CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3717|Reply: 13

KUNGFU DUNK VS CJ7

[Copy link]
Post time 3-2-2008 11:14 AM | Show all posts |Read mode
DUA figura yang sangat disenangi tetapi berbeza frekuensi watak yang mereka bawakan, pengaruh kedua-duanya tetap mengalir dalam arus yang hampir sama. Jika seorang lebih banyak muncul tanpa senyuman, seorang lagi senang menghibur dan buatkan hatinya terhibur.
Namun sempena Tahun Baru Cina ini yang bertahunkan tikus, mereka bertemu di gelanggang layar lebar pada ketika yang sama. Mana pilihan anda?
Sindrom Jay ChouPada usia 29 tahun, pemuda yang meraih status jutawan kerana kebolehannya ini cukup dikenali sebagai penyanyi, pemuzik, penulis lirik, komposer, pelakon, pengarah, penerbit dan pencetus revolusi muzik R&B, pop, hip hop dan rock dalam kombinasi jalur Asia dan Barat yang tersendiri.
Jay membuat penampilan khas dalam filem Hidden Track pada 2003, sebelum dua tahun kemudian menjadi hero filem Initial D.
Melalui Initial D, Jay yang pernah dilabelkan oleh mentornya Jacky Wu sebagai lelaki yang terlalu pemalu dan tidak 'kacak' untuk tampil sebagai bintang filem ini telah meraih anugerah Pelakon Baru Terbaik menerusi Golden Horse Awards.
Dia yang juga pemilik bersama JVR Music kemudian muncul di samping bintang-bintang hebat seperti Chow Yun-Fat dan Gong Li dalam Curse of the Golden Flower sebelum pada 2007, anak guru sekolah ini memenuhi impian masa kecilnya dengan mengarah dan melakonkan filem muzikal berjudul Secret.
Virus Kung Fu Dunk menyerang
Dihasilkan dengan kos RM32.2 juta, filem arahan Chu Yin-Ping dan ditulis oleh Takehiko Inoue, Kung Fu Dunk diilhamkan daripada siri anime dan manga Slam Dunk selain dibikin khas sempena Sukan Olimpik 2008 dengan menjalani penggambaran di Taiwan dan Tanah Besar China.
Plot filem yang pada awalnya diberi judul Slam Dunk ini amat mudah - tentang seorang anak yatim bernama Shi-Jie lakonan Jay yang membesar di sebuah sekolah kung fu dan akhirnya menjadi seorang pemain bola keranjang yang sukses.
Jejak langkah lawakSiapa dapat menolak fakta bahawa dengan sedikit gerak geri badan sahaja, Stephen Chow atau pemilik nama Chow Sing Chi dapat membuatkan sesiapa sahaja yang memujanya terbahak-bahak ketawa.
Chow, 46, bermula dengan era drama siri televisyen di Hong Kong. Dan langkah kanan dengan Dun Fei Final Combat, membuatkan namanya sebagai seorang pelakon dengan membawa watak dengan berkesan kian melebar.
Pertemuan sang raja lawak dengan dua kawan baru Lee Lik Chi dan Ng Man Tat bukanlah satu sesi yang biasa-biasa. Itu adalah permulaan segala kerja-kerja Chow menjadi nyata.
Persembahan mereka dalam All For The Winner telah membuatkan genre komedi melekat dengan dirinya dan mengalirlah pengaruh lawak terus dalam darah Chow.
Awalnya dia dibidas dengan kata-kata bahawa dia hanya keluar dengan humor yang bersifat mo lei tau atau dalam bahasa mudah, merapu. Kritikan itu diberikan oleh Jonathan Ross, seorang pengkritik filem.
Namun buat seorang yang penuh humor dalam dirinya, Chow menjawab bahawa dia menerima kata-kata itu dengan senang hati.
Eksplorasi dengan efekPuas bermain-main dengan kata-kata jenaka di dalam lakon layarnya, Chow cuba merapati dunia aksi komik dengan bantuan efek istimewa. Shaolin Soccer hasil arahannya meriah dengan penggunaan CGI yang berat.
Dan sesudah itu muncul Kung Fu Hustle yang mencipta fenomena dan menjadi filem domestik dengan kutipan kasar paling tinggi di Hong Kong.
Dan selepas ini, sesudah bermain dengan senjata dan bola, Chow berhajat berlawak jenaka dengan alien di depan para pemujanya. Julai 2006, dia sudah mula bereksperimentasi dengan CJ7 , filem yang dikatakan mempunya bajet paling besar dalam sejarah filem China - AS$13 juta (RM42 juta).
CJ7 sebuah filem yang bermain-main dengan kehidupan alien. Chow membawa watak seorang lelaki yang hidup dalam rumah yang hampir musnah. Tidak hairan kalau itu wataknya!
Dalam kedaifan hidup yang melanda dirinya, dia membawa pulang seorang budak terbiar untuk tinggal bersamanya.
Dalam masa yang sama, Chow juga melakonkan watak seorang angkasawan. Hadiah yang diberikan kepada si anak terbiar rupanya adalah alien dan keajaiban filem ini makin tercetus.
Kung Fu Dunk VS CJ7Penceritaan yang memang dekat dengan khalayak Cina iaitu permainan bola keranjang, ditambah aura dirinya yang memang digilai ramai, Jay barangkali akan menarik perhatian peminat dan penggemar sukan ke panggung.
Namun masalah yang bakal dihadapi Jay sekarang adalah persaingan mencapai kutipan pecah panggung apabila Kung Fu Dunk terpaksa bersaing dengan filem milik magnet layar lebar, Stephen Chow menerusi filem fiksyen komedi, CJ7.
Sementelah Chow yang populariti dan kredibilitinya melonjak naik menerusi filem arahannya, Kung Fu Hustle beberapa tahun lalu telah empat tahun tidak muncul dengan naskhah baru.
Malah penceritaan yang dipaparkan menerusi CJ7 yang turut menampilkan pelakon kanak-kanak, Zhang YuQi lebih menyentuh hati dan mempunyai semua elemen kehidupan - sedih, gembira, humor, fantasi dan realiti tentang seorang ayah yang miskin berusaha merealisasi dan memberi kebahagiaan kepada anak lelakinya
Single Polls, Total 18 Users voted
5.56% (1)
83.33% (15)
5.56% (1)
5.56% (1)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2008 11:14 AM | Show all posts
maner satu korang nak tengok kat wayang minggu depan????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 11:15 AM | Show all posts
CJ7:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 11:15 AM | Show all posts
JAY CHOU







