CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4299|Reply: 2

Perawat islam yang menggunakan khadam atau pendamping

[Copy link]
Post time 4-1-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
#Copy and paste

Ramai masyarakat kita tertipu dengan perawat islam yang menggunakan khadam atau pendamping

# sebagai perawat saya selalu terima persoalan begini...,situasi ini amat menyedihkan kerana ramai pesakit-pesakit saya tertipu dgn HELAH dan kehebatan perawat (sesetengah tu perawat yg mengamalkn ruqyah syar'iyyah) yang boleh beritahu bape ekor jin yg berada didalam badan pesakit. Ini sekadar pandangan saya yang kurang ilmu dan hamba Allah yg lemah. Segala kehebatan dan kesembuhan hanya dari Allah yg Maha Berkuasa!!


Sahabat-sahabat, saya senaraikan disini ciri-ciri perawat islam yang didampingi tipu helah jin (yang boleh membawa kepada syirik)

1- Ada perawat yang boleh mengetahui punca sakit pesakit sebelum sempat pesakit membuka cerita, persoalannya? bagaimana seorang perawat boleh tahu punca sakit tanpa di beritahu jika bukan..

(1) ada jin yg beritahu (2) pandai reka cerita tipu@skrip yg di ulang-ulang (3) perawat-perawat pun manusia biasa juga tak de kelebihan pon yang berkuasa hanya Allah (4) hanya Rasulullah SAW manusia paling hebat dan mempunyai pelbagai kelebihan yang dikurnia kn Allah (5) perawat hanya manusia yang tak lari dari kesilapan (5) sebab tu di pusat rawatan saya, pesakit perlu isi borang tanda-tanda awal gangguan jin..insyaallah melalui borang tu saya dapat tahu latar belakang pesakit dan ape yg terjadi pd nya

2- Ada perawat yang akan bertanya nama pesakit. Ada yang perlu nama ibu pesakit sekali. Yang lebih hebat, tak perlu tanya nama pun. Ada juga yang hanya tengok gambar pesakit. Ada yang menengok dari jarak jauh....dan terus tahu punca sakit. Hebat nya!! Bagi pihak saya sendiri, jika pesakit terlalu uzur@tak mahu dirawat saya akan minta wakil keluarga@waris datang bawakn gambar dan nama pesakit bt ibu atas tujuan:

(1) saya akan buat solat hajat khas utk pesakit berpandukan nama yg diberi (kerana pesakit saya ramai, mana mampu saya yg lemah ni nk hafal semua kisah pesakit) (2) saya hanya tahu keadaan pesakit berpandukan cerita yg diberitahu oleh wakil keluarga dan selalunya jawapan saya mestilah berpandukan 'tanda-tanda awal gangguan jin pd manusia" *  (3) pandangan perbadi saya, rawatan JARAK JAUH yang ada dalam rawatan Islam hanyalah tolong solat hajat dan doakan pesakit itu sahaja, yang selebihnya bergantung pada usaha yang penuh disiplin dan konsisten, zikir, solat hajat dan doa dari diri sendiri@keluarga pesakit itu sendiri.

3- Ada perawat yang dapat memberitahu jenis jin dalam badan pesakit, siap dengan jantinanya sekali. Yang pernah saya dengar, “Dalam badan kamu ni ada 13 ekor jin. 7 jantan 6 betina”. Kecut perut pesakit mendengarkannya...keluar dari bilik rawatan, confirm tambah sakit..dok fikir dan kira mcmne nk buang ni..kan? dan menyusahkan lagi....Sahabat-sahabat pahami pengertian Surah Al-A’raf ayat 27, Allah telah berfirman “Sesungguhnya jin@syaitan itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”.

