CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missayeen

missayeen & Frens Ghost sTory cOLLecTioN

 Close [Copy link]
 Author| Post time 3-3-2008 05:28 PM | Show all posts
bila isteri ustaz masuk rumah dulu..

dengar je CIK DAH bagi salam..mak aku terus pusing kat CIK DAH...sambil dokong adik aku..

mak aku nangis-nangis..

mak aku cakap..dia baru lepas masak makan malam..jenguk adik aku dalam buai..

mak aku kata YA ALLAH..ADIK AKU BERDARAH-DARAH..MENITIK-NITIK DARAH DARI BUAI,..

mak aku panik la..sebab adik aku tak bergerak-gerak..

cik dah cakap,mana darahnya Yah??

mak aku tunjuk adik aku..

aku tengok xder darah pun??aku panik jugak masa mak aku cakap adik aku darah-darah..tapi aku tengok budak kecik tu diam xberkuit pun?

mak aku sua sua adik aku tunjuk kat cik dah sambil lap-lap badan adik aku..

mak aku cakap,"tak hilangg...tak hilangg..dah lap dah tapi tak hilangg.."

waktu tu aku dah memang seram gila..aku ajak kakak aku dengan adik tengok tv rumah ustaz..

cik dah tunggu mak sampai bapak aku balik..

dalam pukul 10 lebih jugak la..waktu tu kitorang dah tertido kat umah ustaz..entah bila bapak aku datang usung sorang-sorang kakak aku, aku dengan adik bawak balik bagi tido..kat ruang tamu rumah aku..

aku langsung tak tahu apa jadi..yang aku ingat before tido aku layan drama pendekar keris hitam bersepuh emas ke ape..aku pun ingat-ingat lupa..

masa syok syok tidor tu aku terjaga sebab bukak je mata mak aku datang dekat aku nangis-nangis sambil lap badan aku..

APA PULAK NI?

pastu mak aku pergi dekat kakak aku and adik-adik aku nandis-nangis bergilir-gilir dia peluk kitorang sambil nangis..

ha,kalau nak tahu..waktu tu dah jadi kebiasaan kitorang adik beradik tido kat ruang tamu dengan mak..dah malam-malam seket slalunya abah join tidor sekali.korang janganlah tanya nape jadi cenggitu..aku pun dah xingat..

aku ni mamai ni..kakak aku dengan adik aku yang darjah 1 pun dah terjaga dengar mak nangis..

waktu tu la bapak aku baru keluar dari bilik tidur bawak bantal nak join kitorang..

aku dengar mak aku cakap kat bapak aku,"anak-anak berdarah niiiii...dinding rumah habis darah terpercik...."

bapak aku suruh mak aku mengucap..bapak aku kata xde darah pon?

mak aku geleng kata ada..banyaaaakk..

bapak aku waktu tu sedar sumthn wrong..

lepas 1 rumah dia bukak lampu..dia amek wudhu dan baca al-quran..sampai bila aku xingat..sebab aku tertidor..rasanya mak pun tertidor..

...........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 05:33 PM | Show all posts

Reply #81 missayeen's post

lagik....!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 05:40 PM | Show all posts

Reply #81 missayeen's post

sian mak ko ...jahat betol lah ape yang menyampok mak ko mase tuh...mesti letih die ngelap darah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 05:40 PM | Show all posts
jgn la berenti cerita
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 05:41 PM | Show all posts

Reply #81 missayeen's post

kuatnya pengaruh sihir org tu ye..kesian family awak banyak cabaran..mesti mak awak takut masa tu kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 05:41 PM | Show all posts
erk... x de dah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2008 05:59 PM | Show all posts
keesokkan harinya lepas isyak, datang seorang ustaz kat rumah aku..

bapak aku yang jemput..

dia bawak beras kunyit..baling-baling dalam rumah..

mak aku sejak magrib tadi kerja nangis ja..

ustaz ni cakap..ada orang hantar tuju-tuju..melalui angin rasanya..

hantar kat rumah,waktu lepas maghrib,mak aku saja yang ada kat rumah..so,mak aku orang pertama yang kena..

sebab tu mak aku nampak semua anak-anak berdarah sejak maghrib semalam..

