CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

( Cerita ) Selepas maghrib..Di Padang Solar ..kena sergah ngan ...

  [Copy link]
 Author| Post time 24-11-2013 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Apabila diberitahu mengenai bau busuk yang terhidu di keliling rumah Kiman jauh di Kuala Lumpur, tiba-tiba sahaja bau busuk itu menusuk ke hidungnya. Sekaligus pula Ucu Mahali terbersin kuat menahan rasa loya yang membuak-buak ke kerengkung akibat bau yang busuk tengit itu.

"Apa pula yang bau busuk ni?" gerutu Ucu Mahali berlenggok-lenggok kepala di tengah rumahnya yang sengaja dipadamkan lampu. Memang dia tidak akan memasang lampu setiap kali mengubati sesiapa sahaja.

"Carilah punca busuk tu, Ucu," ujar Mat Junoh tersengih-sengih memerhati Ucu Mahali terlenggok-lenggok kepala di tengah rumah.

Beberapa kali Ucu Mahali mendehem bagaikan kerengkungnya tersekat akibat loya membuak-buak. Kalau tidak dapat dikawal nescaya dia akan menyerbu ke jendela terjeluih muntah. Memang termengah-mengah dia menahan senak perut akibat memual-mual ketika itu.

Sebab itu Ucu Mahali tidak sanggup mengubati sesiapa pun sekiranya tidak terpaksa melakukannya. Dia sendiri akan menanggung segala apa yang dilihatnya setelah menyeru semua lembaga-lembaga berjubah putih itu menjelma. Sekalipun Ucu Mahali sekadar memberitahu lembaga-lembaga berkenaan hanya sahabatnya, tetapi Mat Junoh tahu memang Ucu Mahali menyeru jin-jin khadamnya.

Kadangkala dia akan termengah-mengah sesak nafas sekiranya lembaga-lembaga berjubah putih dipusar angin kencang sewaktu merempuh ke tempat yang menjadi sasaran. Ucu Mahali juga akan terdampar ke dinding apabila lembaga-lembaga berjubah putih itu terpelanting tidak dapat mengawal diri.

Memang dia mengakui tubuhnya juga lenguh-lenguh kalau lembaga-lembaga berjubah putih itu berdepan dengan lembaga besar yang terpaksa dilawannya. Bukan mudah Ucu Mahali mahu mengubati sesiapa pun kalau tidak kena gayanya. Sebab itulah Kiman memujuk Mat Junoh supaya Ucu Mahali bersedia mengubati Seridah.

"His, apa ni..?" geli geleman Ucu Mahali apabila dibisikkan ke telinganya lembaga-lembaga berjubah putih itu melihat tulang kaki manusia bersepah-sepah di merata tempat dalam rumah Kiman.

"Kenapa Ucu?" lantas sahaja Mat Junoh bertanya macam berasa hairan.

"Banyak benar tulang kaki manusia ni!" beritahu Ucu Mahali menggeleng-geleng kepala hingga terpaksa mengusap-usap lengan akibat bulu roma tegak meremang.

"Mana datangnya tulang kaki manusia tu?" hairan juga Kiman apabila diberitahu mengenai taburan tulang kaki manusia di dalam rumahnya.

"Bukanlah betul-betul tulang kaki manusia berserak di rumah encik," lantas Mat Junoh mengingatkan bekas ketua pejabatnya itu.

"Ucu nampak macam tulang kaki manusia, tapi itulah sihir yang digunakan orang!" dia menjelaskan supaya Kiman tidak terkeliru dengan apa yang disebut oleh Ucu Mahali.

Kalau tidak diterangkan tentu Kiman menyangka di rumahnya penuh dengan tulang-tulang kaki manusia berserakan. Disebabkan Mat Junoh sudah kerapkali melihat Ucu Mahali mengubati orang, dia tahu apa yang dilihat oleh Ucu Mahali sekadar bayangan sahaja. Tetapi demikianlah bentuk penyakit yang mengganggu mangsa akibat sihir ilmu syaitan itu.

Memang mereka yang amalkan ilmu syaitan boleh menggunakan apa sahaja kelengkapan yang sesuai untuk melepaskan marah terhadap seseorang yang dibencinya. Apabila tulang kaki mayat dipuja dengan menyeru syaitan, maka bayangan itulah dapat dilihat oleh lembaga-lembaga berjubah putih yang menjadi sahabat Ucu Mahali.

Tahu sangat Mat Junoh fasal amalan ilmu syaitan yang digunakan orang untuk mengganggu sesiapa sahaja. Mereka sanggup menggali kubur lama semata-mata mahu dapatkan tengkorak kepala supaya boleh dipuja tengah malam tatkala bulan mengambang penuh. Apabila sudah dikuasai ilmu syaitan memang mereka tidak pernah takut apa-apa pun lagi, asal sahaja niat buruknya tercapai.

Bukan takat kubur lama sahaja digali, kadangkala kubur orang mati kemalangan jalan raya yang dianggap mereka mati terbunuh juga digali. Apa sahaja bahagian anggota mayat yang sudah ditanam baik-baik itu digunakan mereka untuk tujuan-tujuan yang sengaja untuk memuaskan hati sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2013 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Apabila diberitahu mengenai bau busuk yang terhidu di keliling rumah Kiman jauh di Kuala Lumpur, tiba-tiba sahaja bau busuk itu menusuk ke hidungnya. Sekaligus pula Ucu Mahali terbersin kuat menahan rasa loya yang membuak-buak ke kerengkung akibat bau yang busuk tengit itu.

"Apa pula yang bau busuk ni?" gerutu Ucu Mahali berlenggok-lenggok kepala di tengah rumahnya yang sengaja dipadamkan lampu. Memang dia tidak akan memasang lampu setiap kali mengubati sesiapa sahaja.

"Carilah punca busuk tu, Ucu," ujar Mat Junoh tersengih-sengih memerhati Ucu Mahali terlenggok-lenggok kepala di tengah rumah.

Beberapa kali Ucu Mahali mendehem bagaikan kerengkungnya tersekat akibat loya membuak-buak. Kalau tidak dapat dikawal nescaya dia akan menyerbu ke jendela terjeluih muntah. Memang termengah-mengah dia menahan senak perut akibat memual-mual ketika itu.

Sebab itu Ucu Mahali tidak sanggup mengubati sesiapa pun sekiranya tidak terpaksa melakukannya. Dia sendiri akan menanggung segala apa yang dilihatnya setelah menyeru semua lembaga-lembaga berjubah putih itu menjelma. Sekalipun Ucu Mahali sekadar memberitahu lembaga-lembaga berkenaan hanya sahabatnya, tetapi Mat Junoh tahu memang Ucu Mahali menyeru jin-jin khadamnya.

Kadangkala dia akan termengah-mengah sesak nafas sekiranya lembaga-lembaga berjubah putih dipusar angin kencang sewaktu merempuh ke tempat yang menjadi sasaran. Ucu Mahali juga akan terdampar ke dinding apabila lembaga-lembaga berjubah putih itu terpelanting tidak dapat mengawal diri.

Memang dia mengakui tubuhnya juga lenguh-lenguh kalau lembaga-lembaga berjubah putih itu berdepan dengan lembaga besar yang terpaksa dilawannya. Bukan mudah Ucu Mahali mahu mengubati sesiapa pun kalau tidak kena gayanya. Sebab itulah Kiman memujuk Mat Junoh supaya Ucu Mahali bersedia mengubati Seridah.

"His, apa ni..?" geli geleman Ucu Mahali apabila dibisikkan ke telinganya lembaga-lembaga berjubah putih itu melihat tulang kaki manusia bersepah-sepah di merata tempat dalam rumah Kiman.

"Kenapa Ucu?" lantas sahaja Mat Junoh bertanya macam berasa hairan.

