CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2937|Reply: 0

[Borneo] Rentas negeri: Remaja 12-17 tahun, kanak-kanak dibenarkan - PM

[Copy link]
Post time 10-10-2021 05:51 PM | Show all posts |Read mode
Remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak dibenarkan untuk merentas negeri walaupun belum menerima vaksin COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana mengambil kira faktor kumpulan berkenaan belum boleh menerima vaksin COVID-19.

“Dari segi kanak-kanak, oleh kerana mereka belum mendapat vaksin, kita lah (ibu bapa) perlu menjaga mereka dan pastikan tidak membawa anak-anak ke tempat perhimpunan ramai dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, tiada prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dikeluarkan bagi kelonggaran rentas negeri, khususnya negeri yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.

"Kita lihat kepada purata keseluruhan di seluruh negara apabila capai 90 peratus. Ada negeri (kadar vaksinasi) yang lebih 100 peratus dan ada yang masih kurang.

“Tetapi saya percaya KKM (Kementerian Kesihatan) dari segi data keseluruhan negeri sudah melebihi 80 peratus (kadar vaksinasi). Jadi, tidak ada SOP baharu yang diperkenalkan,” ujar beliau.

Sebelum itu, Perdana Menteri dalam sidang media sama mengumumkan kebenaran rentas negeri kepada individu yang lengkap dua dos vaksin berkuat kuasa esok (11 Oktober).



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072539 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list