[size=1.1]Penyanyi kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang pernah berkolaborasi dengan usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Datuk Seri Alif Syukri dan Nursajat dalam sebuah lagu dangdut telah kembali membuat kontroversi apabila didakwa bertunang dengan seorang ‘lelaki mirip perempuan’.
[size=1.1]Sebelum ini, media-media Indonesia dan Malaysia pernah menyiarkan gambar-gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dikatakan pelakon dari Filipina dan tidak sampai beberapa minggu, perkahwinan tersebut dilaporkan musnah. Mereka telah bercerai tidak lama selepas itu.
[size=1.1]
Baru bercerai dan bertunang![size=1.1]Kini, Lucinta Luna sah menjadi tunangan kepada seseorang yang dikenali sebagai Abash. Namun begitu, gambar-gambar dirinya dilamar Abash mendapat kritikan ramai kerana fizikal kekasihnya seperti seorang perempuan.
[size=1.1]Tunang kepada Lucinta yang juga merupakan seorang usahawan telah melakukan kejutan dengan membawa selebriti itu ke sebuah bilik hotel dan melamarnya dengan begitu romantis sekali.
[size=1.9]Pertunangan Lucinta Luna . Detik Detik Ratu Lucinta Luna Dilamar Pangeran Berkuda Pangeran Abash, Bercucuran Air Mata
[size=1.1]
[size=1.1]
[size=1.1]
Kenapa sekali pandang nampak macam perempuan?[size=1.1]Identiti kekasih Lucinta ini turut menjadi perdebatan di media sosial kerana didakwa seakan seorang wanita dan Lucinta juga turut dikenali sebagai artis kontroversi Indonesia kerana jantina sahnya masih diragui.
[size=1.1]
[size=1.1]
[size=1.1]Gambar-gambar yang tular di media sosial tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Lucinta menerusi Facebook dan juga Instagram. nampaknya mereka kelihatan begitu bahagia tanpa menghiraukan komen negatif netizen.
[size=1.1]
Jadi lelaki mesti kena kuat[size=1.1]Rata-rata netizen seberang telah meninggalkan pelbagai maklum balas mengenai pertunangan tersebut. Ada juga yang mempersoalkan andai perkahwinan berlaku, siapakah yang akan hamil nanti.
[size=1.1]
Memang suka buat kontroversi…[size=1.1]
Siapa yang akan hamil nanti?[size=1.1]
[size=1.1]Sumber :[url=https://www.facebook.com/lucintalunaofficial1/posts/605688713248739?__xts__[0]=68.ARDY-LHbq3EA3PL-TrglhOs-QhNPIICMQPZSBL4kRuvPiiX1-tCVAGl688MwPiEUm9mOP7LrG23uFql2_qjzOA54FZibZYaBW1EE99TykVHYjQYpDexLuc6WcFcvjU4QOCs8qKY0yAXJ7aZ_P9UnPDTpgUv5YakUb9WVRNV0QOXnEFw1vgWwjEMRs6AZmsPUZ_vWV31v6GjrLezHk6FvstJqAxiGhsDLQksgx9a4wMXT4eBxecPSpuUOrACXN0PO7wfAUU6_1EG0Qrwmf06kccXX4PvTV4cNT4ZGbCKrIJ6BR3yziLKHB2w9KKtSkBnsX4BSoF4oMH0g-DmL_OssimOZ9tIzfWFjAqQv2YSuagghnAYZT79x_wBvkv3WuqhxXQLg5LNvIW_qjOPc0DsgGn0rEItdm7l5uPysjUmCgh4rGd7v0MaA5fYyGhlWtmLZ3xw8Vi5nDaip656HUz_XUsAGo72QbrS5kfgsI0K3T5DPEVH-FesOiKcF_w&__tn__=H-R]Lucinta Luna[/url]