CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 0

[Borneo] Penyertaan anak muda Sabah, Sarawak dalam perkhidmatan awam persekutuan diutamakan

[Copy link]
Post time 26-3-2022 12:34 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dasar berhubung pengisian ketua jabatan Persekutuan di Sabah dan Sarawak diberikan keutamaan dalam pelaksanaan Borneonisasi supaya diisi oleh anak negeri Sabah dan bumiputera Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah & Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sehingga kini kesemua 109 perjawatan ketua jabatan di jabatan persekutuan di Sabah telah diisi sepenuhnya dengan 54 orang atau 49.5 peratus terdiri daripada oleh orang Sabah.

Bagi negeri Sarawak pula, beliau berkata daripada 117 perjawatan ketua jabatan di jabatan Persekutuan di negeri itu, 109 perjawatan telah diisi dengan 68 orang atau 64 peratus terdiri dari anak Sarawak.

“Setelah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ditubuhkan, cadangan berhubung pelaksanaan Borneonisasi pertama sekali telah dibentangkan dalam jawatankuasa kerja di bawah majlis itu iaitu Jawatankuasa Sosio Ekonomi (JKSE) pada 18 Feb lepas.

“Dari segi perancangan, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai keutamaan pengambilan dan peningkatan penyertaan anak-anak muda dari Sabah dan Sarawak dalam perkhidmatan awam Persekutuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Jugah Anak Muyang (Bebas-Lubok Antu) mengenai perancangan kerajaan Persekutuan dalam mempercepatkan pelaksanaan Borneonisasi selaras dengan MA63 serta Perkara 20 (Sabah) dan Perkara 18 (Sarawak).

Jugah juga ingin tahu mengenai jumlah pegawai dari Sabah dan Sarawak yang memegang jawatan ketua jabatan dan jabatan Persekutuan di kedua-dua negeri itu.

Ongkili berkata selain pengisian perjawatan itu, turut dibincang dalam JKSE itu adalah isu mengenai kelayakan elaun kepada anggota perkhidmatan awam yang lebih setara dan saksama seperti elaun perumahan bagi anggota perkhidmatan awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung.-Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4072 Replies : 29
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 190028 Replies : 4339
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47797 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 11539 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 10926 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9506 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071225 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list