CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] Plot twist: Bekas isteri dedah tikam Nurman dengan gunting

  [Copy link]
Post time 25-1-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ke acik ni sebenarnya kambing ite? ditawarkan/diugut sesuatu supaya mengaku bagi pihak pembunuh sebenar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo byk sgt watak dlm kisah ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-1-2024 08:36 PM
Laporan PM betul ke mati kena gunting?
Jgn nurimah kena ugut suh paksa ngaku bunuh laki dah la
Ntahl ...

aku pn tpikir mcm ni
Jd kambing itam
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bangang je cerita ni. Dah cerai, lepas tu berjimak kat otel, check out pukul 7pm, drive towards ladang sbb nak bincang psl rujuk, then kena pangg, tikam pakai gunting. The end.
Budak 10 tahun pun tau ni cerita Tamil.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:56 PM | Show all posts
scapegoat ngat! tapi belah sana memang law of the jungle sikit terpaling harmoni katanya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts


Sesuatu ek?
Meols baca semua yg ada pasal kisah ni, haiyooooo
Tabahlah kaum keluarga arwah Pokcik yg meninggal ni
Begitulah kehidupan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2024 11:14 PM | Show all posts
Memang jenis pergi memana gunting standby je dalam handbag?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
hehehe tiber plot twist. io siasat kes tahu la apa yg berlaku sebenarnya . tak pe la kat dunia lepas. nanti kat sana jawab la ya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 11:38 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 25-1-2024 09:47 PM
Tu yang aku konfius bila baca balik berita.

Bukan acik VIVIEN tu ka punca?

.... VIVIEN tu sapa pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
isbritneybich replied at 25-1-2024 02:56 PM
scapegoat ngat! tapi belah sana memang law of the jungle sikit terpaling harmoni katanya?

Hak alah. Zulfarhan pun tak dapat justice sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-1-2024 03:38 PM
.... VIVIEN tu sapa pulak ?

Ai tot sheol gilpren polis tu? No? Aiol pun dah konfius.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh pulak ada gunting dalam handbag... kalau pen logik la jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 04:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Pmpn mana simpan gunting dlm beg..tukang jahit pun xsimpan gunting..drama Tamil sgt
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 05:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Gunting dlm lipatan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 05:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2024 12:54 AM
Ai tot sheol gilpren polis tu? No? Aiol pun dah konfius.

normah tu gf dia
tpi xthu polis tu org malaya ke sabah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
plot twist nya mcm propa je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 25-1-2024 08:41 PM
Dia skandal ngn bini org tu kan? Ke iols salah org

Btw mesti kecewa gilaa la pendakwa raya nampak ...

kan.. berita masa awal2 kes ni dulu tok tu skandal dgn bini orang ni.. berita ni keluar saing kes ferdy sambo kt indon tu. netizen pn bkobar jugak nk compare ketulusan kes ni mcm kes sambo.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 07:46 AM | Show all posts
gila nya plot twist.. kalau lah nurimah tak mengaku.. berapa ramai yg teraniaya.
eh tp camne nurimah keluar dari kawasan ladang tu kot ex laki tu dah kena tikam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2024 07:54 AM | Show all posts
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting

Bernama
Januari 25, 2024 12:56 MYT


Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka. - Gambar hiasan

TAWAU: Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di ladang kelapa sawit pada malam 13 Jan tahun lepas.

Nurimah Juli, 35, berkata pada hari berkenaan lebih kurang pukul 7 malam, beliau dan Nurman pergi ke ladang kelapa sawit menaiki kereta Myvi berwarna putih yang dipandu arwah, yang terletak 25 minit daripada sebuah hotel di sini untuk berbincang mengenai pernikahan semula mereka.

"Saya ajak arwah Nurman pergi ke ladang itu dan dia tanya 'apa dan siapa ada di sana. Saya kata kau nak nikah sangat dengan saya dan dia cakap ya, saya betul-betul mau nikah sama kau. Saya terus bawa dia ke ladang dan sepanjang perjalanan kami bertengkar kerana dia cakap dia tidak nampak siapa wali saya (untuk bernikah).

Saya guna Google maps untuk pergi ke sana dan kami tiba di ladang kelapa sawit itu kira-kira 8 malam. Semasa masuk ke simpang ladang kelapa sawit, saya memilih sendiri jalan sebelah kiri dan berhenti di situ. Ketika itu arwah marah pada saya dan kata 'kau mau main-main sahaja'. saya cuba tekan maps tetapi tidak dapat, saya pindah dari tempat duduk sebelah pemandu ke belakang pemandu," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

Nurimah berkata apabila sampai ke satu tempat berpokok besar, dia ditampar oleh bekas suaminya di muka dan dia naik berang dan cuba melawan balik Nurman.

"Dia kata kau ini menipu saja sama saya. Kau tidak mau nikah sama saya dan arwah meminta mereka patah balik kerana di situ jalan mati.

Selepas itu, dia cuba pusing balik dan waktu itu dia pukul saya dengan tangan kirinya. Kemudian saya tidak dapat kawal emosi dan terus ambil gunting dalam beg saya dan menikamnya. Tiada sesiapa berada di situ," katanya.

Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata demikian semasa hari kelapan perbicaraan kes bunuh Nurman, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.

Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula didakwa dengan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Disoal TPR Rohaiza, apakah tujuan saksi membawa arwah ke ladang kelapa sawit, Nurimah menjawab, "Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar saya tetapi dia mendesak mahu menikah dan minta wali keluarga, jadi saya tidak tahu buat apa dan kami bergaduh dalam kereta".

Kepada soalan Rohaiza, saksi berkata pada 12 Jan 2023, arwah ada menghubungi dan meminta untuk berjumpa bagi memulangkan telefon yang dirampas arwah pada 9 Jan di sebuah kelab di Lahad Datu.

"Dia juga merayu ingin merujuk balik dengan saya dan minta untuk bernikah dengan saya. Saya setuju dan cadangkan kami pergi ke Tawau. Kami tiba di Tawau pada 12 Jan dan keesokannya, arwah mengajak saya membeli baju dan cincin nikah," katanya yang sebelum ini bernikah dengan Nurman pada 2017 sebelum bercerai pada 2021.

Disoal TPR Rohaiza mengenai hubungan saksi itu dengan Nurman selepas bercerai, wanita itu menjawab "hubungan kami memang tidak baik dan selepas bercerai, Nurman masih mengekorinya di mana sahaja saya bekerja".

Mat Zaki bersama tujuh lelaki itu hari ini dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan masing-masing selepas pendakwaan memaklumkan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh selepas mendengar keterangan Nurimah yang mengaku membunuh Nurman.

https://www.astroawani.com/berit ... ngan-gunting-455552



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2024 07:56 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077730 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list