BOLE BLAHHH:kant: :kant: :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:16 AM | Show all posts
stephen chow besh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:17 AM | Show all posts
aku tgk CJ7 then kungfu dunk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 11:32 AM | Show all posts
go for CJ7 then Dunia Baru..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:28 PM | Show all posts
CJ7 rock! bebeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2008 07:10 PM | Show all posts
aku mesti nengok kat wayang citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 09:54 PM | Show all posts
CJ 7 stephen chow la.....

lawak2 dia mmg tahap bapak gaban kelakarnye.............
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 11:13 PM | Show all posts
CJ7 pilihan ku
then, nk tgk sweeney todd
wahahaha aku tak tgk lagik
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 09:14 AM | Show all posts
kungfu dunk mcm menarik citer nya...tp idea/ konsep dia ...stephen chow dah guna utk shaolin soccer...so...dah basi la....

cj7....aku menannti lawak2 selekeh ...lawak merapu..lawak hongki dari stephen ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2008 02:05 AM | Show all posts
nampaknye terpaksa movie marathon la...minggu ni... cj7,kungfu dunk & dua baru  tiga2 aku nak g tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 11:08 PM | Show all posts
CJ7 tak tengok lagi...
Kungfu Dunk tak tengok lagi... cambes jek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.077101 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list