Bua Loy indah dilihat, enak dimakan
Oleh
ADILA SHARINNI WAHID
31 Mac 2024 08:30am
Nur Nadira menunjukkan Bua Loy yang siap untuk dinikmati.
KOTA BHARU - Tidak lengkap berbuka puasa jika tiada pencuci mulut yang dianggap ‘penutup’ setelah menikmati hidangan berat.
Terdapat pelbagai jenis juadah boleh dinikmati, namun jika ingin melegakan tekak dengan rasa manis-manis berlemak, Bua Loy sesuai dijadikan pilihan.
Seorang peniaga, Nur Nadira Mohd Nasir, 25, berkata, Bua Loy ialah makanan dalam kalangan penduduk kampung di wilayah Yala, Patani dan Narathirawat, Thailand.
Proses membentuk Bua Loy menjadi bunga dilakukan Nur Nadira (tengah) bersama dua pekerjanya.
“Pencuci mulut ini baru mula dikenali di negeri-negeri lain di Thailand dan saya bawa ke bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV kali ini untuk dirasai penduduk di Kelantan. Tak perlu lagi ke Thailand jika ingin menikmatinya.
“Sebenarnya rasa Bua Loy tidaklah terlalu kompleks dan hampir sama dengan pencuci mulut yang terdapat di negara kita seperti butir nangka, namun sedikit berbeza kerana kuahnya tidak dicampur halba, sebaliknya dimakan dengan isi kelapa muda atau isi nangka ranum,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Wakaf Che Yeh di sini pada Jumaat.
Nur Nadira menghasilkan Bua Loy berbentuk bunga berwarna merah jambu, biru muda dan kuning cair.
Menurut ibu dua cahaya mata itu, Bua Loy dihasilkan menggunakan tepung beras pulut, digaul dengan sedikit tepung ubi yang dibentuk menjadi doh bulat sebesar guli.
Katanya, sebahagian doh dimasukkan pewarna hijau pandan, manakala selebihnya dibiarkan putih sebelum direbus.
Bagaimanapun, menurut Nur Nadira, dia mengolah doh asal dengan menukar warna biji Bua Loy kepada merah jambu, biru muda dan kuning cair menggunakan pewarna masakan serta mencampurkan sedikit garam dan gula sebelum mencantumkannya menjadi bentuk bunga-bunga yang comel.
“Pada asalnya saya pernah menikmati Bua Loy ketika berkunjung ke Thailand sebelum ini dan tiba-tiba teringin untuk menikmatinya pada 1 Ramadan lalu sebelum mengetahui saya mengandung sebulan.
Bua Loy enak dimakan ketika sejuk atau bersama ais.
“Doh bunga-bunga yang sudah siap direbus kemudian akan dimasak sekali lagi bersama kuah santan dan daun pandan serta dimasukkan isi kelapa muda atau nangka,” katanya.
Tambahnya, isi kelapa muda atau nangka tidak boleh dicampurkan bersama kerana akan mengganggu atau menghilangkan rasa asli Bua Loy.
“Jadi, Bua Loy saya ini memang ada dua versi iaitu isi kelapa muda dan satu lagi isi nangka.
Nur Nadira memasukkan isi kelapa ke dalam kuah santan Bua Loy yang dihasilkannya.
“Bua Loy isi kelapa muda menjadi pilihan peribadi dan kegemaran saya kerana baunya tidaklah sekuat bau Bua Loy yang dicampurkan dengan isi nangka, selain sangat enak dimakan ketika sejuk atau ditambah ais,” katanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 31-3-2024 08:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kuih muih nusantara rata2 guna tepung beras/pulut dan ubi.
Kuih muih tepung gandum buat perut sebu jaa iols tak berapa gemar.
Bulan puasa biasanya iols akan cari kuih muih gluten free yg ada santan n gula merah tp tahun ni nekad takmo mkn kuih muih manis dah.
Air manis mmg dah tak minum berbelas tahun.
Pemanis mulut nnt hanya di mkn bila meraikan hari2 penting je cth hari raya ke kenduri kawen, hari lahir dan ulangtahun perkahwinan.
Harap mampu istiqamah laa hahaa selama ni takda la mkn byk kalau kuih tu seketul je kek plak sejuring tu kongsi2 la 2-3 org.
I suka dessert, buka puasa mesti kena ada dessert baru mcm lengkap.. Selalu beli jellyball tu mkn dgn susu cair letak lah mangga ke apa2 janji buat pemanis mulut
Post time 1-4-2024 07:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sekngucing replied at 1-4-2024 03:38 PM
Thai tu pun ambik kuih dari portugis
Tak kesah la dari Portugis ke apa...yang Penting bangsa Thai berjaya cari identiti, karakter and very distinct compared to etnik kecil Melayu, resepi Che Minah Sayang dipandang sendu.
Post time 2-4-2024 02:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
B40tastePosh replied at 1-4-2024 07:58 PM
Tak kesah la dari Portugis ke apa...yang Penting bangsa Thai berjaya cari identiti, karakter and v ...
Ceh dah nama pun berjiran mestilah kuih nak dekat sama
Bagi aku apa dia kuih bugis yg sedap? Makanan indon semua sama ja tak sedap
Bab makan kau orang tak usah challenge kamilah...cuba cabar org melaka dulu
Aku tak tahu apa benda pun makann bugis/indon
Nalah makanan indonesia bnyak tiru makanan cina
Tasteless/dirty/ tak kreatif
Post time 2-4-2024 09:31 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sekngucing replied at 2-4-2024 02:04 AM
Ceh dah nama pun berjiran mestilah kuih nak dekat sama
Bagi aku apa dia kuih bugis yg sedap? Makan ...
Pakai je resepi kuih Che Minah Sayang kau tu...nak pakai resepi Bangkok kenape...ko fikir Bangkok dengan Kelantan tu dekat ke??? Dekat lagi Kelantan dengan Parit Jawa dan Parit Bugis.