CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30381|Reply: 0

[Sarawak] PADU diperketat susulan dakwaan datanya digodam

[Copy link]
Post time 14-4-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Langkah berhati-hati diambil bagi memastikan maklumat klien tidak diganggu gugat, kata Nancy



Nancy (kiri) merakam gambar bersama Rohani. Gambar Roystein Emmor

“Yang kita perlu jaga adalah penerima kebajikan kerana kita tidak mahu maklumat mereka dimanipulasikan.”

Dato Sri Nancy Shukri
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah diperketatkan susulan dakwaan datanya digodam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

Menurut Nancy, meskipun dakwaan data yang digodam itu bukan data yang terdapat dalam PADU, kementeriannya tetap mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan maklumat kliennya tidak diganggu gugat.

“Yang kita perlu jaga adalah penerima kebajikan kerana kita tidak mahu maklumat mereka dimanipulasikan.

“Setakat ini kita perketatkan sahaja (PADU), naik taraf belum ada lagi sebab kita masih menunggu peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penasihat di Pejabat Premier Sarawak Datuk Seri Rohani Abdul Karim di sini hari ini.

Sehubungan itu Nancy menasihati mereka yang masih mencurigai PADU agar menggunakan akal dengan berhati-hati.

Ini kerana katanya, sistem ini adalah diperlukan bagi  golongan penerima bantuan daripada kerajaan.

Beliau turut menyerahkan kepada Kementerian Ekonomi untuk melakukan apa yang terbaik bagi produk mereka ini.

“Bagi mereka yang memerlukan bantuan secara cepat, mereka perlukan sistem ini.

“Kalau itu juga diganggu gugat sehingga memberi kesan kepada penerimaan bantuan, seluruh kementerian kerajaan perlu lihat semula mekanismenya,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/14/padu-diperketat-susulan-dakwaan-datanya-digodam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.551705 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list