bapak aku sebenarnya kena jugak..tapi bapak aku xcakap kat semua orang..tapi ustaz ni cakap dia 'perhati' yang bapak aku kena gangguan syaitan dalam tidur..kakak aku pulak waktu tu baru nak cakap,dah 2 hari dia nampak ada perempuan lambai-lambai dia dari atas alang bilik tidur kitorang ( kitorang tak tidur pun dalam bilik tu) ..

aku?

lagi sekali..aku dan adik darjah satu xmengalami apa-apa benda pelik sepanjang 2 hari tu....aku pun xtahu kenapa atau aku sendiri xingat ..

tapi masa ustaz tu picit lada hitam kat ibu jari kaki aku,aku sedar waktu tu aku mengelupur..aku pun xingat kenapa aku mengelupur..yang aku tau badan aku buat reaksi tapi hati dan akal aku waktu tu masih AKU,..

bila ustaz tu cakap sakit tak?

aku geleng..

aku nak cakap tapi mulut aku xdapat nak bukak..aku baring ja sebab semua sendi aku rasa sakit..

lepas tu baru aku nampak darah yang mak aku cakap tu..

mula mula menitik dari dinding sampai ke lantai..

lepas tu bergenang kat lantai sebab banyak sangat..

waktu tu aku rasa perasaan aku macam di main-main kan..

ada rasa happy,ada rasa sedih yang amat sangat, ada rasa kecewa,ada rasa marah..berselang-selang perasaan tu sampai lastnya aku nangis ..

lepas tu ustaz tu hembus-hembus kepala aku..leps tu baru aku tak rasa nak nagis dah..

ustaz tu  ulang perawatan kat setiap famly aku..rumah aku pulak terang benderang 2 3 hari ...lantai  penuh dengan beras kunyit...nak sapu tak boleh..mak aku tak bagi..

ustaz tu sampai terpaksa bermalam kat rumah aku sebab bapak aku makin teruk sebab langsung tak boleh jejak kaki kat luar rumah..dia mesti jatuh pitam..

mak aku tak usah cakap..maghrib je nangis..nangis je maghrib..

aku dan yang lain-lain duduk belakang nenek je sepanjang 1 minggu tu sebab mak tak nak tengok muka kitorang...sedih katanya..

sedih tau diperlakukan macam tu..

aku pun xtahu memang macam itu ke keadaan apabila terkena sihir sebab lagi kuat ustaz tu berubat..lagi teruk mak dgn abah aku..

tapi tulah dengan izin tuhan,ustaz tu dan team dia ( anak lelaki dia 2 orang and anak perempuan dia sorang yang tolong baca yassin kat rumah kit.orang supaya yassin xputus dalam masa 1minggu tu).

jiran-jiran pun datang tolong baca yassin bagi tak putus..nenek aku dua-dua datang..mak saudara,bapak saudara kalau ada masa siang akan datang rumah aku baca yassin..malam-malam pulak orang masjid datang..waktu dinihari,ustaz tu dengan anak-anak dia akan takeover..

memang macam surau dah jadinya rumah aku..perabot semua simpan dalam bilik..ruang tamu sampai ke dapur hampar tikar getah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 06:07 PM | Show all posts

Reply #87 missayeen's post

masya Allah..kuatnya sihir ni..bagaimana seterusnya ayeen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2008 06:12 PM | Show all posts
lepas tu apa jadi....
jahat la orang tu
seram pun ada aku baca citer hang ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 06:24 PM | Show all posts

Reply #87 missayeen's post

ayeen ni macam saya jugak,selalunya apa yg org nampak mesti dia tak nampak,saya pun gitu..kadang2 rasa teringin nak tengok macam org yg bercerita tu!bukan riak tapi nak tau je..agaknya kalau saya tengok mungkin pengsan kot!tapi kita kena ingat tiada yang mampu memberi manfaat atau mudarat kecuali Allah..ayeen teruskan cerita ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 06:27 PM | Show all posts
aku pun xdapat nak explain sangat apa yang berlaku lagi sebab..entahla..dah tak ingat berapa kali kena minum air  zam-zam..

sampai kembung perut..

berapa kali kena percik-percik air kat muka..haisy..pengalaman tu aku dah tak mampu nak terangkan kat sini..

aku sedih sangat-sangat..

