CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3674|Reply: 2

[MITOS] "Adakah Gagak Dianggap Sebagai Simbol Kematian?"

  [Copy link]
Post time 26-10-2023 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Gagak sangat berkait dengan kehidupan manusia, sampailah haiwan ini dianggap sebagai simbol kematian. Kalau jumpa gagak ni, ramai antara kita percaya yang kematian akan datang!

Sebenarnya banyak sebab kenapa gagak dianggap sebagai simbol kematian melalui cara hidup burung ni.



Pertama, diet gagak sebagai pemakan bangkai. Kalau jumpa Bangkai haiwan di tengah jalan, sudah semestinya si gagak datang dulu menjamah. Dengan banyaknya gagak kerumun bangkai haiwan, ramai masyarakat percaya gagak pembawa nasib kematian.

Kedua, gagak boleh meratap kematian burung gagak lain. Ni kelakuan gagak yang terjadi apabila gagak lain mati. Si gagak akan menjerit dengan suara yang bingit mengelilingi gagak yang mati. Jeritan ini juga menjadi sebab kenapa gagak dianggap simbol kematian.

Ketiga, gagak berupaya bunuh spesis burung lain, terutamanya musuh utamanya ialah spesis burung 'songbird' seperti burung pipit. Biasanya gagak akan membunuh burung pipit dengan hancurkan sarang dan mematuk kepala burung. Beginilah cara gagak mencari mangsa.

Atas ketiga-tiga sebab inilah kenapa gagak dianggap sebagai simbol kematian. Sampai mat saleh sana pakai baju hitam apabila menghadiri majlis pengebumian.

Banyak lagi kisah-kisah gagak yang berkaitan dengan kematian, yang popular ialah kisah gagak mengajar anak Nabi Adam AS iaitu Qabil kuburkan saudaranya Habil.

Tak lupa juga doktor Eropah pada zaman dulu yang pertopengkan kepala burung gagak apabila tibanya bencana wabak yang dahsyat!

Sebab tu gagak sentiasa bersama Uchiha Itachi kalau dia keluarkan ilmu genjutsu iaitu ilmu pukaukan lawan. Kehadiran gagak boleh nampak yang Itachi ni pembawa kematian sampai shinobi lain takut untuk berdepan dengannya.

Oleh: Dans Ckay's

......

Tulis pasal gagak ni, teringat novel SATE UNTUK JEMBALANG yang mempunyai tiga kisah pasal bertemu dengan hantu! Rasai pengalamannya dalam Mahakarya - Sate Untuk Jembalang. Klik https://bit.ly/SateUntukJembalang





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn vulture ka simbol kematian?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 02:49 PM | Show all posts
fuhh baru tahu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.062889 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list