CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7645|Reply: 0

[Johor] Guru hidap penyakit jantung tak mengaku amang fizikal murid di sekolah

[Copy link]
Post time 13-5-2024 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Muar: Seorang guru yang menghidap penyakit jantung didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid perempuan dalam kelas di sebuah sekolah jenis kebangsaan, di Pagoh, tahun lalu.

Bagaimanapun, Mohd Faudzi Zainal, 58, yang juga guru bahasa Melayu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan dikenakan ke atasnya selepas dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang murid perempuan yang berusia 12 tahun ketika kejadian, dalam sebuah kelas, jam 6.50 pagi, 4 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh sekali lagi dituduh mengulangi perkara sama terhadap murid terbabit, di kawasan sekolah jam 7 pagi, 5 Oktober 2023.


Bagi kedua-dua pertuduhan ini, guru terbabit didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.



MOHD Faudzi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas tidak mengaku cabul murid di sekolah. FOTO Alias Abd Rani

Berdasarkan laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku pada sesi pembelajaran yang mana tertuduh datang ke arah mangsa lalu melakukan perbuatan itu.

Mangsa pada ketika kejadian pernah memaklumkan perkara itu kepada guru lain, namun tertuduh tetap melakukan perkara sama.

Mangsa akhirnya menceritakan kejadian kepada ibu bapanya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pagoh, 6 Oktober lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dengan pengakuan tidak bersalah dibuat tertuduh, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM25,000 dengan mengambil kesalahan dilakukan yang dianggap serius.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga lantikan peguam.

Tertuduh juga perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa, keluarga dan juga saksi sehingga kes selesai.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... al-murid-di-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.657161 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list