"Banyak benar tulang kaki manusia ni!" beritahu Ucu Mahali menggeleng-geleng kepala hingga terpaksa mengusap-usap lengan akibat bulu roma tegak meremang.

"Mana datangnya tulang kaki manusia tu?" hairan juga Kiman apabila diberitahu mengenai taburan tulang kaki manusia di dalam rumahnya.

"Bukanlah betul-betul tulang kaki manusia berserak di rumah encik," lantas Mat Junoh mengingatkan bekas ketua pejabatnya itu.

"Ucu nampak macam tulang kaki manusia, tapi itulah sihir yang digunakan orang!" dia menjelaskan supaya Kiman tidak terkeliru dengan apa yang disebut oleh Ucu Mahali.

Kalau tidak diterangkan tentu Kiman menyangka di rumahnya penuh dengan tulang-tulang kaki manusia berserakan. Disebabkan Mat Junoh sudah kerapkali melihat Ucu Mahali mengubati orang, dia tahu apa yang dilihat oleh Ucu Mahali sekadar bayangan sahaja. Tetapi demikianlah bentuk penyakit yang mengganggu mangsa akibat sihir ilmu syaitan itu.

Memang mereka yang amalkan ilmu syaitan boleh menggunakan apa sahaja kelengkapan yang sesuai untuk melepaskan marah terhadap seseorang yang dibencinya. Apabila tulang kaki mayat dipuja dengan menyeru syaitan, maka bayangan itulah dapat dilihat oleh lembaga-lembaga berjubah putih yang menjadi sahabat Ucu Mahali.

Tahu sangat Mat Junoh fasal amalan ilmu syaitan yang digunakan orang untuk mengganggu sesiapa sahaja. Mereka sanggup menggali kubur lama semata-mata mahu dapatkan tengkorak kepala supaya boleh dipuja tengah malam tatkala bulan mengambang penuh. Apabila sudah dikuasai ilmu syaitan memang mereka tidak pernah takut apa-apa pun lagi, asal sahaja niat buruknya tercapai.

Bukan takat kubur lama sahaja digali, kadangkala kubur orang mati kemalangan jalan raya yang dianggap mereka mati terbunuh juga digali. Apa sahaja bahagian anggota mayat yang sudah ditanam baik-baik itu digunakan mereka untuk tujuan-tujuan yang sengaja untuk memuaskan hati sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi kalau kubur anak gadis sunti yang belum disentuh mana-mana lelaki, mereka sanggup menggali dengan tidak berpakaian langsung. Mereka tidak bimbang sekalipun dihalang dengan berbagai-bagai bayangan yang mengerikan dalam saat menggali kubur tersebut. Hati mereka sudah nekad melakukan apa sahaja, asalkan hasrat di hati dapat ditunaikan. Biarlah terpaksa menarik mayat tersebut ke atas kubur, kemudian melayur dagu mayat dengan api lilin sampai menitik airnya. Mereka akan tadah air dagu berkenaan dengan tempurung yang sudah disediakan. Gembira sangat mereka apabila usaha tersebut dapat dilaksanakan sekalipun perbuatan tersebut memang dilaknati sesiapa sahaja.

"Ah, manusia ni macam-macam kepandaian!" Kak Banun menyampuk sambil ingatkan Kiman supaya tidak gelabah apakala mendengar tulang kaki manusia bersepah-sepah di lantai rumahnya.

"Ilmu jahat memang mudah nak amalkan," gerutu Mat Junoh selanjutnya dengan mencebek bibir.

Marah benar dia perbuatan mereka yang gunakan sihir untuk menganiaya orang lain. Kalau tidak puas hati apa salahnya bersemuka biar sama-sama dapat menilai siapa di pihak benar dan siapa di pihak yang salah.

Kadangkala disebabkan mereka gunakan sihir inilah, orang seperti Ucu Mahali juga dituduh amalkan perkara yang tidak baik. Sampaikan Imam Labim juga nasihatkan Ucu Mahali supaya tidak amalkan ilmu-ilmu yang bertentangan. Tetapi Ucu Mahali tidak membantah apa-apa. Perkara amalan dia tidak pernah tumjukkan kepada sesiapa pun. Belum pernah dia meminta mereka datang jejak kaki ke rumahnya kalau diganggu syaitan sama ada pelesit, polong atau sihir. Dia juga tidak mengajak sesiapa pun di Felda itu amalkan zikir sepanjang malam.

Bila-bila Ucu Mahali akan jengah ke surau asal sahaja dijemput menghadiri ceramah agama. Imam Labim boleh jemput siapa sahaja guru-guru agama mengajar di surau, dia tetap memberikan sokongan.

Sebab itu dia tidak bantah apa-apa kalau Imam Labim ingatkan supaya tidak menjadi bomoh. Imam Labim sendiri diberitahu mengenai Ucu Mahali akan berjamu ayam panggang dengan tujuh piring nasi kunyit apabila seseorang itu sembuh penyakitnya. Marah benar Imam Labim apabila diberitahu sudah beberapa kali Ucu Mahali buat berjamu ayam panggang itu. Hinggakan Imam Labim menanggung derita sakit gigi sampai membengkak pipi pun mereka tuduh disebabkan Ucu Mahali.

Mereka yang tinggal di kawasan Felda percaya memang Ucu Mahali gunakan sihir menyebabkan Imam Labim menanggung kesakitan bengkak pipi berminggu-minggu. Sudah beberapa kali Imam Labim ke hospital mendapatkan rawatan tetapi bengkak pipi akibat sakit gigi tidak juga seruh. Apabila doktor cadangkan supaya dibedah, berdebar juga hati Imam Labim. Kalau takat sakit gigi kenapa pipinya yang membengkak perlu dibedah juga?

Tetapi bengkak pipi Imam Labim tidak seruh hingga berminggu-minggu. Sakit giginya juga berdenyut-denyut asal sahaja senja menjelang sampai dia tidak mampu ke surau untuk solat Maghrib berjemaah. Berdetak juga hatinya mahu menuduh perbuatan Ucu Mahali gunakan sihir menyebabkan pipinya membengkak berminggu-minggu. Bimbang juga dia mahu berterus-terang di hadapan Ucu Mahali. Kalau dia percaya penyakit bengkak pipinya disebabkan sihir Ucu Mahali dan bukannya dari Allah Subhanahu Wata'ala, tentulah dia sendiri yang mempercayai perkara tahyol. Seisi felda itu tahu memang dia tidak percayakan perkara tahyol demikian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Tentu orang-orangnya di Felda akan menuduhnya iri hati dengan Ucu Mahali sekiranya percaya penyakitnya disebabkan sihir. Tetapi Imam Labim hairan bagaimana penyakitnya berlanjutan setelah berterus terang menegur perbuatan Ucu Mahali menjadi bomoh di situ. Kalau Ucu Mahali tidak menberitahu dirinya bomoh pun, penduduk-penduduk kampung itu akan bertumpu juga ke rumahnya.

Tersengih-sengih Ucu Mahali apabila naik ke rumah Imam Labim sebaik sahaja diberitahu oleh isteri imam itu mengenai penyakit bengkak pipi yang ditanggung suaminya. Tidak tersinggung pun Ucu Mahali apakala dituduh gunakan sihir untuk menganiaya Imam Labim. Mereka percaya Ucu Mahali berkecil hati apabila ditegur oleh Imam Labim mengenai amalannya. Sebab itulah dia sanggup gunakan lembaga-lembaga berjubah putih yang menjadi sahabatnya menganiaya Imam Labim sampai sakit gigi berdenyut-denyut.

"Imam pun tahu, sakit datang dari Allah, ubatnya juga dari Allah," ujar Ucu Mahali perlahan dengan penuh ikhlas.

