CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Borneo] Jika Anwar lantik Zahid sebagai TPM hanya beri imej buruk kepada kerajaan

[Copy link]
Post time 1-12-2022 08:31 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin, berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya ini  hanya akan memberikan imej buruk kepada kerajaan ketika ia mula mendapat sokongan lebih ramai pihak.

“Tapi jika dia lakukannya, dia (Anwar) akan membuat tindakan harakiri.

“Dia akan hilang sokongan daripada penyokongnya sendiri dan menyebabkan para penyokong atas pagar – yang mula suka kepadanya – menjauhkan diri daripadanya,” katanya.

Anwar berjaya membentuk kerajaan perpaduan sekali gus menjadi Perdana Mernteri  BN yang diterajui Zahid bersetuju bekerjasama.

BN memenangi 30 kerusi pada PRU-15.

Menurut A Kadir tindakan Anwar yang menolak untuk menggunakan kenderaan jenis Mercedes Benz S600 yang dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dia memasuki pejabat dan mengecilkan saiz kabinet ialah tindakan positif.“

Tapi jikalau dia bawa masuk kawan lamanya ke dalam kabinet, dalam sekelip mata saja dia akan merosakkan imejnya sebagai seorang reformis dan seseorang yang berpendirian teguh terhadap tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti,” katanya.

Kata A Kadir lagi, langkah tersebut juga akan dianggap satu penghinaan kepada rakyat Malaysia yang menyokong PH pada dua PRU lalu selepas percaya kepada prinsip gabungan tersebut mahu membina kerajaan yang bersih.

“Ayuh kita doakan dan berharap agar Anwar akan memilih untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan integriti negara berbanding pertimbangan politik jangka pendek dan kepentingan diri sendiri,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47528 Replies : 319
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189581 Replies : 4315
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 6287 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 5674 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6238 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9304 Replies : 181
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3914 Replies : 25
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73938 Replies : 2968
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103730 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.127265 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list