Dulu mereka hasut rakyat benci saya. Mereka janjikan bulan dan bintang. Mereka maki hamun saya. Mereka cakap mereka boleh buat lebih baik lagi. Saya tahu saya dan kerajaan BN tidak sempurna. Tapi kami bantu rakyat. Tapi kami ikhlas cuba ringankan beban, ikut kemampuan Kerajaan. Tapi kami berikan sebanyak mungkin bantuan. Sebab kami tahu Kerajaan cukup duit dan mampu dengan hasil pelaburan dari aset yang kami kumpulkan. Sebab kami tidak mahu rakyat hidup susah. Sebab kami tahu rakyat memerlukan kerajaan. Rakyat perlukan kerajaan. Di sisi mereka. Bersama mereka. Kini? Di mana kerajaan kita hari ini? Di saat rakyat memerlukannya. Hancur. Hancur begitu sahaja Malaysia. Kita perlu Selamatkan Malaysia.
|