CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18637|Reply: 7

[Jenayah] Mengelilingi Kampung Naik Basikal, Budak Nakal Kurang Hajar Panggil Ustazah Ayam!

[Copy link]
Post time 7-1-2024 04:14 PM | Show all posts |Read mode


KALAU siang rutin hariannya mengajar murid sekolah, petang pula diluangkan masa untuk mengejar ayam peliharaan yang dibela di belakang rumah.

Itu perkongsian menarik seorang guru, Anis Athirah Abdull Rahim, 32, yang menjadikan ayam kampung sebagai hobi di masa senggangnya.

Ibu dua anak ini berkata, minat membela ayam timbul selepas mendengar kokokan ayam yang menjadi ‘alat penggera’ untuk dirinya bangkit pada setiap pagi.

“Tiap hari bila dengar ayam jiran berkokok, automatik saya terjaga dan bangun daripada tidur.

“Situasi itulah menyebabkan hati saya terdetik membela ayam sendiri. Lagipun ayam banyak manfaatnya. Daging dan telurnya boleh di makan. Kalau tak menetas boleh jadi anak ayam,” katanya.

Guru al-Quran di SMKA Syeikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal, Pulau Pinang ini bermula dengan hanya membeli sepasang ayam kampung daripada jiran terdekat.

“Daripada sepasang, akhirnya beranak-pinak, termasuk ada yang saya beli lain sehingga menjadi enam ekor kesemuanya.

“Kebetulan ayah saya memang pandai bertukang, jadi minta tolong ayah untuk buatkan reban di belakang rumah.

“Reban juga dikelilingi pagar bagi memastikan keselamatan terjamin seperti mengelakkan ia daripada serangan pemangsa lain seperti biawak dan ular,” katanya.

Mengenai rutin menjaga dan memberi ayam makan, Anis menjelaskan dirinya tidak terlalu bimbang jika tidak sempat memberikan ayam kesayangan makan, kerana bapanya akan membantu untuk menjaga hal ehwal pemakanan, minuman dan kesihatan ayam.

Lebih menarik, kongsinya, anak sulungnya yang kini berusia enam tahun juga rajin membantu dan suka bermain dengan ayam di reban.

“Kadang-kadang itu, siap dia membebel dengan ayam jangan pijak kaki abang. Dia suka main kejar-kejar supaya ayam lari dan terbang dalam reban,” kongsinya sambil tertawa.

Mengulas mengenai kos penjagaan haiwan berkenaan, kata Anis, ia tidaklah terlalu mahal lantaran beliau membela sekadar memenuhi hobi, bukannya untuk dikomersialkan.

“Sama ada bagi jagung hancur atau nasi yang tak habis dimakan. Kalau sempat saya akan masak nasi baharu untuk bagi ayam makan,” katanya.

USTAZAH AYAM

Mendapat jolokan ‘ustazah ayam’ daripada budak-budak nakal yang mengelilingi kampung sambil berbasikal, tidak pernah membuatkan wanita ini terguris hati.

Baginya, gelaran ini menandakan dirinya lebih mudah diingati dalam kalangan murid-murid.

“Hujung minggu, saya lepaskan ayam dari reban sebab nak bagi sedikit kebebasan buat mereka. Saya pernah bekejaran dengan ayam di sekeliling rumah sambil berleter.

“Itu yang budak-budak kampung ternampak dan secara tak langsung dapat gelaran ‘ustazah ayam’,” katanya.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2024 04:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-1-2024 05:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Q:Ustazah mana?..
A: Ustazah ayam ( singkatan ustazah yg bela ayam )

Ok.la tu..ke rasa kurang ajar?

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk kpg..oklah nak bela ayam...jgnlah dok rumah teres/flat pun sibuk nak bela ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Taik hang la. Ustazah tu ckp elok je. Lahnat dajal punya author cari ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2024 08:54 AM | Show all posts
boikot budak nakal
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
@CARI-Author pemfitnah lehanat sis.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.276814 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list