CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7207|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama KUSKOP, kerajaan negeri perkasa sektor PMKS di Sabah

[Copy link]
Post time 18-4-2024 08:14 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Ewon semasa bertemu dengan Phoong di Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan kerjasama antara kementeriannya dan kerajaan negeri bagi memperkasa sektor perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) dan koperasi di Sabah.

Beliau berkata, kerjasama itu sejajar dengan hasratnya untuk memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak membangunkan sektor PMKS tanpa menjejaskan fokus sedia ada dalam kementeriannya.

“Bagi mencapai matlamat itu saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya satu Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Sabah ditubuhkan bagi menyelaras semua program berkaitan pembangunan keusahawanan yang dilaksanakan pelbagai kementerian di Sabah.

“Penubuhan jawatankuasa yang melibatkan kesemua agensi persekutuan dan negeri dalam  pembangunan keusahawanan di Sabah sudah dipersetujui oleh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh saya sendiri dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.

“Saya berharap penubuhan jawatankuasa penyelarasan pembangunan keusahawanan ini mencapai matlamat penubuhan,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin semasa majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 Tahun 2024, di DUN Sabah.

Juhar menyatakan kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan diperkukuhkan dalam melaksanakan program berimpak tinggi yang sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa usahawan di negeri ini.

Ewon juga merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri dengan kerjasama dalam memperkasakan lagi usahawan di Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058343 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list