Sebenarnya mata manusia itu telah dihijab oleh Allah untuk tidak dapat melihat syaitan (suatu nikmat yg patut kita syukuri mata kita xdapat lihat jin@syaitan) Jadi, cuba fikir dengan akal yang diberi oleh Allah..# bagaimana ada manusia yang boleh melihat jin dan tahu bape ekor pulak tu...?kalo bukan, dia sendiri didampingi jin@kuat menipu@pandai karang skrip. Walaubagaimanapun dengan izin Allah, ada manusia yang diganggu jin dapat melihat jin dalam bentuk jelmaan mereka (iaitu pocong, hantu raya, pontianak dan kaum kerabat mereka yang lain).  Apabila manusia diganggu atau disakat barulah jin menunjukkan wajah-wajah “tampan@cun” jelmaan mereka. Sebenarnya perawat yang dapat melihat jin juga telah diganggu (sakit). Cuma gangguan ke atas mereka bukanlah disakat sepertimana pesakit disakat, tetapi gangguan ke atas perawat ini adalah dalam bentuk pendampingan jin ke atas mereka (untuk membantu mereka merawat) dan ini perbuatan syirik.

4. Ilmu rawatan adalah ilmu yang perlu dipelajari, perlu berguru (bersanad). Sebenarnya semua ilmu perlu ada gurunya. Rasulullah saw sendiri berguru dengan Malaikat Jibrail apabila baginda menerima ayat-ayat Al-Quran. Tanyalah perawat tentang guru mereka dan jemaah mereka. Kiranya jawapan perawat adalah seperti di bawah, tinggalkanlah mereka:

# Biasanya mereka yang tidak berguru mempunyai kebolehan seperti yang dinyatakan diatas (1,2 dan 3)

1) Saya tidak berguru. Saya mendapat ilmu ini melalui mimpi.
2) Saya tidak berguru. Saya boleh merawat selepas sembuh daripada sakit teruk.
3) Saya tidak berguru. Tiba-tiba sahaja saya boleh merawat. Allah nak beri kelebihan ini kepada saya.
4) Saya tidak berguru. Ilmu ini saya dapat di Mekah dan ilmu saya bertambah setiap kali saya ke Mekah.
5) Aku guna ayat Al-Quran jugak...sambil berasap kemenyan. Kalau dulu, asap kemenyan  popular digunakan untuk menyeru jin. Sekarang perawat sudah pandai “advance@cover line” dengan menggunakan asap rokok (sebelum rawatan atau waktu berehat sekejap), asap ubat nyamuk, bahkan ada yang menggunakan asap daripada ais kering.
6) Ada keistimewaan (hasil bantuan jin pedamping) seperti dapat meramal tempat barang hilang, merawat menggunakan pisau, ada tangkal, cincin yg ada khasiat tertentu dan bermacam-macam lagi.
7) Kehidupan sehariannya tidak melaksanakan ajaran Islam yang sebenar@angkuh dengan kemampuan merawat.

Rasulullah saw bersabda “Sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita tidur, sebahagian roh kita akan keluar dari tubuh dan memasuki alam ghaib. Di alam ghaib, roh kita bertemu dengan banyak makluk ghaib termasuk jin dan syaitan. Jadi syaitan berupaya untuk mengajar atau memberi ilmu yang bathil kepada kita melalui mimpi. Jin Islam biasanya akan mengajarkan ayat-ayat Al-Quran. Apabila diamalkan ayat-ayat tersebut, jin itu akan datang kerana menganggap dirinya telah diseru. Jadi, mana mungkin ada perawat-perawat yang mampu mimpi syeikh, tuan guru, alim ulama' kecuali semua itu tipu daya syaitan. Hanya Rasulullah saw manusia terakhir dan paling istimewa untuk menerima ilmu melalui mimpi. Kita sebagai manusia biasa perlukan GURU dan belajar secara berdepan. Apabila kita sakit teruk, badan kita lemah dan mudah diganggu oleh syaitan. Pada ketika ini mudah bagi mereka mendampingi kita, lantas kita berupaya melakukan perkara-perkara yang luar biasa seperti merawat. Sama juga apabila pendinding diri kita lemah, syaitan mudah untuk membuat tipu daya sedangkan sebenarnya mereka mahu mendampingi kita.

