CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5102|Reply: 25

[Tempatan] Kos LRT Pulau Pinang dianggar RM350 juta setiap kilometer - MIDF Research

[Copy link]
Post time 1-4-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Kos LRT Pulau Pinang dianggar RM350 juta setiap kilometer - MIDF Research

https://www.bharian.com.my/bisne ... tiap-kilometer-midf

Oleh Hazwan Faisal Mohamad - April 1, 2024 @ 2:38pm
hazwanfaisal@mediaprima.com.my


Gambar fail. Ilustrasi artis cadangan Jajaran Bayan Lepas LRT yang meliputi jarak 29.5km akan menjadi laluan utama transit rel di Pulau Pinang. Sebagai sistem LRT yang pertama di Pulau Pinang. - NSTP/IHSAN PTMP

KUALA LUMPUR: Kos pembinaan bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang dijangka mencecah RM350 juta untuk setiap kilometer (km), demikian mengikut MIDF Research.

Menurut Penganalisisnya, Royce Tan Seng Hooi, sementara menunggu pengesahan mengenai jajaran laluan, Segmen 1 yang dijangka sepanjang 23.5 kilometer membabitkan pembinaan bertingkat sepenuhnya dari Pulau Silikon ke Komtar menjadikan nilai kontrak kira-kira RM8.23 bilion.

Katanya, manakala jajaran untuk Segmen 2 yang mungkin mencapai jarak kira-kira 5.5 km yang juga adalah pembinaan bertingkat sepenuhnya dengan nilai kontrak kira-kira RM1.93 bilion.

"Ini menjadikan jumlah kos keseluruhan kepada RM10.15 bilion. Bagaimanapun, harga ini mungkin adalah lebih rendah jika jumlah kosnya dihadkan pada RM10 bilion, termasuk sistem turnkey dan gerabak.

"Perlu diingatkan bahawa peruntukan kerajaan Persekutuan untuk LRT Pulau Pinang di bawah Bajet 2024 ialah sebanyak RM10 bilion," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Projek LRT Pulau Pinang telah menerima kelulusan daripada Kabinet dan kini secara rasminya menjadi projek Kerajaan Persekutuan.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) milik Kementerian Kewangan telah telah dilantik sebagai pemaju projek dan pemilik aset.

Jajajran LRT itu adalah sepanjang 29 km dari Pulau Silikon ke Penang Sentral dan akan mempunyai 20 stesen, termasuk dua stesen pertukaran di Komtar dan Penang Sentral, yang akan berhubung dengan rangkaian KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) sedia ada.

Pembinaan dijangka bermula pada suku keempat tahun ini dan dijadualkan untuk siap pada 2030.

Sementara itu penganalisis RHB Research, Adam Mohamed Rahim, berkata pihaknya menganggarkan saiz kontrak segmen pertama LRT Pulau Pinang yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.

Katanya, anggaran itu masih berada dalam sasaran penambahan kerja sebanyak RM25 bilion bagi tahun kewangan 2024 (FY24) dan FY25 kumpulan itu. 1

"Butiran nilai kontrak segmen pertama akan dimuktamadkan tertakluk kepada rundingan antara anak syarikat Gamuda, SRS Consortium Sdn Bhd dan MRT Corp yang adalah pemaju projek dan pemilik aset dalam tempoh sehingga enam bulan sebelum kerja boleh dimulakan antara suku ketiga atau suku keempat tahun ini.

"Kami menjangkakan kos pembinaan bagi segmen 1 adalah antara RM8 bilion - RM10 bilion dengan margin untung kasar di antara 5.0-8.0 peratus," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 03:10 PM | Show all posts
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:02 PM | Show all posts
Murahlah itu bagi Malaysia ....

Jangan lupa Malaysia saat kini sudah menjadi negara terkaya di dunia  ... negara kuasa dunia atau superpower dunia ...Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 05:38 PM | Show all posts
Biar betul?.. Murah sgt tuu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 06:20 PM | Show all posts
cepatlah sikit, iols dah tak tahan nak hadap perangai ummah drive tak reti bagi signal ni iya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa purpose dia setakat sekangkang babi nak buat lrt dlm pulau, baik buat lrt pulau pegi sebrang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2024 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Untuk Penang negeri DAP kos tak masuk akal pun jadi OK.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nak naik lrt kat penang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2024 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 1-4-2024 06:20 PM
cepatlah sikit, iols dah tak tahan nak hadap perangai ummah drive tak reti bagi signal ni iya

Ummah yg x reti drive tu bakalan kencing dlm lrt plak
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 2-4-2024 05:09 AM

Yang kata kos tak masuk akal tu, penah involve tak dgn projek infra mega cenggini?

LRT3 Lembah Klang.
Kos: RM16bil.(asal RM31bil.)
Panjang: 37.6km
Stesen: 20 (asal 26)

Jangan lupa utk bandingkan dgn kos di Pineng.
Harus ditekangkang, project delivery partner (PDP) boleh menurunkan kos bawah dari RM10bil.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2024 11:34 PM | Show all posts
ada lalu terowong alam di sebalik kerandut tak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 04:33 AM | Show all posts
mrseller replied at 1-4-2024 08:20 PM
Apa purpose dia setakat sekangkang babi nak buat lrt dlm pulau, baik buat lrt pulau pegi sebrang

kekdahnya memang diorang nak buat dari komtar ke penang sentral yach...yang ni fasa 2 rasanya, lalu penang bridge. Fasa 3 belah seberang pulak. Cuma taktau la plan tu dah approved ke idok ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 04:34 AM | Show all posts
anony-mous replied at 1-4-2024 10:37 PM
Ummah yg x reti drive tu bakalan kencing dlm lrt plak

kencing ke berak sis? ala2 perangai ummah leluhur bila di singaporn sangat
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dont know lah aku seperti tidak suka ada LRT di island dari dahulu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb penang kan...rak kisah la berapa biliyun pun...well...yg ni real eh not virtual...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:57 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 1-4-2024 10:57 PM
Yang kata kos tak masuk akal tu, penah involve tak dgn projek infra mega cenggini?

LRT3 Lembah Klan ...

drg ingat bina pakai lego china copy ori kot nak murah2... org tak pernah involve projek..camtu lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2024 09:58 AM | Show all posts
mana celah la nak buat lrt ni..rasa jalan semua sempit2 belaka..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:38 AM | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 2-4-2024 11:43 AM
kucingitam replied at 2-4-2024 09:57 AM
drg ingat bina pakai lego china copy ori kot nak murah2... org tak pernah involve projek..camtu la ...

Citernya, apa saja pembangunan kat negeri maju, auto-mahal.
Kalau buat kat negeri pimpinan lobai, RM40-50bil. tu tak mahal mana pun.



Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:52 AM | Show all posts
calculation tu da masuk duit tepi ke camne
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Haiya itu telowong dasar lawut sulah siap ka bulum? Kan ni na.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.076200 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list