CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 0

[Jenayah] 'Saya hanya penjamin', tegas ADUN Bukit Melawati

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya.



KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Datuk Noorazley Yahya, hari ini menegaskan beliau hanya bertindak selaku penjamin kepada sebuah syarikat sebagai mengulas notis kebankrapan yang tular di laman sosial sejak semalam.

Noorazley berkata, notis berkenaan diterimanya awal tahun ini dan memaklumkan perkara itu sudah diselesaikan.

"Saya tak ada nama dalam syarikat itu... hanya penjamin.

"Alhamdulillah, perkara ini selesai apabila bayaran dibuat dan pihak bank memberi kerjasama yang baik.

"Mohon jangan rumitkan keadaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noorazley juga hairan apabila isu itu tular menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang berlangsung hari ini.

"Kalau diikutkan, kepemimpinan tertinggi parti tidak membenarkan saya komen kerana bimbang akan melemahkan Perikatan Nasional (PN) dalam PRK ini.

"Bagaimanapun ia sudah berlalu. Saya nasihatkan masyarakat tidak ambil mudah isu menjadi penjamin," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial notis kebankrapan yang dikeluarkan terhadap Noorazley di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055258 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list