5. Buat kenduri, perawat minta disembelihkan ayam atau dibuat pulut kuning dan ayam golek. Lalu pesakit perlu meletakkan jamuan ini di bawah pokok besar. Perawat pun memberitahu kepada jinnya “Kamu pergi tunggu bawah pokok sana dan akan datang orang membawa makanan untuk kamu”. Ini dipanggil proses menjamu supaya jin datang membantu atau untuk merasuah jin supaya berhenti mengganggu.

Sekarang perawat sudah pandai “advance@cover line” juga. Pesakit diminta untuk membuat kenduri doa selamat di masjid, rumah sendiri atau rumah anak yatim. Bunyinya seolah-olah tiada masalah daripada segi syariah. Tetapi ianya bermasalah apabila perkara ini menjadi syarat dalam proses rawatan. Sebenarnya apa yang terjadi ialah perawat akan meminta jinnya untuk pergi ke masjid, rumah pesakit atau rumah anak yatim ketika kenduri doa selamat itu dilaksanakan. Biasanya, dalam situasi ini, perawat menggunakan jin Islam. Hati-hati sahabat-sahabat, pasti kan bila menerima rawatan...perawat tidak mreletakkan sebarang syarat contohnya putus ubat kena bawa barang besi, rawatan hanya 3 kali jika tak sembuh juga kena kenduri dan macam-macam lagi.

6. Ada perawat yang minta pesakit bawa kain. Kain tidak menjadi masalah tetapi ianya bermasalah apabila perkara ini menjadi syarat dalam proses rawatan. Terdapat jin yang dijamukan (rasuah juga) dengan kain, contohnya kain berwarna kuning, merah, hitam, kain pelikat ataupun kain batik.

Kadang-kadang bahan-bahan rawatan diletakkan di atas kain-kain ini untuk dijampi.  Ini dipanggil pengeras atau pun rasuah pada jin.

7. Bedah Batin, ada 2 kaedah:

1) Perawat hanya melakukan aksi-aksi melalui gerakan tangan sambil membaca ayat-ayat Al-Quran, lantas pesakit dapat sembuh. Kaedah ini menggunakan jin dan kaedah ini tidak pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan kaedah ini. Harus ditekankan di sini bahawa Rasulullah saw tidak pernah membedah secara batin, tetapi baginda sendiri telah dibedah secara nyata /fizikal dan pembedahan itu dilakukan oleh Malaikat.

2) Perawat membedah secara fizikal dengan pisau atau gunting biasa. Kemudian ditampal tempat yang luka dengan selotape. Kemudian pesakit sembuh. Secara logiknya, bagaimana pembedahan yang berisiko tinggi boleh dilakukan tanpa alatan canggih dan tanpa bius. Kemudian boleh terus pulih dalam masa beberapa minit. Ini dinamakan sihir (melihat perkara yang sebenarnya tiada). Kesian doktor-doktor nak bedah jenuh belajar tapi perawat yang didampingi jin senang sahaja mendapat kepercayaan pesakit kerana nampak hebat pada mata kasar, sedangkan hukumnya syirik dan berdosa besar tidak akan diampunkan Allah kecuali taubat nasuha. Amat penting untuk kita semua ketahui bahawa walaupun perawat membaca ayat-ayat Al-Quran, jin tetap boleh mendampinginya kerana jin pun boleh membaca ayat Al-Quran terutama jin Islam.

8. Perawat menggosok pesakit dengan telur dan pesakit sembuh ataupun bahan sihir, bisa atau batu karang dikeluarkan daripada tubuh pesakit. Sekiranya telur dibuka akan keluar bermacam-macam objek, itu dinamakan sihir (melihat perkara yang sebenarnya tiada.

