CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16004|Reply: 147

[Tempatan] Murid perempuan hilang di Pudu. #2, Saya risau anak ikut orang tak dikenali – Ibu Dhia Batrisyia

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 15-3-2024 04:26 AM

Murid perempuan hilang di Pudu

https://www.freemalaysiatoday.co ... uan-hilang-di-pudu/

FMT Reporters
15 Mar 2024, 12:07 PM


Siti Dhia Batrisyia Chairil Anuar, 12, belajar di SK Perempuan Pudu 1.

Siti Dhia Batrisyia Chairil Anuar, 12, hilang sejak tiga hari lalu selepas tidak pulang ke rumah dari sekolah.

PETALING JAYA: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang sejak Selasa lalu apabila tidak pulang ke rumahnya dari sebuah sekolah di Pudu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata laporan dibuat pagi semalam selepas Siti Dhia Batrisyia Chairil Anuar, tidak pulang.

“Tindakan mengesan giat dijalankan,” katanya.

Kehilangan murid Sekolah Kebangsaan Perempuan Pudu 1 itu turut disebarkan di Facebook untuk mendapatkan bantuan orang awam.

“Sekiranya tuan/puan ada menerima sebarang maklumat, sila hubungi ibu beliau di talian 012 6411600 atau maklumkan kepada pihak sekolah/guru SKPP1.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2024 12:25 PM | Show all posts
Saya risau anak  ikut orang tak dikenali – Ibu Dhia Batrisyia

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ibu-dhia-batrisyia/

Oleh AZMI NORDIN
15 Mac 2024, 11:42 am


Siti Dhia Batrisyia.

KUALA LUMPUR – Luluh hati seorang ibu apabila anak sulungnya, Siti Dhia Batrisyia Mohd. Chairil Anuar, 12, masih tidak pulang sejak dilaporkan hilang Selasa lalu.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, kali terakhir dia bersama anaknya adalah di kediaman mereka sekitar Pudu, di sini, kira-kira pukul 4 petang.

Katanya, perselisihan faham antara dia dan anak pertama daripada dua beradik itu dipercayai punca kanak-kanak perempuan tersebut bertindak keluar dari rumah dan tidak pulang sehingga kini.

“Waktu petang hari itu (Selasa) Dhia dah balik ke rumah, kemudian saya terus tanya kenapa pagi dia tak pergi ke sekolah, cikgu mula WhatsApp tanya kenapa tak pergi ke sekolah. Dhia jawab dia keluar (tidak hadir sekolah) beli barang buat kejutan untuk saya.

“Dengar jawapan itu, saya marah dan tegur apa yang dia buat itu salah, kenapa buat waktu hari persekolahan. Beberapa minit kemudian saya keluar rumah untuk nak beli barang dapur untuk sediakan lauk berbuka. Balik sahaja Dhia sudah tiada,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Terdahulu, tular di media sosial kanak-kanak berusia 12 tahun, Dhia Batrisyia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Syarifah memaklumkan, dia mula merasakan tidak senang hati apabila  selesai berbuka, anak perempuannya belum pulang ke rumah.

“Selalunya dia akan pergi ke rumah kawan-kawan di sekitar kawasan ini, jadi apabila esoknya masih lagi tidak pulang ke rumah, saya mula mencarinya di rumah kawan-kawan tetapi semuanya tidak tahu di mana Dhia berada.

“Sebelum ini, Dhia tak pernah keluar jauh lama-lama dan tak pernah tak balik rumah, saya memang tengok dan jaga anak saya,” katanya.

Lebih merisaukan, Syarifah berkata, terdapat rakan kepada Dhia memaklumkan anaknya mengikut seorang lelaki yang tidak dikenali didakwa dikenali melalui media sosial.

“Saya jadi risau bila ada (kawan) yang kata Dhia pergi menghala ke Ampang, tambah pula ada kawan-kawan cakap Dhia pernah bercerita tentang seorang individu tetapi semua rakannya tidak pernah berjumpa orang itu, saya risau bila ada orang tak kenal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan satu laporan polis telah diterimanya ada pagi, semalam.

“Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH) dan tindakan mengesan sedang giat dijalankan” katanya ringkas. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan senang jaga anak zaman socmed
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:54 PM | Show all posts
i tengok gambar budak ni kat wasap group. gambar lain gambar dia pakai baju biasa tshirt dan seluar. besar nampak budak ni, macam acik2 dah. tak nampak 12 tahun. mcm dah tingkatan 3/5 gitu dah. risau juga ye anak 12 tahun lari dari rumah

iols masa kecik dulu penah juga nak lari dari rumah, tp separuh hari pusing balik rumah. nasib xde orang perasan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:57 PM | Show all posts
aduh..risau betul kes budak hilang ni makin hari makin banyak..da le area sekolah budak ni ramai foreigner laknat
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
risaunya pergi mana la anak...
mak tu marah bersebab dah keluar tak pergi sek kalau iols pun blh naik antu. berani ye bdk skrg keluar rumah beli brg umur baru 12thn dah la dok tgh bandar (assume pudu tu town la dah acik dok ulu)
kecik2 dah ada acc medsoc buat apa la...mcm pntg nau nak kene update isu semasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2024 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
moga cepat dijumpai..
mmg renyah nk jaga anak zaman skrg.
ada parents call guru kelas, minta tolong pujuk anak balik ke rumah.
kot aku kdg rasa merentan sbb bukan anak kita pun. tp sbb pernah belikan dia nasi utk lunch dan dia mkn sambil menangis, aku lembutkn hati sendiri.. parents jgn garang² ya. tp.kot ikut jantan, report polis je laa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 15-3-2024 01:35 PM

Panjang nama adik ni.

Ada dapat dalam wa group. Nampak matang budaknye untuk umur dia. Risau, kawasan dia tinggal tu, ramai warga asing. Kawasan padat, sesak. Semoga adik ni segera ditemukan.

Mak dia marah ada la sebab tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 15-3-2024 01:43 PM
black_handbag replied at 15-3-2024 12:54 PM
i tengok gambar budak ni kat wasap group. gambar lain gambar dia pakai baju biasa tshirt dan seluar. ...


I setakat lari pergi rumah makcik sekangkang kera je dari rumah bila merajuk dengan mak
Pernah la terfikir nak lari jauh tapi lagi takut kena culik.

Zaman pre-teen/teen memang kuat merajuk bila kena marah, selalu fikir mak tak sayang tapi bila dah makin dewasa kita pun faham sendiri

Mencabar ye nak besarkan anak² zaman sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Akibat terlampau bebas pergaulan dan ramai kawan. Panjang akal budak2 zaman skg. Lagi ada socmed2. Tengok jugak kawasan kediaman mcmana.. org2 ctu, taraf pemikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai adik ni berani ye ikut org xknal. ssah jga bdk2 skrng. bila kongkong mula rebel. klau xkongkong panjang pulak langkah. aduduuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 15-3-2024 05:11 AM
moga cepat dijumpai..
mmg renyah nk jaga anak zaman skrg.
ada parents call guru kelas, minta tolong ...

Ini sebab aiol benci jadik guru kelas. Dah kita la pulak kena involve dengan masalah keluarga orang. Adeh....
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga takde objek tumpul yg menyerang adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut batang ke?

Susah nak husnuzon
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:09 PM | Show all posts
ooo.. lari rumah..
ingatkan hilang kat or masa balik sekolah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:31 PM | Show all posts
alahai adik oii.. baliklah rumah.. muda lagi budaknya pun.. umur gini mmg fasa rebel.. meols punya jiran dulu pun siap tunjuk beg baju kt meols.. dia kata stress duduk rumah kena marah.. dia nak lari dari rumah.. tapi sampai ke sudah tak lari sebab takut katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 02:33 PM | Show all posts
Pudu ni kawasan ramai warga asing...mcm2 hal ada di sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 15-3-2024 02:40 PM
epullipan replied at 15-3-2024 12:57 PM
aduh..risau betul kes budak hilang ni makin hari makin banyak..da le area sekolah budak ni ramai for ...


foreigner mana ada kacau orng....bkn gomen panggil depa tuk 'kasi maju ini negara'....@wargatempatanpemalas...ke?..tak caya..tanya gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 03:04 PM | Show all posts
Semoga dijumpai segeraaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_ingeniare replied at 15-3-2024 02:31 PM
alahai adik oii.. baliklah rumah.. muda lagi budaknya pun.. umur gini mmg fasa rebel.. meols punya j ...

ibu2 mmg tak boleh marah anak2 ... tapi nak camana kalau terkawen dgn lelaki yg tunjuk good2 depan anak2 , mmg lembik lah anak jadinya, terpaksa ibu2 kena marahkan kalau ada silap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 1.457315 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list