CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4903|Reply: 0

[Sabah] UMNO Sabah waspada pemimpin, ahli khianati parti

[Copy link]
Post time 30-4-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode


HADIR: Bung bersama pemimpin UMNO lain berkesempatan menyantuni rakyat yang hadir dalam majlis berkenaan.

TAWAU: UMNO Sabah sentiasa berwaspada dengan pemimpin dan ahli yang dikesan berulang kali telah berbuat khianat kepada parti ini.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, ada dalam kalangan pemimpin UMNO sebelum ini telah digantung keahliannya kerana mengkhianati parti.

Katanya, sebagai ketua UMNO Sabah sememangnya tidak akan menerima pemimpin sebegini kerana mereka telah mencemarkan nama baik parti.

“Kita dapati ada dalam kalangan ahli dan pemimpin UMNO di negeri ini yang cuba memperlekehkan keputusan itu dan berfikir ia tidak memberikan kesan kepada mereka.

“Saya tidak berkecil hati kerana itu pandangan mereka, paling penting calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti mestilah yang terbaik dan berintegriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka UMNO bahagian Tawau dan Kalabakan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, semua ahli UMNO di negeri ini yang berniat mahu bertanding pada PRN17 nanti perlu selalu turun padang dan berkhidmat untuk rakyat.

“Kita mahukan calon yang boleh memenangi hati rakyat dan UMNO Sabah juga akan bertanding di kerusi boleh menang sahaja pada PRN17 akan datang,” katanya.

Sementara itu, Bung berkata, Sabah ketika ini masih dibelenggu dengan masalah-masalah infrastruktur seperti elektrik, air dan jalan raya.

“Kerajaan negeri harus melakukan tindakan yang lebih komprehensif dan menangani isu berkenaan dengan segera tanpa berlengah.

“Kita juga sudah memberikan cadangan dan pandangan untuk menangani isu-isu infrastruktur di negeri ini sama ada jangka masa pendek, sederhana dan panjang,” katanya.

Mengulas mengenai majlis ini, katanya, ia adalah amalan setiap tahun dan telah menjadi tradisi bagi pimpinan UMNO di negeri ini.

“Saya melihat sambutan masyarakat sangat menggalakkan dan ini menunjukkan UMNO Sabah masih menjadi pilihan rakyat.

“Sumbangan UMNO kepada rakyat di negeri ini sememangnya tidak boleh dinafikan, sebab itu UMNO Sabah kekal relevan sehingga hari ini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha UMNO Sabah, Jafry Ariffin; Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak; Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin; Ketua UMNO Bahagian Tawau, Ghazalie Ansing dan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Samasuddin Yusop.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/28/umno-sabah-waspada-pemimpin-ahli-khianati-parti

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051813 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list