CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 822|Reply: 1

[Jenayah] Kempen PRK lancar, tiada isu 3R jadi modal ceramah

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bertemu petugas PDRM pada PRK Kuala Kubu Bharu, hari ini. - NSTP/Eizairi Shamsudin





HULU SELANGOR: Polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kempen menyentuh isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan dikeluarkan.

"Tiada aduan diterima mengenai ceramah menyentuh isu 3R mahupun isu sensitif lain.

"Isu yang sering dimainkan adalah berkaitan pembangunan dan beberapa lagi.

"Kita berpuas hati dengan perjalanan kempen kali ini, selain hampir 200 permit dikeluarkan dan tiada pihak yang dikenal pasti melanggar permit berkenaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau diiringi Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, sebelum dijadual meninjau beberapa pusat mengundi berhampiran.

Razarudin berkata, polis menerima 12 laporan membabitkan aduan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen.

Katanya, ia turut membabitkan dua kes berkaitan salah guna gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ini, katanya, dua tangkapan sudah dibuat dengan seorang pelaku dihadapkan ke mahkamah, baru-baru ini.

"Isu lain yang kita nampak di sini, memang pengundi atau parti politik yang memberi ceramah tidak ada (menyentuh) isu sensitif, selain keadaan di sini, kita lihat memang sangat aman dan tenteram.

"Kebanyakan pegawai dan anggota berpengalaman menyelaraskan keselamatan dan ketenteraman, terutama bagi pengundi serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu hari ini, menyaksikan pertandingan empat penjuru, membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Ditanya sama ada polis menerima aduan berkaitan kes rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Razarudin menjelaskan siasatan akan dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita tidak menerima aduan sedemikian, kalau rasuah tidak membabitkan kita, ia di bawah SPRM," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2024 03:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.110205 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list