CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56715|Reply: 202

[tvN] Hotel del Luna - Yeo Jin Goo, IU

  [Copy link]
Post time 2-4-2019 11:22 AM | Show all posts |Read mode
>>> kmania.info


Yeo Jin Goo menjadi surihati IU, si ‘puteri bunian’ di dalam tvN Hotel Del Luna



Yeo Jin Goo masih membintangi drama tvN Crowned Clown yang sedang hangat ditayangkan tapi beliau sudah pun ditawarkan untuk drama tulisan Hong Sisters terbaru terbitan tvN juga, berjudul ‘Hotel Del Luna’ untuk disatukan bersama Lee Ji Eun (IU).

Yeo Jin Goo akan membawa watak sebagai pengurus hotel berhantu ‘Hotel del Luna’ bernama Jejin di mana pelbagai makhluk halus mendiaminya termasuklah ‘puteri bunian’ yang akan dilakonkan oleh Lee Ji Eun (IU). Jejin memiliki tabiat disifatkan sebagai kecelaruan obsesif-kompulsif (“obsessive-compulsive disorder (OCD)”) tapi telah ditugaskan untuk menjadi pembantu pengurus termuda ‘Hotel del Luna’ bagi memacu aktiviti pelancongan ke atas hotel tersebut. Manakala, IU pula seolah-olah sebagai puteri bunian’ tersebut yang dikatakan terpaksa dikurung di dalam hotel itu untuk seribu tahun kerana terkena sumpahan ‘del Luna’. Identiti asalnya ialah seorang wanita tua agak jahat di masa lalu .Mungkinkah IU disumpah untuk mengubah dirinya menjadi sosok yang baik belaka?

tvN ‘Hotel del Luna’ berkisarkan drama fantasi yang bertumpukan pada sebuah hotel yang didiami pelbagai makhlus halus. Hotel ini tampak usang kerana ia menjadi tempat persinggahan roh-roh yang tak tahu hendak ke mana. Di dalamnya juga, terdapat seorang anak dara persis puteri ‘bunian’ disebut-sebut bahawa kecantikannya ibarat cahaya bulan yang menyinari malam yang sepi. Kebanyakan orang-orang tua yang tinggal di kampung berdekatan akan singgah sekejap di hotel usang berkenaan bagi melihat kecantikan puteri bunian itu dan memohon hajat untuk perkara-perkara tertentu.
Ini merupakan drama pertama IU sejak tvN My Mister disiarkan tahun lepas. Lakonan hebat IU sebagai gadis yang merintih kesusahan dalam drama itu telah dipilih oleh rakyat Malaysia untuk tercalon dalam kategori Best Actress dan Popular Actress untuk 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini manakala lakonan duo Yeo Jin Goo sebagai raja Joseon di dalam tvN Crowned Clown turut mendapat kritikan positif penonton.

tvN ‘Hotel del Luna’ yang diarahkan oleh PD Oh Chung Hwan (“SBS Doctors”,”SBS While You Are Sleeping”) akan bergandingan dengan penulis skrip terkenal, Hong Sisters (“KBS Sassy Girl Chun Hyang”,”SBS My Girl”,”MBC Greatest Love”,”SBS Master’s Sun”,”tvN Hwayuki”) dan dijangka ditayangkan sebaik tvN Asadal Chronicles selesai pada Ogos 2019.

Sumber: IS Plus
https://kmania.info/2019/02/15/yeo-jin-goo-menjadi-surihati-iu-si-puteri-bunian-di-dalam-tvn-hotel-del-luna/

>>> kmania.info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 12:05 PM | Show all posts
wa!!! nk tgk!!!

mg fav dua dua nieeee
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dedua kesygan so akan msk dlm list utk menonton nnt
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 10:12 AM | Show all posts
bila mula nie...



