CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 2

[Borneo] Vaksin Sinovac selamat untuk remaja 12 hingga 17 tahun

[Copy link]
Post time 4-10-2021 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Ibu bapa tidak perlu khuatir terhadap penggunaan vaksin Sinovac COVID-19 untuk anak masing-masing kerana ia disahkan selamat dan terbukti lebih daripada 63 juta dos sudah diberikan kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di China.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), Datuk Zulkarnain Md Eusope, berkata vaksin itu diberikan secara meluas kepada populasi berusia 12 hingga 17 tahun di China dan sehingga kini, tidak ada rekod mengenai maklumat risiko keselamatan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) dengan vaksinasi.

Katanya, pihaknya menyedari keprihatinan ibu bapa terhadap keberkesanan dan kesan sampingan vaksin itu.

"Kita memberi jaminan bahawa berdasarkan data yang diperoleh, terbukti ia berkesan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja dari dijangkiti COVID-19.

"Vaksin Sinovac COVID-19 dibangunkan menggunakan virus yang tidak aktif, iaitu teknologi digunakan lebih dari 40 tahun dan juga sering digunakan pada pelbagai jenis vaksin di pasaran termasuk untuk polio, hepatitis A dan rabies," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini turut mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (DCA) juga meluluskan penggunaan vaksin Sinovac COVID-19 untuk kanak-kanak dan remaja.

Menerusi analisis AEFI terhadap 63 juta vaksin juga menunjukkan Sinovac secara keseluruhannya mempunyai profil keselamatan baik dikalangan populasi kanak-kanak.

Data diperoleh hanya menunjukkan simptom normal dihadapi seperti pening dan loya yang sangat ringan.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, vaksin itu akan hanya ada di beberapa hospital dan klinik swasta terpilih dalam masa terdekat sebagai pilihan kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan vaksin Sinovac untuk anak masing-masing.

"Kita berharap dengan usaha ini, sektor pendidikan akan dibuka kembali terutama kepada pelajar di sekolah menengah.

"China kini mula bergerak untuk memberi vaksin kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun, kami juga akan memohon kelulusan untuk usia berkenaan juga sebaik saja data keselamatan diperoleh untuk pembukaan sektor pendidikan lain pula," katanya.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan vaksin Sinovac, boleh emel kepada

ASKME@pharmaniaga.com

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2021 05:34 PM | Show all posts
Vaksin Sinovac COVID-19 dibangunkan menggunakan virus yang tidak aktif, iaitu teknologi digunakan lebih dari 40 tahun dan juga sering digunakan pada pelbagai jenis vaksin di pasaran termasuk untuk polio, hepatitis A dan rabies

hurm ...


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 06:51 AM | Show all posts
Jika selamat, ayuh lah kita sama-sama pergi vaksin diri, bukan sahaja lindung diri tetapi lindung orang disekeliling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.242877 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list