CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3615|Reply: 11

Penyanyi, Mahalini sudah peluk Islam

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode




Penyanyi, Mahalini Raharja yang bakal berkahwin dengan penyanyi, Rizky Febian, Rabu ini sudah memeluk agama Islam.

Perkara ini disahkan bapa Rizky yang juga pelawak popular, Sule menerusi saluran YouTube SL Media miliknya, semalam.

Sule berkata, Mahalini sudah mendapat lampu hijau daripada keluarganya untuk menjadi mualaf.

"Lini (Mahalini) sudah diizinkan keluarganya. Dia sudah mendapat restu daripada orang tuanya dan keluarga," katanya.

Proses Mahalini bergelar mualaf perlu dibuat sejajar dengan peraturan di Indonesia yang menetapkan setiap pasangan bernikah berdasarkan ajaran agama yang sama.

Sule menjelaskan, dia menyedari persoalan masyarakat yang meragui status agama Mahalini sebelum berkahwin dengan anaknya.

Terdahulu, tular berita mereka di media sosial apabila kedua-duanya diraikan dalam satu majlis mengikut adat Bali di kediaman keluarga Mahalini di Denpasar, Bali.

Sule berkata, upacara dinamakan 'mepamit' ini menandakan bahawa Mahalini sudah memeluk agama Islam dan boleh mendirikan rumah tangga.

"Ini adalah acara 'mepamit pamitan' daripada keluarga dan juga leluhurnya (nenek moyang) Lini yang dia akan berpindah agama dan sudah diizinkan dan dibolehkan untuk bernikah secara agama kami (Islam) nanti di Jakarta," katanya.

Rizky dan Mahalini sudah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.

Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh mahalini ni bukan islam rupanya. Baguslah masuk islam. Semoga berbahagia sampai jannah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:36 AM | Show all posts
alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke Jannah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:45 AM | Show all posts
Beribear replied at 6-5-2024 09:35 PM
Ohh mahalini ni bukan islam rupanya. Baguslah masuk islam. Semoga berbahagia sampai jannah

ha ah sheol asal hindu bali, ada juga sok sek netizen kat indo aritu igt sheol tak islam lagi, skali apaknya dah bg statement, dah masuk islam. alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:31 PM | Show all posts
suara sheols sdp lah. then lawo. smoga berbahagia chuols!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 03:32 PM | Show all posts
hindu di Bali ni lain betul ek dgn hindu di India
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 7-5-2024 03:32 PM
hindu di Bali ni lain betul ek dgn hindu di India

Ya x sama hindunya. Hindu percaya konsep Trimurti, iaitu jelmaan 3 dewa utama: Brahmā sang pencipta, vishnu dewa penjaga, dan siva dewa pemusnah

Mcm kat Malaysia lebih offering pada dewa brahma ni. Kalau kat bali, dorg lebih offering pada dewa siva. Sbb tu bali x celebrate deepavali
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2024 07:33 AM | Show all posts
duri_durians replied at 7-5-2024 03:32 PM
hindu di Bali ni lain betul ek dgn hindu di India

beza sikit tapi dasarnya sama..Hindu di Bali dah asimilasi dgn budaya Bali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 08:15 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 7-5-2024 10:56 PM
Ya x sama hindunya. Hindu percaya konsep Trimurti, iaitu jelmaan 3 dewa utama: Brahmā sang pencip ...

ooo... tak pernah sampai bali tapi tengok video gambar etc
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lawanye mahalini
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dh islam rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ok faham isu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.166922 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list