Tersinggung juga hati Imam Labim kerana menyangka Ucu Mahali sengaja mahu menyindir dia. Tidak patut lelaki itu menyindir dia dalam saat bengkak pipinya masih juga belum seruh.

"Ubat hanya sebagai ikhtiar saja, yang pentingnya: iyya kana'budu wa iyya kanas ta'in," Ucu Mahali menegaskan lantas meletakkan tapak tangannya ke pipi Imam Labim yang membengkak.

Tersengih-sengih Imam Labim dengan penjelasan Ucu Mahali. Dia sendiri tidak tahu sangat mengenai amalan Ucu Mahali kecuali mendengar laporan beberapa orang sahaja. Imam Labim tidak pernah bertanyakan apa-apa pun mengenai cara pengubatan yang diamalkan oleh Ucu Mahali semenjak mereka sama-sama berpindah ke kawasan felda.

Imam Labim sendiri mendengar Ucu Mahali membacakan doa tatkala tapak tangan diletakkan ke pipinya yang membengkak: Alif lam mim sad, kaf ha ya a'in sad, ha mim a'in sim kof, uskun aiyuhal waji' billazi in yasya yuskinir riho fayazlalna rawakido 'ala zohrihi, inna fi zalika la-ayatin likulli sobbarin syakur.

Terasa pada Imam Labim daging pipinya bagaikan disentap semasa tapak tangan Ucu Mahali melekap di situ. Tiga kali diulangi oleh Ucu Mahali, memang Imam Labim berasa lega juga.

"Musibah macam ni, ujian kepada kita Imam," tutur Ucu Mahali sewaktu turun meninggalkan rumah Imam Labim.

Seminggu selepas itu talkala bertemu di surau, Imam Labim tunjukkan kepada Ucu Mahali bengkak di pipinya mengecut. Sakit giginya yang berdenyut-denyut juga tidak lagi mengganggu. Tidak pula Imam Labim mengagak sama ada ubat yang diambilnya di hospital atau doa Ucu Mahali yang menyembuhkan.

"Semuanya kuasa Allah, Imam," tersengih-sengih Ucu Mahali ingatkan dia, apabila Imam Labim ungkit mengenai kesudian Ucu Mahali jejak kaki ke rumahnya menjengah dia mengidap bengkak pipi berminggu-minggu. Dia juga percaya kuasa Allah yang menyembuhkan apa jua penyakit, tetapi manusia wajib berikhtiar mendapatkan ubat. Cara mana ubat itu diperolehi tidak penting sangat, asal sahaja ikhlas mendapatkan di mana-mana.

Sebab itu Ucu Mahali tidak mengelak sangat tatkala dijemput oleh Kiman ke Kuala Lumpur dalam saat dia baru sahaja selesai menebas di kebun. Keletihannya akibat tidak cukup berehat sejak pagi lagi menoreh getah, kemudian menebas di kebun pisang di sebelah petang, cuba disembunyikan oleh Ucu Mahali. Selesai sahaja solat Maghrib, tidak bertangguh dia mengajak Kak Banun masuk sama ke kereta Kiman.

Sewaktu turun dari rumah memang Ucu Mahali tidak mengunci mangga rumah. Dia sekadar gantungkan sahaja mangga itu di pintu seolah-olah rumahnya terkunci rapat. Sudah menjadi amalan Ucu Mahali tidak akan mengunci rumahnya apabila dia berjalan ke mana-mana. Biarlah rumahnya digantungkan mangga sahaja dengan tidak dikunci apa-apa. Tahu sangat Kak Banun petua suaminya apabila keluar rumah dengan tidak menguncikan mangga. Kadangkala sampai berhari-hari dia meninggalkan rumah, Ucu Mahali tidak bimbang apa-apa pun mengenai keadaan rumahnya.

"Tak masuk pencuri ke, Ucu?" sengaja Mat Junoh menduga sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan kawasan rumah.

"Ah, bukannya ada apa dalam rumah, kalau mereka nak curi pun," sahut Ucu Mahali tersengih-sengih lantas menyandarkan belakang kukuh-kukuh.

"Kalau TV dilarikan orang, macam mana?" Kiman pula bertanya seolah-olah mengingatkan lelaki itu.

"Kalau mereka nak ambil, dikunci pun mereka dapat pecahkan," tegas Ucu Mahali tidak bimbang apa-apa meninggalkan rumahnya dengan tidak berkunci.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Tetapi Kak Banun juga tahu mengenai keistimewaan suaminya meninggalkan rumah dengan tidak berkunci. Memang dia sendiri bimbang tatkala mula-mula berkahwin dengan Ucu Mahali yang sudah duda itu, apabila meninggalkan rumah dengan tidak berkunci langsung. Merungut juga Kak Banun disebabkan mahu menghadiri majlis kahwin sampai santak malam, sengaja Ucu Mahali tidak mengunci rumah. Mangga tergantung di pintu sekadar terlekat sahaja dengan tidak digunakan.

Ketika balik dari kenduri majlis kahwin, tiba-tiba sahaja Kak Banun terkejut melihat dua orang pemuda tercangkung di dalam rumah seolah-olah tangan mereka diikat ke belakang. Sewaktu lampu dipasang dua orang pemuda itu terkebil-kebil mata meminta ampun. Dua orang pemuda itu sendiri mengaku mahu masuk mencuri ke dalam rumah, tetapi mereka dikejutkan oleh bayangan Ucu Mahali terlalu banyak di keliling rumah. Ke mana sahaja mereka berpaling bayangan Ucu Mahali tercegat di situ. Tidak sempat mereka melarikan diri, bayangan Ucu Mahali yang terlalu banyak menerkam ke arah mereka. Lantas sahaja tangan mereka diikat ke belakang.

Di dalam gelap itu mereka melihat terlalu banyak bayangan Ucu Mahali tercegat di mana-mana. Hinggalah lampu dipasang dan mereka melihat sendiri Ucu Mahali baru sahaja balik bersama Kak Banun, dua orang pemuda itu menyedari sia-sia sahaja menyusup masuk ke rumah itu semasa Ucu Mahali tidak ada di rumah. Tetapi Ucu Mahali sekadar memberitahu dua orang pemuda itu ketakutan sahaja sehingga melihat bayangannya tercegat di mana-mana, bukan disebabkan melhat bayangan dia di tengah rumah. Sekalipun Kak Banun beritahu mengenai kejadian itu, namun Ucu Mahali tetap merahsiakan juga daripada Kiman.

Hampir jam 11.00 malam mereka sampai di rumah Kiman, terasa lapar juga Ucu Mahali disebabkan belum menjamah nasi sewaktu turun meninggalkan rumah. Memang Kiman mahu berhenti juga di gerai makan sewaktu dalam perjalanan, tetapi tidak ada gerai makan di sepanjang jalan. Apabila masuk ke Kuala Lumpur, Ucu Mahali sendiri cadangkan biar terus sahaja ke rumah Kiman. Apalah gunanya makan di gerai makan di Kuala Lumpur kalau sudah sampai di rumah Kiman. Lebih baik mereka makan sahaja di rumah Kiman. Tentu Seridah sudah bersiap-siap menyediakan hidangan disebabkan dia tahu Kiman ke Felda menjemput Ucu Mahali.

Alangkah membazirnya Seridah menyediakan hidangan, kalau mereka semua makan di gerai sebelum jejak kaki di rumah! Sewaktu menghadapi hidangan di meja makan, memang Ucu Mahali tidak bercakap apa-apa. Mat Junoh sudah mengagak tentu Ucu Mahali terlalu letih kerana tidak sempat berehat ketika Kiman datang menjemput. Tetapi Kak Banun tetap galak berbual dengan Seridah sewaktu menyediakan hidangan di dapur. Kalau Ucu Mahali keletihan tentu Kak Banun juga keletihan akibat sama-sama menebas di kebun pisang hingga santak senja. Tetapi Kiman melihat Kak Banun masih segar berbual.

