CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 6

[Jenayah] PRK KKB: Pengundi kembar terkejut jumpa dua Pang

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao (dua, kanan) bersama kembarnya Pang Sock Ying (kanan) bergambar kenangan bersama pengundi kembar Chan Sher Ni (dua, kiri) dan Chan Sher Er (kiri) pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu di SJKC Khing Ming, hari ini. - Foto BERNAMA





HULU SELANGOR: Keterujaan satu pasangan kembar untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming pagi ini, tambah melonjak apabila tanpa disangka mereka dapat bertemu dengan satu lagi pasangan kembar di pusat mengundi itu iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sendiri bersama kembarnya, Pang Sock Ying.

Chan Sher Er dan kembarnya, Chan Sher Ni, 25, yang baru selesai mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) jam 8.30 pagi, jelas tidak menyangka akan dapat bertemu calon PH itu bersama kembarnya.

Pang, 31, yang ditemani kembarnya itu berada di pusat mengundi sekolah berkenaan bagi meninjau perjalanan proses pengundian, dan kesempatan itu dimanfaatkan kedua-dua pasangan kembar berkenaan untuk bergambar sebagai kenangan.

"Ini kali kedua kami mengundi dan saya juga agak terkejut kerana rupa-rupanya salah seorang calon yang bertanding juga kembar macam kami, kami agak teruja," kata Sher Ni kepada pemberita ketika ditemui di pusat pengundian itu.

Sementara itu, seorang lagi pengundi Yap Yu Heng, 19, yang pertama kali terbabit dalam proses demokrasi itu berkata, beliau amat bersemangat melaksanakan tanggungjawabnya dengan hadir ke pusat pengundian SJKC Khing Ming seawal jam 7.30 pagi.

"Saya agak teruja kerana pertama kali (mengundi), dan berharap pengundi serta mereka yang sebaya dengan saya keluar awal untuk mengundi...jangan tidur, kita takut petang nanti hujan, nanti terlepas peluang mengundi, rugilah," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi 18.05 peratus pemilih sudah pun menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRK berkenaan.

Sebanyak 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran bagi PRK itu dibuka serentak pada pukul 8 pagi tadi dan ia akan ditutup pada jam 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada jam 2 petang ini.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Proses pengundian hari ini membabitkan 39,269 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel Pang Sock Ying.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh.ada kembar rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-5-2024 04:28 PM
Comel Pang Sock Ying.

Mcm retis Korean kann
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...bangga mak ayah.

Kembar straight A's
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...bangga mak ayah.

Kembar straight A's.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah menang DAP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 1.378902 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list