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 10:49 AM | Show all posts
macam menarik. x sabar nak tgk. heronye
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 12:01 PM | Show all posts
ok ahkak angkat YJG check in dulu..bila nak tgk tahu la weih..serius lama giler iols tak tgk kdrama dah ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-4-2019 04:09 PM | Show all posts
mimiekiut replied at 8-4-2019 12:01 PM
ok ahkak angkat YJG check in dulu..bila nak tgk tahu la weih..serius lama giler iols tak tgk kdrama  ...

drama ni tayang lambat lagi. nengok dulu ler absolute boyfriend

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2019 05:30 PM | Show all posts
dauswq replied at 11-4-2019 04:09 PM
drama ni tayang lambat lagi. nengok dulu ler absolute boyfriend

ahahaha..tu la baru pasan lama lagi rupanya..ada masa lagi la ahkak angkat YJG ni beklog drama2 lain dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2019 01:49 PM | Show all posts
yeahhh.... anak hikan ... ensemnyeeee.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2019 01:37 PM | Show all posts
Ada yg dah layan drama ni ke semalam?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Best tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Episode 1 bosan sedikit. Man Weol sembah wang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2019 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak main kat tv ka?? Maleh nya nk tgk online
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 04:07 PM | Show all posts
dauswq replied at 14-7-2019 01:37 PM
Ada yg dah layan drama ni ke semalam?

da tgok..ermm..epsd 1 cm pening  dan bosan skitepsd 2 ok la..cume pelik yg ms jang aka iu ni actually xmati kan?
tp apesal xtua2?dan dia bukan bunian pun
ada rahsia masa silam xterbongkar lg

xleh blah byk hutang sebb dia duk shopping ng minum champagne ja
ahaha..hotel serve roh2 yg nak balik ke next world pun kos operation tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2019 05:27 PM | Show all posts
Edited by mimiekiut at 15-7-2019 05:28 PM

ahkak angkat YJG check in

bila nak tgk nya entahlah...dah dekat 4 bulan satu drama kuria pun lom dpt layan lagi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2019 07:12 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 15-7-2019 04:07 PM
da tgok..ermm..epsd 1 cm pening  dan bosan skitepsd 2 ok la..cume pelik yg ms jang aka iu ni actua ...

kiranya servis semua dlm bentuk real kot.. tu kos operasi tinggi..
byrn semua drpd harta peninggalan roh..


drama ni ade vibe mcm master's sun

cuma kurang kelakarnya stkt ni.. harap2 hong sister berbuat sesuatu..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2019 07:14 PM | Show all posts
mimiekiut replied at 15-7-2019 05:27 PM
ahkak angkat YJG check in

bila nak tgk nya entahlah...dah dekat 4 bulan satu drama kuria pun lo ...

uikk? absolute boyfriend tak tgk kah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 02:34 AM | Show all posts
iols dah tgk..
iols suka je..
menghiburkan & best for pop corn flick..oklah tu utk balancekan list2 drama yg iols tgk skrg yg kebykannya heavy..

genre fantasy gini iols ok je as long as dia x dragging..
memanglah ada vibe Master's Sun sbb Hong Sisters punya cerita kan..
asal jgn jadi mcm Hwayugi yg nak ujung2 tu jadi dragging sbb fokus terlalu lama kat satu character tu..
and hopefully ada OST best2 mcm Master's Sun & Hwayugi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 02:41 AM | Show all posts
C1k_J4h replied at 15-7-2019 04:07 PM
da tgok..ermm..epsd 1 cm pening  dan bosan skitepsd 2 ok la..cume pelik yg ms jang aka iu ni actua ...

Ms. Jang ni blm boleh mati lagi sbb ada kesalahan besar yg dia buat (ikut apa yg iols baca kat soompi)..
rohnya kira mcm terperangkap antara 2 alam..
nak kata hidup mcm manusia biasa idak nak kata mati pun idak..
dia punya time freeze tu sbb dia x tua2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2019 08:59 AM | Show all posts
xyla73 replied at 16-7-2019 02:41 AM
Ms. Jang ni blm boleh mati lagi sbb ada kesalahan besar yg dia buat (ikut apa yg iols baca kat soo ...

aiols try relate dgn epsd 1 awal2 yg dia bawk keranda g cari guest house
adekah sebb dia byk bunuh org?
tp dlm epsd 2, ade tunjuk mcm dia bercinta ng someone tp xtunjuk muka
aiols speku mesti lelaki tu sama dgn goo chan seung

oo..patutla dia duk pelik pasal pokok yg dia cucuk pedang tu
kena keep watching ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 156748 Replies : 3843
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 3990 Replies : 66
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18875 Replies : 72
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 303 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6160 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8552 Replies : 152
COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43
farhana008COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 43
Views : 4943 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.665761 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list