View: 5351|Reply: 97
|
[Tempatan]
Air mineral ‘kayangan’: Nedim Nazri kecam netizen
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 4-2-2022 09:56 AM
Air botol ‘kayangan’: Anak bekas menteri Umno anggap “teruk sangat orang bebal”
Oleh FAZLI RADZI / February 3, 2022
Mohamed Nedim Nazri menempelak sikap orang ramai di media sosial yang membangkitkan isu air botol mineral jenama Evian.
Anak bekas menteri Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga kini Ahli Parlimen Padang Rengas mempersoal bagaimana golongan muda ini akan menjadi pemimpin akan datang.
Jenama minuman dengan sumber airnya dikatakan digali di French Alps itu hangat diperkatakan di Twitter selepas dikesan ‘muncul’ dalam mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 31 Januari lalu.
“Teruk sangat orang bebal sekarang ni, pasal air mineral pun depa cari point.
“Generasi muda jenis ini nak jadi pemimpin masa depan? Mampuih,” kata Nedim, 39, di Twitter.
Untuk rekod, ‘Evian’ muncul sohor dengan 18,000 ciapan di Twitter setakat jam 3.30 petang ini.
Nedim yang juga suami kepada pelakon cantik, Nora Danish itu sebelum ini dikecam selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa mangsa banjir ‘demand’ kerana meminta pelbagai barangan termasuk selimut dan gula.
Komentar Nedim berkenaan air botol Evian itu kemudiannya mengundang reaksi warganet.
Antaranya, Mohammad Faeez Harith yang menegaskan sebotol kecil air minuman itu boleh membeli seekor ayam.
“Itu boleh sara hidup keluarga kecil untuk dua hingga tiga hari makan. Ah engkau, mangsa banjir minta gula dengan selimut pun kau dah membebel, koyak,” katanya.
Sementara itu, pengguna Twitter @mystiquevelvet pula berkata, orang istimewa yang dibesarkan dengan sudu perak tidak akan pernah memahami nasib rakyat biasa.
“… saya khuatir anda tidak dibesarkan oleh ibu bapa anda untuk mempunyai belas kasihan atau empati,” ujarnya lagi.
Bagi Farhan Akhbar pula secara sinis bertanyakan sama ada wujud atau tidak anak-anak ahli politik Umno yang bijak.
“Tiada seorang pun anak ahli politik Umno yang pandai-pandai ke? Dari anak presiden hingga anak menteri besar, anak ahli parlimen semua sama bangang saja,” kecamnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kita ada Spritzer. Kenapa kau nak juga minum Evian? Dah la mahal. Kau tu pun apa nak jadik? Nak harapkan harta bapak kau ja sampai ke tua boleh la kan? Apa pencapaian terbesar ko? Ko boleh ka hidup sundri tanpa guna pengaruh daddy?
Mudah2an ko kena troll balik pastu sampai anak ko kertu kes Darren diungkit2. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko pun tak layak jadi leader nedim oiii... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa nedim ni patut diam2 enjoy harta 7 keturunan tak habis tu, mcm mak tiri beliau. xyah mencapub kt twitter sebab netizen skrg semua panas hati harga barang naik, gaji x naik2...tu belum lg yg hilang kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Kata keluarga malaysia abis tu dah evian tu french. Minumlah spritzer ke water source dr taiping tu. Made in malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya. Air mineral sampai dekat rm9 sebotol. Memang kena have2 ke kalau bab menteri2 ni. Kena pakai oversea punya brand ke dari kereta sampai ke air mineral pun. Yang local hanya rakyat je pakai. Tak reti berjimat ke menteri2 ni.
Nedim ko pun 1 apa tak guna. Kalau bukan bapak ko menteri. Ntah2 duduk bawah jambatan je. Sekarang apa kerja kau? Restoran ko masih berfungsi ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni super bangang Ada hati nk kata netizen bebal. Sikit2 tuduh org dengki, saje cari point etc. Cuba cari point utk defend kenapa air tu patut dihidang dlm meeting pasal Kos Sara hidup rakyat. Baru la layak ko nk mengata org bebal. |
|
|
|
|
|
|
|
Minum ayaq mineral mahai pon menteri2 malaysia ni still la bodo bangang dan tak berguna |
|
|
|
|
|
|
|
meeting majlis tindakan sara hidup negara mcm lebih kepada meeting tindakan sara hidup menteri |
|
|
|
|
|
|
|
harkktuih replied at 4-2-2022 10:47 AM
meeting majlis tindakan sara hidup negara mcm lebih kepada meeting tindakan sara hidup menteri
"kami pon rakyat jugok"-Menteri |
|
|
|
|
|
|
|
ahli politaik msia...cakap lain buat nye lain. Xkan x paham2 lagi.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu takde social media boleh la kena klepet. Skrg ni mmg masak la politaik ni semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau nak cakap apa. Menteri pun satu.
Yang Nedim ni pun memang suka sangat cakap. Diam ajalah. |
|
|
|
|
|
|
|
yg penting dpt turunkan harga ayam doplosen.
harap2 next miting harga rumah pon dpt diturunkan doplosen.
|
|
|
|
|
|
|
|
nedim ni kau tak boleh eh dok diam2 sana. mengeruhkan keadaan buat ape. kang tak pasal dgn bini2 terpalit sama kena kecam. sudah laa kau tak merasa ape yg rakyat biasa rasa. kau tak keje pon harta keturunan tak habis makan. org nak bising pasal air mineral tu kau tak payah laa nk mencapub. kau sendiri pon takde function. yg pak menteri pon beria kata hutang byk tp korang mmg pon belanja tak beragak ehh |
|
|
|
|
|
|
|
tertarik dgn nama majlis ni: Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL)
agaknya camni la kot menteri2 ngan ahli2 majlis ni meeting utk kelangsungan sara hidup dorg...
|
|
|
|
|
|
|
|
mak tiri dia diam la ni, dia pulak take over slot moroyan |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak tunjuk dia kaya kot.. so tak faham la kenapa benda ni jadi big issue konon-kononnya.. hahahhaa... sama spesis juga la maksudnya dgn mak tiri dia kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 4-2-2022 11:28 AM
kenapa menteri2 laknat celaka ni suka bazir duit rakyat utk beli makan minum mewah??tak boleh ke nak humble mcm tun??level tun tu pun stakat minum air mineral Cactus singgit sebotol tu jahh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|