CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Borneo] MetMalaysia keluar amaran ribut petir di tujuh negeri

[Copy link]
Post time 8-11-2022 07:27 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku di  tujuh negeri sehingga 4 petang ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negeri terlibat ialah keseluruhan Perak dan Kedah meliputi Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terlibat Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang; Cameron Highlands, Jerantut, Maran dan Bera (Pahang) serta Segamat, Batu Pahat dan Kluang di Johor.

Di Sarawak pula kawasan terbabit adalah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Miri selain Subis, Beluru dan Marudi.

Sementara itu, di Sabah melibatkan Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan di bahagian Pedalaman selain Pantai Barat, Tawau serta di Kudat (Kota Marudu). - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071701 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list