CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 684|Reply: 0

[Selangor] Panjat tembok tingkat tiga sekolah untuk bersembang, bergurau

[Copy link]
Post time 9-4-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi seorang pelajar berada di luar tembok kaki lima di sebuah sekolah menengah.


PETALING JAYA – Bagai menempah maut serta sengaja cari ‘penyakit’.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila menonton sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang pelajar memanjat tembok kaki lima di tingkat 3 sebuah sekolah menengah.

Menerusi klip video yang dikongsi oleh seorang pengguna dikenali sebagai Zam Zam, kelihatan seorang pelajar lelaki telah memanjat tembok berkenaan sambil disaksikan oleh beberapa pelajar yang lain.

Pelajar berkenaan kemudiannya diihat ‘bergantung’ di luar tembok sambil bergurau dan bersembang dengan beberapa rakannya.

Tidak dapat dipastikan apa motif pelajar berkenaan memanjat tembok itu dan kejadian itu dipercayai dirakam di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan pelajar tersebut yang sengaja mencari ‘penyakit’ dan boleh membahayakan nyawanya sendiri.

“Ini macam sengaja tempah maut, pergi sekolah mak bapak suruh belajar bukan cari penyakit,”tulis Man Razman.

“Bila pendek akal macam ni lah,”kata Awabad Salwa.

Pada masa sama, ada juga pengguna mahu pihak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap pelajar tersebut supaya kes seperti itu tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Nama sekolah dah nampak, tuan pengetua tolong ambil tindakan. Nanti ada yang mati berjela-jela pengetua nak jawab.

“Nak jawab pada polis, nak jawab pada ibu bapa, nak jawab pada PPD, nak jawab pada JPN, nak jawab pada KPM,” tulisnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/04/09/tular/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.419268 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list