CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2243|Reply: 0

[Sarawak] Pemain industri digalak labur, teroka rizab gas di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-4-2024 07:30 PM | Show all posts |Read mode


Tun Wan Junaidi bersama Abang Johari serta tetamu kenamaan lain merakamkan kenangan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia di Kuching hari ini. Turut kelihatan Siti Hurrairah (dua kiri). - Gambar Kong Jun Liung

KUCHING: Kerajaan Sarawak menggalakkan pemain industri untuk melabur dan menerokai rizab gas yang terdapat di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, secara geologi rizab gas terdapat di Sarawak, malah sehingga ke bahagian baratnya.

"Tetapi ia tertakluk kepada penerokaan dan kemungkinan ekonomi. Sama ada berekonomi atau tidak bergantung kepada teknologi yang ada.

"Kalau ada teknologi, bermakna gasnya dapat dipakai sebagai salah satu rizab gas," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia di Hotel Hilton di sini, hari ini.

Abang Johari turut berkata, syarikat minyak dan gas Shell Malaysia sudah berkembang di Sarawak, lebih-lebih lagi dengan pemindahan ibu pejabat operasi huluannya ke Miri.

Ini katanya secara tidak langsung akan mengembalikan semula kerancakan kegiatan ekonomi di Miri seperti sebelum ini.

Mengenai perkembangan terkini projek gas masam di Bintulu, Abang Johari berkata ia berjalan dengan sangat baik.

Kelancaran projek tersebut katanya, menunjukkkan bahawa gas industri gas masam adalah cerah di Sarawak.

Sementara itu, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Shell Malaysia hari ini turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan dan menghargai rakan-rakan strategik Shell Malaysia di negeri ini.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman serta yang lain.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047686 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list