CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2107|Reply: 0

Danial Syahmi raih penamat terbaik di JuniorGP

[Copy link]
Post time 6-5-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Danial Syahmi ketika beraksi di Litar Estoril. Foto: ZK Racing

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril memperoleh penamat terbaiknya selepas tiga tahun menyertai saingan Kejuaraan Dunia JuniorGP apabila menamatkan Pusingan 2 musim 2024 yang berlangsung di Litar Estoril, Portugal semalam di tempat kelima.

Keputusan itu bakal menjadi motivasi bagi menghadapi pusingan akan datang yang menyaksikan dua perlumbaan dalam kelas disertainya JuniorGP bakal berlangsung di Litar Catalunya, Sepanyol, 19 Mei ini.

"Ini (keputusan) yang terbaik selama tiga tahun di sini. Saya jangkakan (keputusan) yang lebih baik daripada itu (kelima) namun keadaan litar yang separuh basah dan separuh kering menyebabkan saya kurang berkeyakinan.

"Ini kerana saya menggunakan tayar (spesifikasi) kering dan pelumba juga sudah memecut dari awal saingan. Saya agak ketinggalan daripada kelompok (hadapan) namun masih terus bersaing untuk dapatkan penamat dalam kelompok lima terbaik.



"Pada permulaan perlumbaan, saya bermula dengan baik namun di pertengahan tak berapa baik kerana tak dapat mengejar kelajuan mereka. Saya sebenarnya boleh menamatkan perlumbaan di tempat keempat tapi saya bersaing sengit di garisan penamat.

"Apapun, saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan dengan baik pada minggu ini," katanya yang menamatkan kempen tahun lalu di kedudukan ke-20 dengan 21 mata keseluruhan. Pada tahun pertamanya sebelum itu, Danial Syahmi menamatkan kempen di tempat ke-17 dengan 30 mata.

Dalam pada itu, pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, Danial Syahmi meraih keputusan yang positif selepas mengharungi sesi latihan bebas yang sukar.

"Danial Syahmi menamatkan perlumbaan dengan sangat positif di tempat kelima, malah dia juga terus berjuang untuk mendapatkan tempat keempat. Pastinya sesi kelayakan yang dilakukannya banyak membantu untuk berada di hadapan," kata Zulfahmi.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba negara, Hakim Danish Ramli membuktikan yang dirinya mampu melakar kejutan biarpun dikenakan penalti dan terpaksa memulakan perlumbaan di barisan belakang.

Hakim Danish begitupun menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dan baginya, ia satu pengalaman untuknya mengharungi pusingan seterusnya.

"Pada permulaan agak baik, saya dapat memintas 22 posisi pelumba dalam satu pusingan dan pada satu ketika berada di kedudukan kelapan. Saya begitupun melakukan kesilapan di garisan putih. Saya terus mengejar satu persatu dan dapat tamatkan perlumbaan di tempat ke-15.

"Saya sudah cuba yang terbaik, minggu yang agak sukar tetapi dapat menunjukkan peningkatan dari satu sesi ke satu sesi. Begitupun saya ada melakukan kesilapan dan banyak hilang posisi. Saya akan belajar daripada kesilapan itu dan perbaikinya untuk perlumbaan seterusnya," kata Hakim Danish.
https://www.bharian.com.my/sukan ... terbaik-di-juniorgp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054413 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list