Tidak bercakap apa-apa. Ucu Mahali terus sahaja solat Isya' selepas selesai makan. Kemudian dia menyuruh padamkan sahaja lampu di tengah rumah dengan membiarkan lampu di luar sahaja terpasang. Dalam masa setengah jam sahaja Ucu Mahali tercongok di penjuru rumah dengan melenggok-lenggok kepala, tiba-tiba dia mendongakkan kepala dengan keadaan geli-geleman.

"Semua tentera Islam sahaja datang, yang lain tak mahu!" Ucu Mahali menuding tangannya ke siling. Ketika ini mereka semua terdiam melihat Ucu Mahali tercongok di penjuru rumah. Tubuhnya semakin galak melenggok-lenggok seolah-olah tidak lagi lesu akibat keletihan bekerja sepanjang hari.
Dia semakin gagah merapatkan sila dengan membacakan: Wa-in yamsaskallahu bidhurin kasyifa lahu illahhuwa wa-in yuridka bkharin fala radda lifadhlihi, yusibu bihi man yasya-u min 'ibadihi wahuwal ghafurrur rahim.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Serentak dengan ini terlalu banyak rama-rama hitam berterbangan di tengah rumah, menyebabkan Kiman segera memasang kipas angin. Rama-rama hitam itu tertampan ke dinding apakala kipas angin berputar ligat hingga berserakan ke lantai. Tiba-tiba pula Ucu Mahali terjeluih, menyebabkan dia berlari ke dapur. Lantas sahaja dia muntah ke dalam sink dengan tidak bersebab. Sampai merah muka Ucu Mahali menahan loya tekak hingga perut memual-mual termuntah tidak tertahan.

"Hah, kenapa Ucu?" gementar juga Mat Junoh dengan keadaan Ucu Mahali yang termuntah-muntah menahan loya tekak.

"Abang Junoh cuba tengok di bilik tidur Encik Kiman ni," ujar Ucu Mahali mengurut-ngurut dadanya setelah dapat bertenang semula lantas duduk bersila rapat.

Tidak bertangguh Mat Junoh mengajak Kiman naik ke bilik tidur di tingkat atas. Sebaik sahaja pintu bilik terbuka, Kiman dengan Mat Junoh beristighfar beberapa kali apakala melihat bersepah-sepah tulang kaki manusia di atas karpet.

"His, mana datangnya Abang Junoh?" Kiman tidak jadi melangkah masuk ke dalam bilik.

"Entahlah Encik Kiman," keluh Mat Junoh terasa seram sejuk hingga bulu roma tegak meremang.

"Mari kita panggil Ucu naik," lantas dia menarik bahu kanan Kiman mengajak turun semula ke tingkat bawah.

"Ada nampak apa-apa Abang Junoh?" segera Ucu Mahali bertanya sebaik sahaja Mat Junoh dan Kiman bergegas-gegas turun.

Mat Junoh tidak menyahut. Dia segera menarik tangan Ucu Mahali supaya naik ke tingkat atas. Terpaksa Ucu Mahali ikut naik sama setelah digesa oleh Kiman. Ketika ini dua orang anak Kiman di biliknya juga terjerit memanggil emaknya kerana terkejut dengan tulang kaki manusia berselerak di bilik tidurnya. Termengah-mengah pula Seridah dan Kak Banun berkejar naik ke bilik tidur anaknya. Memang mereka terkejut melihat tulang kaki manusia berselerak dengan bau busuk yang menusuk-nusuk.

"Semua tentera Islam masuk, buangkan apa sahaja sihir dalam runah ni!" seru Ucu Mahali dengan berlegar-legar di sekeliling bilik tidur Kiman.

Kemudian dia menyuruh memadamkan semua lampu di dalam rumah dengan membiarkan lampu di luar sahaja terpasang di garaj kereta. Sedikit demi sedikit bau busuk yang menusuk-nusuk ke hidung hilang.

Ketika ini mereka mendengar Ucu Mahali berzikir dengan: Ya zaljalali wal ikram, hingga suaranya bertukar menjadi parau macam tersedak akibat sendawa. Setelah bau busuk itu hilang barulah Ucu Mahali benarkan memasang lampu di dalam bilik tidur.

Ketika ini mereka melihat tidak ada lagi tulang-tulang kaki manusia berselerak di atas karpet. Tidak bertangguh pula Ucu Mahali mengajak turun semula ke tingkat bawah. Dua orang anak Kiman juga turun ke tingkat bawah disebabkan tidak berani lagi masuk semula ke dalam bilik tidur mereka. Memang tidak pernah mereka mengalami kejadian demikian, apalagi baru sahaja balik dari belajar di luar negeri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2013 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Apabila turun ke ruang tamu, mereka tidak melihat lagi bangkai rama-rama hitam yang berselerak banyak di atas karpet. Kalau mahu dikatakan rama-rama hitam mati setelah tertampan ke dinding akibat ditolak kipas angin berputar ligat, tentu kepaknya bertaburan di mana-mana. Seridah akan sapu juga bangkai rama-rama hitam kalau masih berselerak di atas lantai. Tetapi kesan bangkai rama-rama hitam yang banyak berselerak sebelum itu tidak kelihatan di mana pun. Macam tidak percaya pula dia dengan apa yang dilihatnya. Masakan Ucu Mahali sengaja gunakan silap mata dalam saat demikian.

"Kalau sakit, cukuplah berubat," ujar Ucu Mahali setelah suasana reda. "Perkara dari mana puncanya penyakit tu, tak perlu kita ingatkan sangat," dia mengingatkan lantas menyuruh Kiman sediakan garam dan lada hitam.

Disebabkan tidak sempat mahu mencari garam kasar dan lada hitam ketika hampir jam 12.00 tengah malam, Ucu Mahali sekadar memberikan petua supaya dua jenis bahan itu digaulkan sahaja. Kemudian Kiman boleh bacakan sendiri Ayatul Kursi sebanyak 313 kali selepas solat Maghrib. Dia menyuruh Kiman serakkan garam kasardigaul lada hitam itu di sekeliling rumah. Tidak perlu lagi Kiman terburu-buru mendapatkan Ucu Mahali, kalau bacaan Ayatul Kursi itu diamalkan sepanjang masa.

Apalah salahnya bacakan Ayatul Kursi itu sampai 313 kali setiap kali mahu masuk tidur, ataupun bangun tengah malam dirikan solat Tahajud. Tetapi Kiman sendiri bukan ambil peduli sangat mengenai solat Tahajud. Malah solat lima waktu juga seringkali tertinggal disebabkan banyak urusan di pejabat. Berkali-kali juga Seridah mendesak supaya tidak lupakan solat, tetapi Kiman sendiri banyak berdalih.

"Dah jadi perkara macam ni, baru nak ingat Allah," sengaja Seridah menyindir tatkala mereka berdua datang ke rumah saya, disebabkan menemui isteri saya.

"Bukan macam tu," sahut Kiman terkilan dengan tuduhan isterinya itu.

"Tapi solat ni bukannya nak menunjuk-nunjuk pada orang, solat tu satu tanggungjawab kita," katanya mengingatkan Seridah.

Sudah lama juga isteri saya tidak bertemu dengan anak saudaranya itu, semenjak Seridah berpindah ke Kuala Lumpur. Apalagi Kiman sudah membeli rumah di sana, tentulah tidak ada masa lapang. Kadangkala bersua semasa menyambut Hari Raya sahaja, itu pun kebetulan terserempak di masjid. Kalau mahu jejak kaki ke rumah semata-mata mahu bersua, memang sukar mahu dirancang. Kadangkala mereka pula terkilan mahu jejak kaki ke rumah apabila saya jarang di rumah.

