CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4786|Reply: 0

[Selangor] Seorang maut, dua parah, Honda HRV dinaiki terbabas

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Kenderaan yang dinaiki tiga mangsa selepas terbalik lalu hilang kawalan di hadapan sebuah kedai serbaneka Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, pagi tadi.

KAJANG – Seorang wanita maut manakala dua lagi parah selepas kereta Honda HRV yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbabas hingga terbalik di hadapan sebuah kedai serbaneka di Bandar Tun Hussein Onn, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 5.13 pagi tadi.

Katanya, dua buah jentera dan beberapa anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) dikerahkan ke lokasi kejadian susulan laporan tersebut.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Honda HRV hilang kawalan dan terbabas membabitkan tiga mangsa wanita warga tempatan berusia 46, 47 dan 50 tahun.

“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mengalami cedera parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mukhlis, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang parah dibawa ke hospital berdekatan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... v-dinaiki-terbabas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052839 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list