CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10546|Reply: 0

[Borneo] 32 NGO, JKKK, organisasi lain di Parlimen Sarikei terima geran MRP

[Copy link]
Post time 4-12-2023 07:06 PM | Show all posts |Read mode


Huang menyampaikan geran MRP kepada sebahagian daripada para penerima bantuan.

SARIKEI: Sebanyak 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan organisasi lain di Parlimen Sarikei dari kawasan Meradong telah menerima geran projek kecil luar bandar (MRP).

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, geran yang disalurkan ini adalah untuk membantu para penerima bantuan menjalankan aktiviti mereka.

"Langkah ini merupakan sebahagian daripada pelan pihak kerajaan untuk merapatkan hubungan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

"Usaha ini juga membuktikan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyalurkan pembangunan dan kemajuan dalam membantu rakyat di negeri ini dengan pelbagai pendekatan dan usaha.

"Situasi ini juga adalah bukti utama Ketua Menteri kita adalah seorang yang berjiwa rakyat dan kepimpinan seumpama ini wajar kita berikan sokongan padu," katanya ketika majlis ringkas penyerahan geran MRP di Pusat Khidmat Parlimen Sarikei hari ini.

Menurut Huang, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak kini fokus untuk membangunkan kawasan luar bandar.

"Kita di peringkat kepimpinan sentiasa berusaha membantu dan menyalurkan bantuan kepada masyarakat di peringkat akar umbi serta memenuhi keperluan mereka secara adil.

"Jesteru, kita berharap semua pihak dapat berganding bahu bersama kita untuk memastikan setiap pembangunan di kawasan ini dapat berjalan dengan lancar dan sentiasa mencapai sasarannya," kata Huang.

Antara penerima geran MRP pada majlis itu ialah Gereja Methodist Iban Pasar Bintangor, Meradong Life Care Society, Persatuan Chiang Hsia Huang Meradong, Persatuan Foochow Meradong (Biro Wanita), JKKK Kampung Perdana Nanga Selidap Meradong dan 27 PIBG di daerah Meradong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 189928 Replies : 4335
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 3983 Replies : 26
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47797 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 9923 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 9411 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9405 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052294 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list