CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1408|Reply: 0

[Jenayah] PRK Kuala Kubu Bharu: Isu akademik calon, PH mulakan dulu

[Copy link]
Post time 5-5-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Ahmad Fadhli ketika berucap pada pada Ceramah Umum Perikatan Nasional (PN) di Ampang Pecah, malam tadi. Foto SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!





HULU SELANGOR – Pas menafikan menolak sekolah vernakular, sebaliknya hanya membuat perbandingan tempat pendidikan antara calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dan Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu yang ditimbulkan adalah soal calon PH yang bukan anak tempatan dan tidak menerima pendidikan atau bersekolah di Kuala Kubu Baharu.

“Dalam isu pendidikan calon, mereka yang terlebih dulu bangkitkan. Bagi kita, sekolah vernakular bukan isu.

“Isu yang kita sebut adalah bagaimana calon (PH) yang bertanding itu bersekolah rendah dan menengah bukan di Kuala Kubu Bharu sebagaimana calon yang kita tampilkan daripada PN,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Umum PN di Ampang Pecah, malam tadi.

Terdahulu, Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching mengecam tindakan Pas ekoran masih tidak boleh menerima sekolah vernakular serta memainkan isu tersebut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, perkara itu telah disalah tafsir oleh PH sehingga mendakwa PN menyentuh sentimen perkauman.

“Beliau orang tempatan, itu isunya. Bukan berapa (A) dapat SPM. Soalnya, bagi menyatakan pengalaman calon kita lebih lama berada dalam masyarakat di Kuala Kubu Bharu. Mereka heret kononnya kita hina dan sentuh sentimen kaum,” jelasnya.

Justeru, kata Ahmad Fadhli, Pas tidak pernah menentang kewujudan sekolah vernakular, namun ia perlu melalui beberapa pembaharuan seperti yang dicadangkan tokoh akademik. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.048686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list