Walaubagaimanapun yang lebih penting di sini, telur adalah merupakan antara makanan kegemaran jin. Apabila perawat menggosok atau menggolek telur ke badan pesakit, sebenarnya perawat itu sedang menjamu jin di dalam badan pesakit. Sama konsepnya dengan pulut kuning dan ayam golek di bawah pokok besar.  Jin sedang dirasuah. Harus diingat jin makan bukan macam manusia makan. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa tulang makanan yang kita makan adalah makanan jin, tetapi kita tak pernah melihat tulang-tulang itu luak atau hilang dimakan. Maka telur yang dimakan oleh jin semasa digolek pada badan pesakit tidak akan luak juga.

9. Perawat yang menggunakan khidmat khadam atau jin sudah tahu agak sukar untuk mereka mencari makan sekarang atau memasarkan perkhidmatan mereka (banyak program-program tv@internet sudah beri penjelasan). Maka mereka membuat proses “rebranding”. Kini perawat ini mengatakan mereka merawat dengan bantuan malaikat bukannya jin. Ramai pesakit yang tertipu dan merasakan perawat ini begitu hebat kerana para Malaikat pun sanggup menjadi pembantu perawat ini. Mungkin juga perawat itu sendiri tidak sedar bahawa mereka telah tertipu dengan helah syaitan yang begitu kreatif dalam menyesatkan manusia. Mungkin syaitan itu telah mengaku bahawa dirinya Malaikat. Tertipulah si perawat lagi. Jangan kita terlalu mengagungkan perawat, kerana mereka juga manusia biasa yang hanya memberi pertolongan, selebihnya atas kuasa Allah yang Maha Berkuasa!

Pesanan saya:
Surah Al-Jin ayat 6 Allah telah berfirman, “Terdapat segolongan manusia lelaki meminta pertolongan daripada segolongan jin lelaki, dan jin itu telah menjadikan manusia itu bertambah sesat.”Jadi sememangnya manusia tidak boleh bekerjasama dengan jin.

Keduanya, kita takut jin yang mendampingi perawat akan mendampingi pesakit pula. Ini memang terjadi kerana jin itu menganggap bahawa dialah yang menyembuhkan atau melindungi pesakit. Ramai pesakit yang selepas selesai berubat dengan perawat yang didampingi jin merasakan seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan mereka atau mereka mula melihat kelibat makhluk atau bermimpi bertemu makhluk ghaib.

Ketiganya, pesakit mungkin boleh cepat sembuh apabila dirawat dengan bantuan jin. Tetapi sebenarnya jin di dalam badan pesakit telah bertambah. Cuma jin-jin ini tidak menyakitkannya sahaja. Jin perawat dan jin yang mengganggu telah bersetuju dan membuat perjanjian untuk tidak lagi menyakitkan pesakit.

Walaubagaimanapun, jin-jin ini akan mengganggu dalam bentuk yang lain. Contohnya, pesakit dapat istiqomah melakukan solat-solat malam dan 4 solat fardhu tetapi tidak mampu langsung untuk bersolat subuh. Ramai pesakit saya mengalami keadaan ini, bagi apalah sangat kita sihat tapi tak boldeh nak laksanakan ibadat yang menjadi tanggungjawab kita.
Inilah sebab-sebabnya saya nak membantu sahabat-sahabat belajar dan dapat ilmu mengenai rawatan islam #yang amat penting sekali kerana setiap kita akan dipertanggungjawabkan keatas apa yang telah kita lakukan. Ada perhitungan dengan Allah di akhirat nanti. Segala yang benar itu datangnya daripada Allah Yang Maha Pencipta, yang bathil itu datangnya hanya daripada kelemahan saya makhluk yang diciptaNya. Allahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jumpa sorg perawat, terlintas dlm hati je mse jumpa die, die ni mcm pakai jin ke ape sbb aneh je rawatan, skali tbe2 die ckp sy tak pakai jin lah! Terkejut beruk akuuu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2021 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perawat yang pakai limau or daun bidara or air mineral tu mcm mana pula?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056518 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list