CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1533|Reply: 0

[Jenayah] Hati-hati tawaran 'terlalu bagus untuk dipercayai'

  [Copy link]
Post time 5-5-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Kes membabitkan seorang pengarah syarikat yang kerugian lebih RM4 juta selepas terpedaya dengan tawaran pembelian saham di bawah harga pasaran antara contoh kes disiasat polis membabitkan tawaran 'too good to be true' (terlalu bagus untuk dipercayai).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata masyarakat terutama ahli perniagaan diingatkan sentiasa berwaspada dan membuat semakan sewajarnya sekiranya menerima tawaran terlalu menguntungkan seperti pembelian saham di bawah harga pasaran.

Beliau berkata, mangsa yang kerugian RM4,079,768.21 terpedaya dengan tawaran saham sebuah syarikat bernilai RM1 seunit yang dijual pada harga RM0.80 seunit.

Katanya, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bersabit laporan polis yang dibuat di Petaling Jaya oleh seorang pengarah syarikat berusia 55 tahun pada Januari 2023.

Menurutnya, melalui laporan polis terbabit, pengadu memaklumkan berkenalan dengan suspek yang mengaku sebagai pemilik sebuah syarikat menjalankan perniagaan pemasaran pelbagai peringkat.

"Pengadu diyakinkan bahawa syarikat milik suspek bakal berkembang menjadi syarikat gergasi dan mempunyai cawangan di seluruh negara.

"Suspek meyakinkan pengadu bahawa dia mempunyai pegangan saham sebanyak 20,000,000 unit saham di dalam syarikat itu dengan nilai satu unit saham bersamaan RM1," katanya.

Ramli berkata, suspek menawarkan kepada pengadu untuk mengambil 5,000,000 unit saham miliknya dengan nilai hanya RM0.80 untuk setiap unit.

"Pengadu seterusnya membuat tiga pindahan wang ke dalam akaun yang diarahkan oleh suspek. Bagaimanapun, semakan lanjut dilakukan, pengadu mendapati suspek hanya memiliki 1,500,000 unit saham sahaja dalam syarikat terbabit. Akibatnya, pengadu telah mengalami kerugian sebanyak RM4,079,768.21.

"Siasatan kes ini sudah dilengkapkan dan pada 30 April lalu Kamar Peguam Negara mengarahkan suspek dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055022 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list