View: 5276|Reply: 42
|
[Tempatan]
Jumlah pengunjung ke rumah terbuka Seri Perdana menurun dari 80,000 tahun lepas
[Copy link]
|
|
Harapan rakyat di hari raya: Penyatuan, ekonomi tambah baik
Lebih 35,000 orang mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya bagi sambutan Hari Terbuka Hari Raya hari ini.
Hadirin kelihatan cukup majmuk, dengan penduduk tempatan, pelancong dan pekerja asing beratur selama berjam-jam di bawah matahari panas untuk memasuki ke majlis tersebut.
Hadirin kali ini jauh lebih kecil berbanding tahun lepas, dengan anggaran kira-kira 80,000 orang.
Walaupun selepas hujan, orang ramai terus berpusu-pusu menikmati juadah percuma serta peluang untuk berjabat tangan dengan Dr Mahathir dan menteri kabinetnya.
Ditemui ketika sedang beratur, pakar kardiologi Dr Peter Jesudason memberitahu Malaysiakini beliau memutuskan untuk hadir majlis itu kerana mahu bertemu dengan Dr Mahathir, yang digelarnya seorang "wira" yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 tahun pada 2018.
"Ada orang dalam kerajaan hari ini yang sedang menari mengikut rentak lagu yang dipalu golongan pelampau sayap kanan.
"Lebih banyak cubaan menarik kami mundur ke belakang, (maka) lebih ramai rakyat Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka, iaitu kami mahukan Malaysia yang beradab dan demokratik di mana semua kaum menikmati kebebasan," katanya.
Sentimen ini dikongsi seorang ahli perniagaan T Ravindran yang datang bersama keluarganya dari Kuala Lumpur hari ini.
"Selepas PH mengambil alih, terdapat orang yang menciptakan isu-isu perkauman. Jika ini berlarutan rakyat akan bergaduh," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui.
Bagaimanapun Ravindran kekal positif dengan kerajaan baru menggesa para pengritik untuk memberikan PH masa sesuai mandatnya.
Sementara itu, bagi warga Sabah Musbir Herman (gambar pertama pada judul berita) yang bekerja sebagai pegawai penjara di Kajang berharap kerajaan PH akan menumpukan usaha memperbaiki ekonomi.
"Ekonomi sepatutnya lebih baik lagi. Dan saya harap mereka akan menunaikan janji di dalam manifesto pilihan raya.
"Mereka perlu fokus kepada kos sara hidup, ini yang memberikan kesan terhadap kehidupan rakyat," katanya yang ditemui bersama isteri dan anak kecil pasangan itu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kami bersama keluarga di seri perdana ciptaan kami sendiri bergembira tidak terkira makan minum secerianya xperlulah nak tadah kencingggggggggg,hanceng di pagi raya nant. |
|
|
|
|
|
|
|
Ceh mcm ni pun nk buat statistic ka cai |
|
|
|
|
|
|
|
akak di seri begawan dik. sini open house meriah, lemang, ketupat, keputat, semua ada kecuali dodolgemuk |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-6-2019 05:02 PM
akak di seri begawan dik. sini open house meriah, lemang, ketupat, keputat, semua ada kecuali dodolg ...
kahkah... yg tu tak layak beraya |
|
|
|
|
|
|
|
Petanda kerajaan sepenggal..entah2 yg datang pon golongan kicap mcm pengkomen di atas. Ye ye kata org mencipta isu perkauman, padahal golongan ko lah yg menciptanya. Poodah. |
|
|
|
|
|
|
|
danieladam replied at 6-6-2019 05:51 PM
Petanda kerajaan sepenggal..entah2 yg datang pon golongan kicap mcm pengkomen di atas. Ye ye kata or ...
Yang 45ribu orang lagi tu pegi open haus Bossku kat Pekan lettewww....
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-6-2019 05:02 PM
akak di seri begawan dik. sini open house meriah, lemang, ketupat, keputat, semua ada kecuali dodolg ...
terjatuh kerusi aku baca komen ko ni
choyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang nya wartawan....
Blh sebut "menikmati juadah percuma"...
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-6-2019 05:02 PM
akak di seri begawan dik. sini open house meriah, lemang, ketupat, keputat, semua ada kecuali dodolg ...
kalau raya di kelate takdak lemang
ketupat 4 segi tadak
wajik takdak
hidangan raya kami ialah nasi dagang, ketupat palas, tapai pulut, sate
|
|
|
|
|
|
|
|
gps sekgucing kt tasik permaisuri jalan dwitasik penthouse ada lift, kejadah kt kelantan? nanti raya buatlah open house ye.. kita orang nak beraya
kaka xsuka menu kelantan terutama sup2 pelik dia tu, masam manis mi campur. setakat nasi pagi tu, nasi kak wok, nasi mek wok, tu semua kaka layan , nasi air beringin tu pun sedap. walhal semua basic je kuah kari nasi putih lepas tu tukar nama sikit2 isi samo je abe..
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-6-2019 08:06 PM
gps sekgucing kt tasik permaisuri jalan dwitasik penthouse ada lift, kejadah kt kelantan? nanti r ...
sup sup pelik camana ya... bubur ke
aku taknduduk permaisuri.. aku duduk badar tun razaklah...
menu kelate ni ala a thai sikit
benda2 mcm bakso.. lotong ke.. rendang ke.. takde lah di hari raya sana |
|
|
|
|
|
|
|
danieladam replied at 6-6-2019 06:11 PM
Maybe la chuols..sbb nmpak sokongan terhadap atok mmg makin merudum kebelakangan ni berbanding jib ...
Ko dah tengok gambau open haus Bossku? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sama ke, satu kt hukm satu ke dalam sikit? bandar tun razak ada ramly burger dekat corner surau tu ye? kt corner surau tepi padang bola sepak nak buat condo tu lah selalu akak corner jejak lutut sebab nak asah jalan bagi rata
kasihan padang bola tu dh jadi kondo, patut daripada buat kondo baik buat waterpark. boleh kaka cikcur sambil minum coconut shake
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 6-6-2019 06:54 PM
Bangang nya wartawan....
Blh sebut "menikmati juadah percuma"...
Cam tak ikhlas
Orang beraya dimana2 pun takpernah kena bayar admission dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang dalam kerajaan hari ini yang sedang menari mengikut rentak lagu yang dipalu golongan pelampau sayap kanan.
Ms korang pembangkang dulu suh adil, bg kebebasan politik.
So sekrang xleh la salahkan org nk sokong pembangkan kan kan kan kan kan kan |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 6-6-2019 07:37 PM
kalau raya di kelate takdak lemang
ketupat 4 segi tadak
wajik takdak
msalahnye bilw ofis2 gomen yg bkak msa eya. xde plak aku tgok menu2 lauk kelate ni org kelate bwak wlaupun majoriti pkeja kerajaan org kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
bahahaha
dijangka 50,000 hadir, walau dalam foto cam dlm 5-10 ribu je yg hadir
takpe, kata lah 35,000 hadir
so masak tuk 50,000 - 60,000
so total makanan tuk 15000 - 25000 org terbazir gitu je
tahun depan target 10,000 org sudahhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-6-2019 08:06 PM
gps sekgucing kt tasik permaisuri jalan dwitasik penthouse ada lift, kejadah kt kelantan? nanti r ...
Sup kelantan rasa cam hare. Masam sgt. |
|
|
|
|
|
|
| |
|