CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1255|Reply: 1

[Jenayah] Mari meriahkan hari terakhir Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Persembahan tarian perpaduan MADANI dari pelbagai etnik dan budaya daripada warga Kementerian Seni dan Budaya dan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) pada Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang semalam.





GEORGETOWN: Orang ramai dijemput memeriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini dengan acara kemuncak majlis penutupan yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih istimewa, acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.

Berlangsung di pentas utama tapak pesta itu, Anwar dijadual menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara dan melakukan tinjauan mesra di sekitar tapak program itu antaranya lawatan ke pavilion Perlis dan Kedah, reruai kementerian serta agensi kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Khalifah Jelutong, malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Persatuan Khalifah Jelutong, malam tadi.

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang berlangsung di dewan terbuka bersebelahan pentas utama.

Selain majlis penutupan program itu, Anwar dijangka menyempurnakan acara cabutan bertuah bagi hadiah utama Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara.

Program yang berlangsung sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu menjadi wadah masyarakat untuk mendapatkan maklumat tentang 196 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan.

Diskaun trafik 50 peratus

Bagi yang mempunyai saman trafik, hari ini adalah peluang akhir untuk mendapatkan diskaun hingga 50 peratus di kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibuka sejak dua hari lepas.

Selain itu, lebih 1,000 unit topi keledar percuma turut menanti pengunjung pada program yang akan melabuhkan tirai hari ini selain diskaun 20 peratus barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, ayam dan daging segar menerusi Jualan Agro MADANI.

Tidak ketinggalan, pameran aset kerajaan termasuk milik Kementerian Pertahanan seperti aset Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize, pameran senjata api PDRM, karnival kerjaya, perkhidmatan gunting rambut percuma, klinik pergigian dan klinik kesihatan am bergerak serta cabutan bertuah. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2024 11:13 AM | Show all posts
Orang ramai beratur panjang untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan di Karnival Kerjaya pada Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, Georgetown semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.054526 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list