada sapa2 yang kena sampu ...
msstylo Post at 21-1-2010 14:54


terpaksa pegang gak junior aku tu sbb kalo tak dia bersilat dan belasah semua orang keliling dia. Tapi lepas kejadian tu, aku mmg rasa lemah longlai. tak pernah aku rasa sepenat itu.

at least ada pengalaman la jugak tgk org2 merawat pesakit yg dirasuk ni... sekarang ni aku amalkan 3 Qul dan Al-Kursi (juga doa pada Allah utk hindarkan gangguan) terutama utk anak2 aku yg kdg2 mengigau dan mengamuk tgh2 malam. Alhamdulillah so far berkesan. Paling utama, hati kena yakin dan ikhlas.

Ada sorang Ustaz cerita, kdg2 utk elak gangguan, kita bole azan dan baca ayat Al-Quran. tapi kdg2 gangguan dtg semula. Jawpan dia, jin yg nakal dan amat degil akan terasa panas, tetapi mereka ni kdg2 dtg balik ganggu berulang kali. Tapi kalau kita usaha dan ulang balik azan/baca ayat2 Al-Quran... Insya-Allah para jin yg menganggu ni akan putus asa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 06:46 PM | Show all posts
bookmark
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:59 AM | Show all posts
best..best....teruskan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:11 AM | Show all posts
Sejuk ja tangan kanan aku ni...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 02:39 PM | Show all posts
sampai ke sudah thread nieh senyap ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2012 04:28 PM | Show all posts
limau student uitm arau
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 09:46 PM | Show all posts
Last edited by iluvmath on 31-7-2012 09:52 PM \n\n
pantangmundur posted on 18-4-2009 10:32 PM
yang pasal pak guard rogol budak tu kat beringin...otai hantu ade kat mayang...kat belakang siding t ...

salam pantang... awak batch 2003-3006..sama la ngan sayer sayer duduk di kolej dahlia. DIB part1- part6 kat dahlia.. maser awak cakap,awak duduk kat kolej paling jauh dari kelas, sayer rasa awak cakap pasal kolej dahlia atau sebelah kolej dahlia tu..lupe pulak ape nama kolej tu..saya ada juga member kat kolej mayang sbb dia rotu. boleh btau nama ngan course ape,maybe sayer kenal ke..(klu x keberatan la)

ada juga dgr citer mistik kat uitm arau..tp alhamdulillah sayer xpenah kena..syukur sangat...(sy bukan berani sgt pun..)

Pres dahlia ms tu K.Puteh-DIC, Zuriana-DCS dan Zurairah DBS.sy ajk smpi part 4..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2019 06:36 PM | Show all posts

RE: Pengalaman Tolong Orang (Mistik)+sket panduan dan tunjuk ajar-PantangMundur

Pantangmundur kembali lagi..


ade yang dengar sambungan cerita tak?


semua cerita real dari pengalaman sendiri...


cuma bukan fresh la sbb dah nak dekat 10 tahun berlalu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sila sila sambung..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.177414 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list