CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9704|Reply: 0

[Selangor] Lelaki bakar kereta polis direman

[Copy link]
Post time 17-2-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular menunjukkan lelaki membakar kereta polis bantuan.

Petaling Jaya: Pekerja p-hailing yang membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara di sini, kelmarin, direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

"Lelaki terbabit direman bermula semalam sehingga 19 Februari ini (Isnin).

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Terdahulu, Harian Metro melaporkan, polis menahan suspek iaitu lelaki berusia 26 tahun di rumahnya di Flora Damansara pada Khamis.

Beliau dilaporkan berkata, suspek disyaki membakar kereta menggunakan petrol, selain turut melakukan vandalisme dengan menconteng dinding kaca hentian bas.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau namun ujian saringan air kencing positif dadah jenis morfin.

Tambahnya, siasatan awal polis mendapati tujuan lelaki itu melakukan perbuatan terbabit bagi mendapat 'rating' tinggi di TikTok.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ereta-polis-direman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.130401 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list