CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 711|Reply: 0

[Selangor] APMM tahan bot, 3 lelaki

[Copy link]
Post time 4-4-2022 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 4-4-2022 10:31 AM



Pelabuhan Klang: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor menahan sebuah bot penumpang tanpa lesen dan tiga lelaki di perairan Tanjung Harapan, di sini, semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot dikendalikan seorang lelaki tempatan bersama dua kru warga Indonesia berusia lingkungan 36 hingga 58 tahun itu ditahan jam 6.15 petang.
"Siasatan mendapati tekong juga gagal mengemukakan sebarang dokumen bot yang lengkap, manakala kedua-dua kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.
"Siasatan lanjut ke atas tekong mendapati bot berkenaan dari kawasan Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohammad Rosli berkata, bot dan kesemua yang ditahan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 474(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu beroperasi tanpa lesen bot dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
"APMM mengingatkan pemilik dan tekong bot supaya mematuhi undang-undang di laut dengan memastikan bot memiliki lesen dan berdaftar dengan pihak berkuasa.
"Jika terdapat aduan dan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim serta kecemasan di laut, boleh hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor (03-31760627) yang beroperasi 24 jam atau talian kecemasan MERS 999 agar tindakan segera dapat diambil oleh APMM," katanya.

(Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan seorang lelaki tempatan bersama dua kru warga Indonesia yang mengendalikan bot penumpang tanpa lesen. FOTO ihsan MARITIM MALAYSIA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059240 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list