waktu tu aku memang mengalami tekanan emosi betul..yang aku paling ingat...aku xbercakap dengan sesiapa pun..adik beradik aku pulak tak pernah tidur sekali macam dulu..sorang tido dengan nenek ni...sorang tidor dengan nenek tu..adik-adik aku CIK DAH jaga sebab CIK DAH pon ada anak kecil sebaya adik aku yang halus lagi tu..

hidup aku memang haru biru..cuba korang bayangkan korang duduk tengah-tengah ruang tamu setiap malam menggelupur tanpa sebab...nangis tanpa sebab..murung..dan korang baru budak berumur 10 tahun..?

nasib baik ustaz tu rawat baik-baik..aku tengok dalam misteri nusantara sampai pukul-pukul dengan pokok..ya allah...kesian sangat..

sebab AKU PERNAH RASA BETAPA SAKITNYA BERUBAT SEBAB KENA SIHIR..

lepas setiap sesi, memang badan langsung xboleh bergerak..setiap sendi sakit..sampai kadang-kadang tu tertidur la..bukan rasa macam kena pukul..lebih kepada rasa macam  semangat hilang..yang aku peliknya,aku xterasa sebarang gangguan from syaitan pun..

orang yang datang ziarah kami pun boleh nangis tengok aku dengan kakak aku tau..

akhirnya,ustaz tu pulangkan balik apa yang orang tu hantar..

ustaz tu nasihatkan bapak aku pindah rumah dan mula hidup baru kat tempat yang baru sebab ustaz tu cakap,sangatlah ramai insan yang dengki kat bapak aku waktu tu..

hasil dari semua ni..aku hilang kawan dari kecik..aku hilang member-member sekolah yang kenal sejak tadka lagi...aku hilang identiti diri..kena sesuaikan diri dengan tempat baru..sekolah baru..life baru..semuanya baru..

hanya sebab hasad dengki orang..

nasihat aku kat korang..kalo korang berdendam mcm mana sekalipun..tolonglah jangan seksa famly orang yang korang benci tu sekali..seksa si pembuat dosa kat korang tu cukup..tu pun kalau korang nak buat sangat-sangat la..sebab sakit MENTAL yang aku rasa waktu kena sihir orang tu..ish..kalau boleh aku tak nak orang lain yang tak berdosa pun kena jugak..

tuhan je la tahu..

bila dah besar ni.kalau korang nak tahu,keluarga aku dah jadi macam keluarga angkat ustaz tu sampai sekarang ha..jasa ustaz tu kat kami besar sangat..hanya mampu dibalas dengan ikatan keluarga tu saja..bila ustaz susah sekarang,bapak aku orang first akan tolong sedaya upaya..

pakcik bakar tu seingat-ingat aku jiran-jiran aku cakap kat bapak aku,ada datang rumah aku nak mintak maaf..

tapi keluarga kitorang dah berpindah dari situ..mungkin betul jugak dia yang hantar..sebab dusun dia,dia dah jualkan kat bapak aku melalui orang tengah..harga memang half price..tanah dusun harga mahal tapi bapak aku dapat half price saja..dan dia pun dengar kata muntah-muntah darah jugak masa hantar balik tuju-tuju tu tapi berita ni tak disahkan oleh sesiapa..ustaz tu tak nak cakap sampai sekarang siapa yang hantar..

sebenarnya pakcik bakar tu tak tahu,bapak aku dah tarik balik report polis keesokkan hari..petang sebelum dia hantar tuju-tuju kena kat mak aku tu..

huhuhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 06:33 PM | Show all posts
sekian je la story aku yang xseberapa ni...amek iktibar tau..

sebelum buat sesuatu dengan KUASA yang kita xdapat kawal tu (syaitan dan semua-semua tu),pikirlah baik buruk dulu tau..

benda tu tak penah mengaku kita tuannya..kerja dia nak merosakkan umat nabi Muhammad aje..

tengokla tuju-tuju tu boleh berpatah balik kat tuan..

lagi satu,korang janganlah takbur membabi buta cakap mana ada hantu setan semua ni karut..

bak kata uncle K yang aku AMATLAH SETUJU....cewahhhh...

anda alami..anda rasai..

jangan mintak royalti kat aku ye uncle..ngehngehngeh..

