CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 2

[Tempatan] Polis tumpas penculikan warga Syria kurang 24 jam.

  [Copy link]
Post time 9-6-2019 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-6-2019 02:02 AM

Polis tumpas penculikan warga Syria kurang 24 jamBernama -

June 9, 2019 3:32 PM


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed ketika sidang media khas di IPK Pulau Pinang diiringi Ketua Polis Pulau Pinang T Narenasagaran (kanan) hari ini. (Gambar Bernama)


GEORGE TOWN: Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga Syria dalam tempoh kurang 24 jam yang menjadi mangsa diculik rakan senegaranya pada Khamis lepas.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata abang kepada mangsa membuat laporan polis pada 5.30 petang bahawa adiknya yang berumur 20-an diculik sekumpulan lelaki di sebuah restoran di kawasan Tanjung Tokong.

Menurutnya, kumpulan suspek yang menculik mangsa juga merupakan warga Syria dan mereka menghubungi keluarga mangsa untuk meminta wang tebusan.


“Suspek minta wang tebusan RM100,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank milik seorang warga tempatan dan pembayaran harus dibuat dalam tempoh 2 jam,” katanya kepada pemberita, hari ini.


Katanya, sejurus menerima laporan, polis memulakan siasatan untuk mengesan suspek dan operasi polis mendatang hasil di mana sebuah kereta Proton Persona yang mencuriga ditahan polis di sebuah restoran makanan segera di Batu Ferringhi.

“Pasukan polis menahan 3 individu, 2 orang lelaki warga Syria berumur 30 hingga 50 tahun dan seorang wanita tempatan berumur 30-an di dalam kenderaan tersebut pada jam 9 malam.


“Mangsa juga berjaya ditemui dalam keadaan tangan diikat dengan pita pelekat di dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati salah seorang suspek warga Syria dan wanita tempatan itu didapati positif dadah dan semua suspek akan direman sehingga 13 Jun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Perculikan 1961.

Siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek dan semua rakyat Syria itu merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), katanya.


Dalam perkembangan lain, Huzir meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian samun barangan kemas di Seberang Perai Tengah pada Isnin lepas untuk tampil membuat laporan di Balai Polis berhampiran.

“Polis sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian samun yang melibatkan barang kemas RM1 juta dan bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat harus disalurkan kepada Inspektor Alagesh melalui nombor 014-6389195atau 04-2221522 untuk membantu menyelesaikan kes tersebut,” katanya.


Dalam kejadian yang berlaku pada 10.30 pagi, Isnin lepas di Jalan Hadapan Rumah Pam, Jabatan Pengairan dan Saliran, sebuah kereta jenis BMW dinaiki sekumpulan suspek yang memakai topeng muka memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang dpandu oleh 2 pekerja syarikat pengedar emas sebelum melarikan 5kg emas yang disimpan di belakang bonet kenderaan itu.



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/06/09/polis-tumpas-penculikan-warga-syria-kurang-24-jam/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2019 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha kutip lagi la pelarian ni sume..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2019 07:04 PM | Show all posts
gila juga syria ni main culik2.

kalau kt eropah lg kasihan mereka jd pelacur jadi sindiket organ dan mcm2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.090788 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list