"Ustaz ni bukannya lekat di rumah," isteri saya pula mengusik apabila diberitahu oleh Kiman sudah beberapa kali menghubungi dengan telefon.

Kalau tidak didesak oleh Ucu Mahali memang Kiman serba salah juga mahu berkunjung ke rumah saya. Tetapi Ucu Mahali desak juga sekiranya keadaandi rumah mereka masih juga diganggu. Memang semenjak amalkan Ayatul Kursi itu, Seridah terasa sakit kepalanya tidak lagi mengganggu, tetapi sekali-sekala bau busuk itu meruap-ruap juga tatkala tengah malam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2013 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
30 TULANG KAKI BERTABURAN DI BILIK

Sekalipun mereka ada hubungan keluarga dengan isteri saya, tetapi jarang bertemu untuk mengeratkan tali persaudaraan. Lagipun Seridah sendiri malu berkunjung disebabkan sikap suaminya yang tidak gemar ke masjid. Bimbang juga dia sekiranya diingatkan oleh isteri saya demikian, apabila bersua muka.

"Banyak saya belajar dari ustaz ni," beritahu Ucu Mahali semasa dibawa berkunjung ke rumah saya oleh Kiman.

"Bolehlah dikatakan guru saya juga," tersengih-sengih dia memeluk leher saya. Serba salah juga saya dengan pengakuan Ucu Mahali itu. Tidak pernah pula saya memberikan petua pengubatan kepadanya, kerana saya tidak tahu menahu langsung mengenai perubatan cara mana pun. Apa yang saya lakukan sekadar berdoa sahaja dengan menyerah diri semata-mata kerana Allah.

"Jalan sama, cuma caranya berlainan," segera Ucu Mahali menjelaskan apabila disedarinya saya dalam keadaan serba salah.Memang gementar juga hati saya apabila orang seperti Ucu Mahali yang banyak pengalaman itu tiba-tiba sahaja mengakui saya menjadi gurunya. Lainlah kalau saya yang berguru kepadanya, sekalipun usia saya memang lebih tua daripadanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Sampai 3 hari bau minyak dicampur air mandi limau masih wangi sekali pun mandi digosok sabun. Haji Basartahu minyak yang dicampur dalam air limau Ucu Semali sekadar minyak biasa yang di beli di kedai mamak. Apa sangat minyak wangi berkenaan kalau disapu pada kulit apabila dijadikan losyen semata - mata.

Setelah dibasuh atau mandi, nescaya bau minyak berkenaan akan hilang serta merta.Tetapi Ucu Semali bancuh minyak berkenaan dalam air mandi limau setelah menunggu malam diserkup sepi. Sebaik sahaja Ucu Semali memotong limau yang dipetik 3 biji pada satu tangkai, dia memberi isyarat supaya Haji Basar meletakkan duit sebanyak 25 sen ke dalam piring berisi limau berkenaan.

Setelah air di dalam baldi siap dibancuh, limau juga siap dipotong, segera Ucu Semali padamkan lampu biar di dalam rumah menjadi gelap. Tetapi Haji Basarnampak melalui kilauan cahaya lampu yang terpasang di dapur rumah, Ucu Semali telah membakar setanggi. Lama dia terconggok di depan asap setanggi lantas Ucu Semali pun menyeru :

assalamualaikum ya rijal ghaib, assalamualaikum ya ruhul-qudus, ya ghausnya nya ya muhan ya nuqbah ya nujabar ya akhyar ya autad ya amud ya hosilalmurad wahosilal maksud...".

Kemudian Ucu Semali merungut - rungut bagaikan bercakap tidak menentu. Memang Haji Basar dapat mengagak tentu Ucu Semali dapat melihat apa sahaja lembaga di depannya kerana sekali sekala dia bagaikan menyuruh lembaga itu kemana- mana. Dia akan menunggu beberapa ketika seolah - olah untuk mendapatkan laporan yang diperlukannya. Last edited by rdzaccess on 9-12-2013 11:37 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Hampir setengah jam Ucu Semali merungut - rungut, lantas dia meminta pasangkan lampu semula. Selepas itu dia menyuruh Haji Basarberdiri di cucur atap lalu terus dijirus dengan air mandi limau itu dari tingkap serambi. Memang sejuk juga Haji Basarakibat dijirus air tatkala tengah malam, tetapi dia terpaksa mematuhi apa sahaja kemahuan Ucu Semali.

Lama sangat dia merasakan seolah - olah rezekinya tersekat sehingga perniagaannya semakin menurun. masakan tidak semena - mena sahaja segala peluangnya bagaikan tertutup rapat. Memang siapa pun tidak percaya apabila dia mengalami kebuntuan akibat wang ditangannya tidak membawa keberkatan langsung.Tahu sangat Haji Basarwang perniagaannya tidak pernah susut, tetapi dia sentiasa mengalami kesempitan. Kadangkala dia sendiri tidak menyedari bagaimana berbelanja sehingga wang di dalam dompetnya sering kehabisan. Kereta juga sentiasa meragam hingga tayarnya bocor setiap 3 hari sekali.

" Tak tahulah Ucu nak buat macam mana " ujar Ucu Semali apabila Haji Basarmemberitahunya mengenai kejadian yang menimpa dirinya.

" Berniaga saya rasanya tak jatuh, tapi wang habis tak tahu ke mana! " keluh Haji Basardisebabkan tidak tertahan lagi menahan kerusuhan hati.

" Kalau berniaga tak rugi macam mana pula sempit rezeki? " memang Ucu Semali tidak dapat mengagak masalah yang ditanggung oleh Haji Basar .

" Tak tahulah saya Ucu, ada saja yang tak kena " tutur Haji Basarapabila kenangkan keretanya yang selalu rosak itu.

Selang 3 hari sekali tayar kereta bocor, pintu kereta pula terkunci tidak boleh dibuka. apabila dibawa ke bengkel, tidak ada apa - apa kerosakkan pun.

" Ikut pengalaman Ucu, tak pernah berlaku macam ni " jelas Ucu Semali yang serba salah juga mahu membantu setelah Haji Basarmenjengah ke rumahnya di kawasan felda berkenaan.

" Macam mana pun, Ucu cubalah! " desak Haji Basarsemacam meletakkan harapan yang tinggi pada ucuc semali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Tatkala Ucu Semali mula membakarkan setanggi, sekali gus terasa seluruh badannya geli geleman seolah - olah badannya dilumuri minyak. Cepat - cepat Ucu Semali mengisar duduk lantas menepuk kepala lututnya 3 kali. Sebaik sahaja Ucu Semali melihat bayangan pejabat Haji Basar , terkejut dia seolah - olah dinding pejabat juga dilumuri minyak hingga tercium bau harum.

Tersenyum Ucu Semali disebabkan bau minyak yang harum itu menjadikan pejabat Haji Basarbagaikan tenggelam di tengah ombak minyak yang mengalir di celah dinding laksana mata air pada tebing telaga. Jikalau mata air berkenaan disumbat, nescaya akan terus juga terpancut bagaikana tidak dapat ditahan - tahan.Ketika itulah Ucu Semali duduk lantas berzikir hingga terasa tubuhnya melayang - layang ke udara. Serentak dengan itu, dia melihat disekelilingnya terlalu ramai lelaki berkeliling. Tidak bertangguh Ucu Semali pun menyuruh semua lelaki yang menjelma di depannya itu supaya menutup mata air yang memancut minyak wangi pada dinding pejabat Haji Basaritu.

Setelah geli geleman di seluruh tubuhnya itu beransur hilang, segera Ucu Semali mengisarkan duduknya. Lantas dia pun menghelakan nafas lalu terus memberi isyarat supaya lampu dipasangkan semula. Menggeleng - geleng lemah dia tetapi dia tidak mahu memberitahu apa - apa kepada Haji Basarsetelah melihat keadaan di pejabatnya itu.