wassalam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by mesmerize at 3-3-2008 05:19 PM
lor siap berenti2 lak citer ni.. samung aje la terus dalam satu post wat perenggan2 ..
anti klimaks betul tiba2 cerita bersambung neh



aku baru taip separuh..pastu ada orang request suruh sambung..aku xsampai hatila nak taip panjang-panjang..tu aku buat separuh-separuh tu.

sorry ye ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 06:56 PM | Show all posts

Reply #92 missayeen's post

bagus boleh dapat 5 bintang ni!setuju sangat dengan nasihat awak ni..sihir ni tak terkecuali kat kita yg lemah ni,Rasulullah pun pernah disihir oleh org Quraisy,sehingga rasulullah saw tak mampu bangun kerana sihir itu dibuat supaya baginda tak boleh berdakwah.rasanya sihir tu melalui seorg wanita yg memintal2 rambut kemudian dibubuh dalam perigi dan dibenamkan batu,jadi begitulah keadaan Rasulullah tak boleh bgn...

pada sesiapa yg berprasangka dan hasad dengki tu buang la sifat tu,setiap kita telah disediakan rezeki masing2.Allah maha adil..boleh jadi rezeki yg sedikit lebih baik dari yg byk kerana dikhuatiri kita akan lupa padaNya lalu nikmat menjadi istidraj..

selaluah amal 3 Qul,ayat kursi untuk mengelak sihir.moga2 kita dihindari darinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 07:08 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 3-3-2008 06:56 PM
bagus boleh dapat 5 bintang ni!setuju sangat dengan nasihat awak ni..sihir ni tak terkecuali kat kita yg lemah ni,Rasulullah pun pernah disihir oleh org Quraisy,sehingga rasulullah saw tak mampu  ...



askm miftahuljamilah kuuu...

aku pernah nampak ko kat thread myth.history tu..

selalu bila ko bagi pendapat,memang terkulap jap ha aku membaca..banyak betol ilmu ko..

huhuhuhuhu..

aku ni jarang bebenor la nak nampak nampak benda halus ni..lagipun ustaz tu dah cakap kat aku dan aku akan ingat sampai bila-bila yang aku ni lemah semangat,..

dulu aku masa kecik-kecik sebelum kena benda-benda paranormal macam ni,aku rasa aku dah cukup berani..tapi sebenarnya aku xtahu.dalaman aku ni tersangatlah lemah..

ustaz tu siap pesan kat aku yang sesuai la untuk dinasihatkan kat korang jugak..jangan buat-buat berani cheq noohhh..

so,kalau kita takut,lari..

jangan stay..

kalau rasa nak pengsan, takbir..

jangan cakap,ampun nenek cucu tumpang lalu..

yang paling penting, kalau disakat..jangan over acting..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2008 07:26 PM | Show all posts
asal ko nangis nik??
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2008 07:27 PM | Show all posts

Reply #95 missayeen's post

perasan jugak awak kat saya ye..takdela banyak ilmu mana pun..semuanya datang dari Allah juga..saya banyak cari info sebenarnya..dok rumah sepenuh masa rugi tak cari ilmu..saya memang tertarik baca kisah awak ni..memang saya pun kategori awak agaknya..

masa saya eksiden dulu pun ada cedera,tukang urut saya kata ada "benda" kat saya marah sebab kacau dia! saya pun heran sepanjang hidup saya tak pernah jumpa benda2 ghaib ni..walaupun berhadapan dgn org histeria ke..sakit pelik2 ke.saka ke..saya still tak rasa apa..habis2 pun mimpi je..kira awak advance la jugak dapat tengok ye!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 07:51 PM | Show all posts

Reply #98 miftahuljamilah's post



tenkiu la sudi baca..

xseberapa pun compare dengan story bro redza dgn uncle K..itu memang aku tabik..berapa banyak pengalaman ternampak makhluk ghaib daa..

eh story la  pasal ko jatuh basikal tu dengan lebih lanjut..kamon.kamon (pas microphone kat miftahuljamilah)

dipersilakann..

[ Last edited by  missayeen at 3-3-2008 07:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2008 07:53 PM | Show all posts
jatuh beskal plak..

silapp..eksiden..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.081243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list