CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8331|Reply: 0

[Jenayah] Wanita ditahan susulan insiden tikam di dalam kereta api

[Copy link]
Post time 4-1-2024 09:50 AM | Show all posts |Read mode


Tokyo: Tiga lelaki cedera dalam kejadian tikaman dan dibawa ke hospital, semalam, selepas seorang wanita menghunus pisau di dalam kereta api di Stesen Akihabara di Tokyo, kata polis Jepun.

Polis menerima panggilan kecemasan sejurus sebelum 11 ​​malam waktu tempatan, mengatakan wanita itu menyebabkan kecederaan dengan pisau pada laluan Yamanote, salah satu laluan pengangkutan paling sibuk di bandar itu, kata jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Tokyo.

Wanita itu ditahan dan keadaan tiga lelaki yang cedera tidak diketahui, kata jurucakap itu.

Agensi berita Kyodo melaporkan bahawa tiada seorangpun daripada mangsa yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Penyiar awam NHK pada mulanya melaporkan bahawa empat orang ditikam.

Syarikat Kereta Api Jepun Timur berkata, laluan Yamanote digantung seketika kerana "masalah pada kereta api".

Akihabara, yang secara tradisinya menempatkan peruncit elektronik dan gajet, adalah kawasan tumpuan pelancongan utama di Tokyo dan sinonim dengan permainan video, buku komik dan fesyen yang aneh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.698454 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list