Apabila Ucu Semali jiruskan air mandian limau itu, memang dia tidak benarkan Haji Basarlapkan air itu dengan tuala. Biarlah air yang dijirus ke tubuh itu berbintik - bintik sampai kering sendiri. Rambut juga dibiarkan tidak disisir disebabkan bimbangkan air mandi limau itu tua apabila menitik dihujung rambutnya.Sebab tu bau minyak berkenaan melekat pada rambut Haji Basar . Tatkala beliau balik ke rumah, dia terus rebahkan badan ke katil. Sekali gus pula isterinya, Hajah Rusijahterbau minyak wangi berkenaan sampai melekat bau itu ke bantal. 3 hari pula Hajah Rusijahterbau wangi bantal itu sekali pun sudah dijemur di anjung rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Tersengih - sengih Hajah Rusijahmengejek Haji Basartatkala menghadap sarapan pagi apabila memberitahu mengenai bau minyak wangi yang melekat pada bantal itu. Tetapi Haji Basartidak peduli sangat sama ada isterinya mengejeknya atau tidak. Manalah isterinya tahu mengenai keadaan di pejabatnya yang tiba - tiba sahaja bagaikan malap tidak berseri apa - apa.Kalau tidak kenang kawannya, Wak Damusingatkan dia supaya tidak terburu - buru sangat mengambil keputusan mahu menutup perniagaannya, memang sudah lama Haji Basartinggalkan pejabatnya. Biarlah dia terperosok di rumah mengharapkan anak - anaknya membantu, setelah perniagaan yang sekian lama dikendalikannya itu tiba - tiba sahaja menghadapi masalah.Dia tahu perniagaannya tidaklah jatuh merudum. Segala - galanya masih berjalan dengan baik hinggakan mereka yang berniaga dengannya tidak pernah culas membayar. Tetapi duit ditangannya selalu sahaja habis tidak menentu. Dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana mahu tuliskan buku akaun akibat daripada perasaannya yang sentiasa rusuh itu.

" Ahh! minyak wangi biasa " sahut Haji Basaryang tidak peduli sangat dengan usikan isterinya itu.

" Arwah ayah dahulu pun gunakan minyak wangi macam tu " tersengih - sengih Hajah Rusijahdisebabkan bau minyak wangi yang digunakan pada air mandian limau Haji Basarmasih berbau harum.

" Emmm...dia gunakan untuk apa? " berkerut dahi Haji Basarapabila isterinya ungkit fasal minyak yang digunakan oleh arwah bapa mentuanya.

" Setahu saya, arwah ayah dulu buat minyak senyonyong " jelas Hajah Rusijahbagaikan curiga dengan air mandi limau yang dijiruskan oleh Ucu Semali itu.

" Sebab itu arwah ayah beristeri sampai 4 " beritahu dia selanjutnya apabila kenangkan arwah ayahnya, Andak Bucinyang berkahwin sampai 4 itu.

Terkekeh - kekeh Haji Basarketawa sebaik sahaja Hajah Rusijahsebut mengenai arwah ayahnya yang berkahwin 4 itu. Lantas sahaja Haji Basarmenuduh tentu isterinya juga bimbang dia mandi air limau disebabkan mahu berkahwin lain. Asal sahaja bertemu Ucu Semali jauh di kawasan Felda, tentu bertujuan mahu memikat sesiapa. Sebab itu Haji Basarterasa sangat geli hatinya apabila Hajah Rusijahmenyindir sedemikian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Takat mencari minyak senyonyong, tidak perlulah dia bersusah payah meranduk kesepian malam untuk menemui Ucu Semali. Memang arwah bapa mentuanya sudah berikan dia minyak senyonyong biar mudah laris tatkala berniaga apa pun. Sesiapa sahaja yang berurusan dengannya, sudah tentu akan menuruti keputusannya sebaik sahaja minyak tersebut disapukan pada alis mata terus ke atas bibir.

Memang bapa mentuanya Andak Buciningatkan Haji Basarsupaya tidak salah gunakan minyak senyonyong berkenaan. Kalau digunakan untuk memikat perempuan, nescaya minyak senyonyong berkenaan sekadar seronok mahu berkahwin sampai empat isteri sahajalah. Haji Basarsendiri menyedari Andak Bucinberisteri sampai 4 orang, tetapi berniaga tiada satu pun yang menjadi.disebabkan tidak boleh digunakan untuk berniaga, lantas sahaja Andak Bucinbekerja sebagai tukang kayu. Apabila dia berikan minyak senyonyong itu pada Haji Basar , dia sudah ingatkan fasal niat yang tertanam di kalbu sebaik sahaja diturunkan kepada menantunya. Lantas sahaja Haji Basartanamkan niat jauh di lubuk hati mahu gunakan untuk berniaga semata - mata.

Setiap kali malam bulan mengambang penuh, Haji Basarakan asapkan botol minyak berkenaan dengan kemenyan sampai berturut - turut 3 malam. Dia akan melihat akar serai bunga di dalam botol itu, akan berpusing di tengah minyak yang berbuih sebaik sahaja diasap dengan kemenyan. Sekali gus pula akar serai itu akan bertukar warna menjadi kebiru - biruan apabila asap kemenyan itu melabun di tengah rumah.Cubalah sesiapa sahaja berurusan niaga dengannya, mencari helah tidak mahu membayar wang yang dituntut. Tatkala dengar suara Haji Basardi dalam telefon sahaja nescaya hati akan menjadi gementar. Tidak bertangguh mereka akan memberikan janji mahu membayar sebelum Haji Basarsempat bertanya apa - apa.

" Minyak senyonyong ayah jikalau disalah gunakan, memanglah untuk memikat perempuan aje! " ujar Haji Basardi hujung ketawanya sengaja menyindir isterinya.

" Jadi, arwah ayah dulu salahgunakan minyak senyonyong tu? " lantas Hajah Rusijahmencebek bibir kerana menyangka suaminya tidak tahu apa - apa pun mengenai minyak senyonyong berkenaan.

" Entahlah, tapi kalau nak kahwin sampai 4 tak payah pakai minyak senyonyong pun boleh”jelas Haji Basarsambil tersengih - sengih mengulum senyum disebabkan dia sudah berjanji dengan arwah bapa mertuanya untuk merahsiakan fasal minyak berkenaan yang diturunkan kepadanya.

Bukan mudah Andak Bucinmahu turunkan minyak senyonyong yang mengalir keluar dari pada rumpun serai bunga itu, kalau Haji Basartidak mahu rahsiakannya. Tentu anaknya, Hajah Rusijahakan mengalami nasib yang sama seperti emaknya yang hidup bermadu sekiranya Haji Basartidak menyimpan rahsia mengenai minyak senyonyong yang ditampung tatkala keluar meleleh di rumpun serai bunga.

Bangga sangat Andak Bucinapabila dia menemui rumpun serai bunga di tengah hutan lalu dibawa balik dan ditanam di hujung halaman. Beberapa kali juga Andak Bucinmengendap sewaktu malam bulan tengah mengambang penuh apabila tercium bau harum laksana bunga cempaka gugur ke tanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Lantas disuluhnya ke perdu rumpun serai bunga itu setelah rumpun serai bunga itu bergegar kuat. Tersentak Andak Bucinapabila melihat minyak meleleh pada perdu rumpun serai berkenaan. Cepat - cepat dia tadahkan tempurung disebabkan bau minyak berkenaan sangat semerbak harumnya. Dia simpan baik - baik minyak berkenaan dengan akar serai bunga yang jatuh ke dalam tempurung tidak dibuang satu pun.
Apabila isterinya menanyakan mengenai minyak di dalam tempurung yang berbau harum itu, terus sahaja Andak Bucinmemberitahunya minyak senyonyong. Tergamam isterinya sebaik sahaja diberitahu bahawa minyak senyonyong keluar meleleh pada perdu rumpun serai bunga. Sewaktu isterinya menjengah perdu rumpun serai berkenaan, dia semakin terkejut apabila melihat beberapa butir batu berwarna - warni berlonggok di situ.

