CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12630|Reply: 3

[Jenayah] Israel penakut umum tarik balik ribuan tentera dari Gaza

  [Copy link]
Post time 2-1-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode



GAZA: Tentera Israel mengumumkan akan menarik balik beribu-ribu tenteranya dari Gaza.

Tindakan ini dilihat keputusan paling ketara diumumkan mereka sejak perang bermula bagi mengurangkan intensiti perang.

Tindakan menyusul beberapa hari selepas pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden meluluskan di kongres sekali lagi untuk penjualan senjata kepada Israel.

Penarikan itu dilihat satu isyarat bahawa pertempuran sengaja dikurangkan di Gaza selepas AS telah mendorong Israel untuk beralih kepada pertempuran intensiti rendah apabila jumlah kematian di Gaza mencecah 21,000 orang.
Namun lapor media antarabangsa, tindakan ini mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja.

Bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh jurucakap tentera Israel, Daniel Higari dalam satu kenyataan bahawa tentera mereka ditarik keluar dari Gaza bagi membuat ujian dan prosedur latihan.

Dua briged akan dihantar pulang, manakala tiga lagi akan dihantar menjalani latihan.

Satu lagi laporan mendedahkan tindakan penarikan balik tentera adalah disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda Israel susulan peningkatan aktiviti ketenteraan secara haram di Gaza.

Langkah ini dijangka dapat meringankan beban ekonomi dengan ketara dan membolehkan mereka mengumpul kekuatan untuk aktiviti akan datang pada tahun yang baharu.

Sebahagian tentera dikembalikan kepada pasukan simpanan dalam kehidupan awam untuk membantu ekonomi kerana perang seolah-olah akan berlanjutan untuk tempoh yang panjang.

Sementara itu sebahagian daripada komuniti Israel di utara Semenanjung Gaza yang menjadi pelarian berikutan serangan 7 Oktober oleh Hamas akan dapat pulang dalam masa terdekat ketika operasi ketenteraan masih berjalan.

Menurut Menteri Pertahanan Yoav Gallant pada Isnin, sebahagian daripada komuniti berkenaan berada di kawasan dalam lingkungan empat hingga tujuh kilometer ke utara Gaza.

"Saya baru pulang dari Semenanjung Gaza untuk bertemu dengan tentera israel. Semasa mereka berperang, mereka menghadapi Hamas dan di belakang mereka adalah komuniti selatan Israel.

"Selaras dengan cadangan yang diberikan oleh IDF dan penubuhan pertahanan, kita tidak lama lagi akan dapat memulangkan komuniti (terlantar) ke rumah, di kawasan dalam lingkungan empat hingga tujuh kilometer di utara Semenanjung Gaza.

"Pentadbiran pembinaan semula negara (takuma) yang bertanggungjawab untuk misi nasional ini akan mengendalikan isu pendidikan dan isu-isu lain, jadi pengembalian secara beransur-ansur akan dapat dilakukan.

"Pada peringkat pertama tujuh komuniti dan diteruskan kepada semua komuniti yang lain," ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 09:05 AM | Show all posts
Hamas mungkin sudah lemah...kesian org awam...cilaka ini not real
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tarik tentera salah, hantar tentera lagi la salah. Pandai2 la diorang nak buat mcm mana. Doa je la yg terbaik utk rakyat kedua2 negara.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 09:29 AM | Show all posts
risau dgn sokongan negara2 lain pun ye kot. byk dh ngra luar xsokong diorg ni. hrp pasukan perubatan bolehla masuk n hantar bantuan, sedih tgk budak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.086473 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list