CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7056|Reply: 0

[Selangor] 5 motosikal disita gara-gara ubah suai melampau

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

Penunggang ‘berputih mata’ selepas motosikal mereka disita polis kerana kesalahan ubah suai keterlaluan ketika sekatan jalan raya dilakukan sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai, di sini, awal pagi semalam.

AMPANG – Penunggang ‘berputih mata’ selepas motosikal mereka disita polis kerana kesalahan ubah suai keterlaluan ketika sekatan jalan raya dilakukan sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, Op Samseng Jalanan dilaksanakan bermula pukul 1 hingga 3 pagi itu dianggotai seorang pegawai kanan bersama 15 anggota.

Katanya, operasi tersebut telah dirancang dan dibuat susunan rapi dengan melakukan pemeriksaan dan penahanan secara rambang.

“Kita fokus kepada kenderaan yang melakukan pengubahsuaian keterlaluan pada bahagian-bahagian tertentu terutamanya kenderaan seperti motosikal dan juga penunggang yang berpotensi melakukan aksi-aksi yang berbahaya.

“Hasil dari operasi tersebut, seramai 28 individu telah diperiksa bersama 24 buah kenderaan.

“Sebanyak 50 keping saman telah dikeluarkan atas kesalahan lazim seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan juga lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lima motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) dan Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan ubah suai ekzos, tiada lesen memandu yang sah dan juga lain-lain kesalahan.

“Kenderaan yang disita ini dibawa balik ke Balai Polis Trafik Ampang untuk tindakan lanjut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ubah-suai-melampau/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.309327 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list