CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1720|Reply: 0

[Lain-Lain] Contohi Korea Selatan bangunkan industri kreatif

  [Copy link]
Post time 11-8-2022 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Contohi Korea Selatan bangunkan industri kreatif


Rosyam dan Syamsul berpendapat, penggiat seni tempatan perlu mencontohi bagaimana Korea Selatan meningkatkan potensi industri kreatif yang memberi pulangan berganda. - NSTP/Aziah Azmee


KUALA LUMPUR: Industri kreatif terbukti mampu memberi impak besar kepada ekonomi negara dan tidak wajar lagi dipandang enteng.

Penerbit dan pelakon 'otai', Datuk Rosyam Nor, berkata kerajaan wajar mengangkat dan menyokong industri kreatif atas potensi yang dimiliki penggeraknya.

"Angkatlah industri hiburan kita. Ada banyak bakat yang boleh diketengahkan. Industri seni kita mampu memberi impak besar kepada ekonomi negara," katanya pada program Bicara Persada Ke-62 bertajuk 'Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat ' di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, kelmarin.

Program itu turut menampilkan Rosyam sebagai ahli panel bersama Syamsul Yusof serta pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh. Sesi itu dikendalikan moderator, Sayed Munawar Sayed Mod Mustar.

Rosyam memberi contoh bagaimana Korea Selatan meningkatkan potensi industri kreatif yang memberi pulangan berganda sekarang.

"Korea Selatan adalah negara kedua termiskin dunia pada 1990. Negara itu berusaha menaikkan pencapaian semua sektor.

"Akhirnya, pemimpin mereka letak belanja besar untuk menjalankan kajian dan pembangunan industri hiburan.

"Bagi kerajaan Korea Selatan, sektor hiburan boleh melariskan negara. Bukan hanya filem dan muzik yang laku, negara itu juga laris," katanya kepada BH Online.

Rosyam menambah, Hollywood misalnya, banyak 'menjual' nama Amerika Syarikat (AS).

"Hari ini, Syamsul sudah membuktikan industri kita mampu mengutip hampir RM100 juta melalui filem Mat Kilau.

"Ini bermakna sumbangan industri hiburan amat besar," katanya.

Seorang lagi ahli panel, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh membangkitkan isu duti hiburan yang perlu dikembalikan kepada penerbit filem tempatan.

Wan Hashim berkata, langkah itu dapat membantu pengusaha filem untuk lebih proaktif dalam berkarya.

"Kita pulangkan kembali kutipan cukai hiburan iaitu sebanyak 25 peratus kepada penerbit. Ini cukup penting untuk industri kita yang dianggap 'hidup segan mati tak mahu'.

"Andai kutipan itu dikembalikan, ia dapat membantu penerbit tempatan. Saya percaya FINAS kena bertindak untuk membantu industri perfileman kita," katanya.


Syamsul (tengah) bersama Rosyam (dua dari kanan), Wan Hashim (tiga dari kiri) dan jemputan pada Bicara Persada Ke-62 bertajuk Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat di UKM, kelmarin. - NSTP/Aziah Azmee


Syamsul pula membangkitkan soal kadar bayaran drama yang ditetapkan penyiar.

Katanya, penonton tidak boleh menyalahkan penerbit menghasilkan drama sama kerana mereka memerlukan bajet mengeluarkan naskhah berbeza.

"Kita boleh lihat bayaran untuk drama masih sama sejak era 1980-an. Sebab itu, jangan tanya mengapa industri perfileman kita tidak habis-habis ketengahkan kisah cinta tiga segi.

"Jika kita mahu hasilkan cerita berkisar peguam dan sebagainya seperti drama Korea Selatan, kita perlu bajet untuk buat penyelidikan dan sebagainya.

"Terlalu banyak yang perlu dibincang. Kita boleh duduk semeja dan membicarakannya. Kita harus ada evolusi dalam industri kreatif," katanya.

Syamsul berkata, industri kreatif tempatan perlu menjadikan Korea Selatan sebagai contoh dan pengajaran.

"Kita termasuk saya harus belajar daripada pencapaian industri hiburan di Korea Selatan. Sekarang kita boleh lihat karya mereka di serata dunia.

"Kaji mengapa karyanya menggunakan bahasa yang kita tidak faham, tapi kita boleh tengok," katanya.

Syamsul berkata, sebelum ini, filem dan drama Korea Selatan dilihat bergerak agak perlahan dan tidak komersial seperti sekarang.

"Namun, industri perfileman di Korea Selatan sudah membuat evolusi. Penggiat di sana menjadikan semua genre filem dan drama komersial.

"Apabila lihat industri kita yang sudah lama sakit ini, kita harus bangkit dan ambil peluang belajar daripada industri perfileman Korea Selatan," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... an-industri-kreatif



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4133 Replies : 30
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47890 Replies : 321
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 190210 Replies : 4345
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6382 Replies : 36
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 12852 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 12340 Replies : 1
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9506 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052863 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list