Disebabkan dia menyimpan batu batu berwarna warni itu, isterinya tidak marah apabila Andak Bucinberkahwin lagi. Apa lagi, batu berwarna - warni itu akan bertambah sekiranya dia jualkan kepada jiran - jirannya. sampailah beliau meninggal dunia, tiba - tiba sahaja batu berwarna - warni berkenaan hilang entah ke mana. Serai bunga yang dijaga baik - baik oleh Andak Bucinjuga pupus tidak bersebab.Setelah diturunkan kepada Haji Basarminyak senyonyong tersebut, Andak Buciningatkan menantunya supaya tidak memberitahu sesiapa pun mengenai minyak senyonyong berkenaan. Bimbang benar dia mahu serahkan pada anak - anak lelakinya yang lain takut mereka berbangga sangat hingga memikat sesiapa sahaja perempuan yang menarik perhatiannya.

" Boleh jadi minyak senyonyong arwah ayah dulu, awak yang simpan? " segera Hajah Rusijahmenuduh disebabkan bau air mandi limau suaminya seakan - akan bau minyak senyonyong yang disembunyikan oleh ayahnya.

Tahu sangat Hajah Rusijahmengenai minyak berkenaan disebabkan dia pernah terserempak di dalam peti kayu di bawah kolong.

" Hus, kalau ada pada aku, tentu aku kahwin 4! " ujar Haji Basarsengaja berdalih.

Ketika ini lah mereka berdua dikejutkan dengan bunyi sorak sorai anak - anak di luar pagar rumah. Lantas sahaja Hajah Rusijahmenerpa ke pintu hadapan rumah hinggakan tidak peduli lagi fasal minyak senyonyong yang dibangkitkan di depan suaminya itu. Sebaik sahaja dia menjengah keluar, Hajah Rusijahtidak melihat seorang pun kanak - kanak yang bersorak di luar pagar rumahnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Tetapi dia terkejut apabila melihat sebuah kereta jenazah tersergam di luar pagar rumahnya. Belum pun sempat dia memanggil Haji Basar , lantas sahaja suaminya tercegat di belakangnya. Segera Haji Basarmembukakan jeriji pintu untuk memastikan memang betul kereta jenazah itu berhenti di hadapan rumahnya.Ketika Haji Basarberjalan mendekati pintu pagarnya, kereta jenazah itu terus bergerak meninggalkan kawasan rumahnya. Hajah Rusijah pula ternampak kereta berkenaan bergerak secara sendiri tanpa kelibat pemandunya.

Hairan juga Haji Basarapabila diberitahu oleh isterinya mengenai kereta jenazah itu bergerak dengan sendiri dengan tidak ada pemandunya.Apabila hal itu diberitahu kepada jiran - jirannya, mereka juga terkejut. Tidak ada sesiapa pun yang melihat kereta jenazah itu berhenti di luar pagar rumah Haji Basartatkala mereka sedang bersarapan pagi. Sewaktu mereka menjengah ke tepi pintu pagar, memang bekas tayar kereta ternampak timbul pada tanah pasir di situ." Saya tidak nampak sebuah pun kereta berhenti di situ, abang haji " ujar Fahzijiran yang dekat bersebelahan rumah. memang sejak selepas solat subuh Fahzibersenam di hadapan rumahnya. Sekiranya kereta jenazah berkenaan berhenti di hadapan pagar rumah Haji Basar , memang dia yang akan mula - mula melihatnya.

" Eeh, takkan lah saya bermimpi! " gerutu Haji Basarsemacam tidak percaya apabila diberitahu sedemikian oleh Fahzi .

" Sejak selepas subuh memang saya di halaman rumah ini " jelas Fahziyang mengakui nampak Haji Basarmenerpa ke pintu pagar secara tergesa - gesa.

" Siapa pula yang meninggal dunia? hingga kereta jenazah tersalah rumah" lantas Mat Sutin mencelah setelah diberitahu fasal kereta jenazah pagi - pagi lagi berhenti di hadapan pagar rumah Haji Basar .

" Memang saya dengar suara budak - budak bersorak " sahut Hajah Rusijahmenjelaskan apabila jiran - jiran memberitahu tidak melihat seorang pun kanak - kanak di situ.

Kalau kanak - kanak bersorak pun, tentu anak - anak mereka yang sudah ke sekolah semenjak selepas subuh lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2013 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Tetapi berturut - turut 3 pagi pula mereka di situ dikejutkan dengan kereta jenazah yang berhenti tersergam di depan pintu pagar rumah Haji Basar . Tidak sampai 2 minit kereta berkenaan berhenti, cepat - cepat sahaja ianya akan bergerak.

Memang Fahzijuga tidak dapat melihat kelibat pemandu kereta itu apabila ia bergerak meninggalkan pintu pagar tersebut.Bukan Fahzisahaja yang terserempak, malah Mat Sutin yang suka mengusik jirannya itu juga tergamam apabila beliau juga turut terserempak dengan kereta jenazah yang tiada pemandu itu berhenti di hadapan rumah Haji Basar . Sebab itu mereka mula mengendap di pintu pagar rumah sebai sahaja selepas waktu subuh. tetapi tidak kelihatan apa - apa pula sampai seminggu apabila mereka menunggu di situ.

Disebabkan terserempak dengan kereta jenazah tidak ada pemandu yang berhenti di depan pintu, lantas sahaja Haji Basarmenemui Ucu Semali semula. Sengaja dia mengajak Fahziikut sama temankan dia ke Felda berkenaan. Tetapi Ucu Semali juga memberitahu bahawa kereta jenazah turut ada berhenti di halaman rumahnya selepas subuh tatkala dia turun ke tanah mahu ke kebun.

Sebaik sahaja Ucu Semali mahu mencapai motorsikalnya, dia menyedari bahawa kereta jenazah itu bergerak perlahan - lahan meninggalkan halaman rumahnya. Memang dia cam sangat bahawa tidak ada pemandu di hadapan. Berturut - turut 3 pagi Ucu Semali terserempak dengan kereta jenazah tersebut yang berhenti di halaman rumahnya, kemudian aia bergerak perlahan - lahan sebaik sahaja Ucu Semali mencapai motorsikalnya.Ucu Semali tidak peduli sangat mengenai kereta jenazah yang berhenti di halaman rumah kerana menyangka pemandunya sengaja mahu berhenti berehat. Tentu pemandu kereta jenazah itu yang masuk ke dalam kawasan Felda berkenaan keletihan sangat kerana menguruskan membawa balik jenazah dari hospital. Manalah tahu jirannya di kawasan Felda berkenaan sudah bekerja menjadi pemandu kereta jenazah berkenaan.

Setelah dia cam sangat kereta jenazah itu bergerak tanpa pemandu, Ucu Semali mula mengesyaki kereta berkenaan sekadar bayangan sahaja. Tetapi anaknya, Uncakjuga terserempak dengan kereta jenazah berkenaan melalui lorong ke rumahnya tatkala dia mengayuh basikal ke sekolah. 3 pagi berturut - turut Uncakcam sangat kereta berkenaan memang tidak ada pemandu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2013 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

" Ucu di sini pun terserempak dengan kereta jenazah " beritahu Ucu Semali apabila Haji Basarjelaskan kejadian yang menimpa di rumahnya 3 pagi berturut - turut.

" Cam benar Ucu, memang kereta itu tidak ada pemandu " ujarnya menambah apabila kenangkan kejadian yang sama menimpa rumahnya juga.

" Takkan kita sama - sama bermimpi, Ucu? " hairan juga Haji Basarkiranya mahu dituduh mereka bermimpi.

Kalau takat dia suami isteri sahaja melihat, boleh juga dianggap kereta jenazah itu sekadar bayangan. tetapi Fahzidan Mat Sutin jiran - jirannya, juga terserempak sama.

" Bukan perkara mimpi ni, Aji " jelas Ucu Semali tersengih - sengih kerana tidak bimbang apa - apa sekiranya mahu menguji dirinya.

" Kadangkala orang nak tunjuk kepandaian, manalah kita tahu! " dia mendengus perlahan seolah - olah kejadian tersebut mahu mencabar dirinya.

" Macam - macam ilmu sihir " ujar Fahziyang memang pernah mengalami kejadian diganggu sihir sewaktu tinggal di rumah lamanya sebelum berpindah berjiran dengan Haji Basar .

Apabila dia memberitahu kepada Haji Basar , lantas sahaja lelaki itu mentertawakannya kerana terlalu percayakan sangat kejadian sedemikian.

Manalah Haji Basardapat merasakan keadaan cemas dirinya sekeluarga apabila langsir jendela tiba - tiba sahaja terbakar. Habis sahaja langsir rentung terbakar, sekali gus pula api padam tidak sempat menjilat ke dinding. tilam di atas katil juga terbakar bagaikan ditabur bara merah menyala hingga kekabu tilam berlubang - lubang ditembusi api. Rusuh benar hati Fahzidisebabkan sepanjang malam dia terpaksa berjaga - jaga.Lantas sahaja Itam Suhormenyuruhnya buangkan sahaja langsir, kalau api berkenaan sengaja membakar langsir jendelanya.

Apabila tidak dipasangkan langsir, kusyen bangku pula berlubang - lubang bagaikan bara berserak di situ. 3 malam berturut - turut Itam Suhormembakarkan kemenyan, namun kejadian api memercik laksana bara ditabur itu terus berlaku di dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

Sengaja bapa saudaranya memberikannya sahaja minyak senyonyong biar dititikkan pada sapu tangan. Asal sahaja terserempak dengan Mazimah , beliau akan kibaskan sapu tangan tersebut biar bau wanginya tercium menusuk ke hidung. Sebaik sahaja tercium bau minyak senyonyong, memang 3 malam berturut - turut Mazimahtidak boleh lelapkan mata apabila kenangkan akan diri Fahzi . Setiap kali menjejakkan kaki ke pejabat, dia akan tertunggu - tunggu akan Fahzimasuk menjengah.

Tiba - tiba sahaja perasaannya tidak boleh lupakan Fahziasal sahaja mata mahu mengantuk tidur. Dia akan tergamam bangun bagaikan terdengar suara Fahziberbisik di telinganya menyuruhnya membuka mata. Sebab itu mudah sahaja Mazimahmenerima lamaran tatkala Fahzimasuk meminang. Manalah Fahzitahu fasal lelaki yang hatinya terluka apabila dia berkahwin dengan Mazimah .

Sebab itu Pak Gumiltidak peduli sangat tatkala melihat bara api ditaburkan di dalam sekam padi. Setelah dihembuskan 3 kali dengan surah al fatihah, dia melihat dengan jelas asap melabun naik apabila sekam padi dielus angin kencang. Ketika ini Pak Gumilmelihat lelaki berpakaian serba hitam tercegat di situ mencampakkan bara dari sekam padi seolah - olah menyinggahi langsir jendela.

" Kalau jauh nak ke Felda ni, cubalah jumpa Pak Gumiltu " tutur Ucu Semali sebaik sahaja diberitahu oleh Fahzimengenai kejadian yang menimpa rumahnya bertahun - tahun sebelum itu.

" Pak Gumildah lama meninggal dunia " beritahu Fahziapabila kenangkan dia tidak sempat menziarahi orang tua berkenaan.

" Anak murid Pak Gumiltak ada ke? " desak Haji Basarpula sengaja mahu mengetahui fasal Pak Gumil .

Dalam saat demikian dia lebih mengharapkan Ucu Semali sahaja, setelah sama - sama mengalami kejadian terserempak kereta jenazah bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu itu.

" Tak salah saya, Pak Gumildulu datang dengan ustaz " jelas Fahziyang tetap ingat sangat malam kedua Pak Gumildatang menjengah ke rumahnya memang bersama dengan saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2013 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
31 KERETA JENAZAH BERGERAK SENDIRI

" His, ustaz tu selalu dia ke sini " sahut Sebanun, isteri Ucu Semali sambil mencuit bahu suaminya.

Tersenyum Ucu Semali sebaik sahaja Fahzisebutkan mengenai saya bersama Pak Gumiljejak kaki ke rumahnya tatkala kejadian api membakar langsir jendela tidak semena - mena. Tilam di katil juga disinggahi dengan bara api yang tidak kelihatan di mana - mana itu. Malah kusyen yang baru dibeli dari kedai perabot juga tebuk berlubang - lubang bagaikan disinggahi bara api menyala.

" Ucu kenalkah dengan ustaz tu? " tanya Fahzisambil menatap muka Ucu Semali setelah diberitahu oleh Sebanun mengenai saya yang sering kali menjengah datang ke felda itu.

" Ustaz tu bukannya mahu sangat kalau dijemput " lantas Sebanun mencelah sebelum Ucu Semali sempat menuturkan apa - apa.

Tetapi Ucu Semali tahu perkara kereta jenazah bergerak sendiri dengan tidak ada pemandu bukannya sama dengan kejadian api memercik di dalam rumah Fahzi . Tiba - tiba sahaja kereta jenazah itu menjelma di tengah halaman rumahnya tatkala Haji Basarjuga mengalami perkara yang sama. Sebaik sahaja dia melihat bayangan dinding pejabat Haji Basarmemancutkan mata air yang meleleh minyak senyonyong, sekali gus sahaja gangguan kereta jenazah itu pun menjelma.

Disebabkan jelmaan kereta jenazah itu tidak lagi mengganggu, Ucu Semali sekadar ingatkan Haji Basarsupaya menyediakan rumput sambau, daun sepulih dan beras ditumbuk dengan kunyit sahaja. Dia akan doakan dengan membacakan ayatul kursi sebanyak 313 kali lalu direnjiskan disekeliling pejabat laksana menepung tawar sahaja.

Memang Haji Basarjuga tidak peduli sangat fasal kereta jenazah yang menjelma di depan pintu pagar rumahnya. Biarlah jelmaan kereta jenazah itu dilihat jiran - jirannya, asal sahaja tidak mengganggu penduduk di situ. Manalah tahu kereta berkenaan akan merempuh budak - budak yang melintas jalan mahu ke sekolah tatkala hari belum cerah itu.Siapa mahu dituduh sekiranya kereta yang bergerak tidak ada pemandu itu merempuh anak - anak?

Tentu anak - anak mereka cedera akibat nahas tidak tahu punca itu. Memang bimbang benar,Haji Basartakut sekiranya kejadian sedemikian berlaku dalam masa dirinya yang menjadi sasaran. Takat perniagaannya yang mengalami kerugian, Haji Basarmasih boleh bertahan. Tapi kalau mengancam anak - anak jirannya, dia juga berasa kesal yang amat sangat.

" Haji Basarini yang saya ceritakan pada ustaz tu " beritahu Ucu Semali sambil memandang ke arah saya, tatkala Haji Basarbersama Mat Sutin naik ke rumahnya semasa saya berkunjung ke Felda berkenaan.

Memang Ucu Semali sudah ceritakan mengenai Haji Basaryang terkejut apabila melihat kereta jenazah bergerak tidak ada pemandu di depan pagar rumahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 05:35 PM | Show all posts
Nak lagi ..nak lagi..

hehehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.452909 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list