CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1754|Reply: 18

[Tempatan] Maszlee saran zakat dalam bentuk buku

  [Copy link]
Post time 23-5-2019 10:21 PM | Show all posts |Read mode


Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berharap lebih banyak organisasi berkaitan zakat dan syarikat korporat dapat memberikan sumbangan zakat dalam bentuk buku kepada golongan asnaf.

Katanya, sumbangan zakat yang diberikan kepada golongan seharusnya bukan sekadar dalam bentuk bantuan kewangan dan makanan semata-mata, tetapi juga bantuan pendidikan.

“Antara perkara asas berkaitan pendidikan adalah buku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan sempena Majlis Pelancaran Program Zakat Semarak Ilmu di Putrajaya hari ini.

Program itu melibatkan pengagihan tajaan dalam bentuk buku terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bernilai RM700,000 kepada 4,600 pelajar asnaf dari sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ia merupakan usaha sama antara ITBM, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bina jiwa, cita-cita

Kata Maszlee, program tersebut seiring dengan inisiatif KPM untuk memberi manfaat kepada murid-murid daripada keluarga B40 iaitu bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Ketika menyeru semua pihak supaya sanggup ‘melabur demi ilmu’, Maszlee sempat mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya yang hidup dalam keluarga susah dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli buku.

Kata Maszlee, buku-buku yang dibacanya hanya dipinjam daripada rakan-rakan sekolah dan juga dari perpustakaan awam.

Malah, ujarnya, buku pertama yang dimilikinya dihadiahkan oleh kakak saudaranya ketika dia berusia lima tahun.

“Buku itu kisah dua beradik pergi ekspedisi angkasa lepas, naik roket pergi ke bulan, kemudian turun ke bumi. Pada umur lima tahun, saya bercita-cita hendak jadi angkasawan.

“Di waktu itulah kita membina cita-cita, bina harapan, dan kita melihat dunia dengan lebih luas,” katanya lagi.

Tambah Maszlee, kini selepas menjadi wakil rakyat, beliau merasa bertanggungjawabnya untuk melawat ke rumah-rumah asnaf dan terlibat dalam pemberian bantuan.

Bagaimanapun, kata Maszlee, biarpun pelbagai bantuan diberikan tetapi masih ada sesuatu yang ‘kurang’.

“Kita bagi beras, bantuan barang dapur, duit, tapi tak ada buku.

“Jadi saya terfikir, mungkin pada zaman sekarang, pihak zakat kena maju selangkah ke hadapan, bukan sekadar memberikan bantuan dari segi makanan dan dana, tetapi juga membantu untuk membina cita-cita dan jiwa anak-anak ini.

“Membukakan dunia untuk mereka dengan harapan mereka akan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh, mendapat pekerjaan yang baik, dan seterusnya dapat mengeluarkan keluarga mereka daripada lingkungan asnaf itu sendiri,” tambahnya lagi.

Program zakat itu direalisasikan daripada saranan yang disuarakan Maszlee semasa Majlis Prapelancaran Dekad Membaca Kebangsaan pada Disember tahun lalu.

Majlis pada petang tadi turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-Maiwp, Ahmad Shukri Yusoff dan Pengurus Besar merangkap Pemangku Pengarah Urusan ITBM, Sakri Abdullah.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergila betul kan remaja ramai penagih dadah rempit. Wujudkan pekerjaan fresh graduate, bagi buku kunun macam la semua suka membaca
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:27 PM | Show all posts
Orang miskin perlu makan   dan lain-lain keperluan asas. Biawaknya skeor sekor menteri pakatan hanceng .Dia ni makan gaji buta  bukannya nak tolong anak bangsa .
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:40 PM | Show all posts
zaman BN dah buat dah benda ni

budak2 smiskin dapat buku free, baju free, kasut sekolah free, bag free

terbaik BN

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Zakat dalam bentuk buku. Kita kena faham kenapa kita beri zakat dan apa tujuan zakat. Setakat ni, duit, haiwan ternakan, makanan dan apa2 yg berkaitan dengan kebelansungan hidup dimasukkan dalam kategori zakat. Buku? Aku rasa infaq atau wakaf lebih sesuai, atau sedekah sahaja.

Bila kita zakat buku, adakah ini lebih sesuai dari wang ringgit? Xtau, tapi pakai term yg bersesuaian lain kali mungkin xmengundang persoalan dan lebih jelas mungkin.

Atau cara halus mazlee nak cakap, heyyy. Itu asnaf kalau kasi duit derang xfikir pasal pendidikan atau buku. Mereka nanti beli HANDPHONE!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah tu. Masa depan ITBM macamana? Kat situlah penyair nak cari duit lebih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2019 02:39 AM | Show all posts

Tak taulah macamana fikiran orang orang Malaysia. Aii ada kawan dari negara miskin. Dia orang ada kerjaya yang bagus di US (most of them engineer). Dia orang ada buat group - kumpul duit dan mereka akan pergi library awam dan beli buku buku ilmiah yang pihak library jual dgn rega 50 cents or 1 dollar.

Dia orang beli tiap bulan - bila mana mana ahli group mereka hendak balik bercuti ke negara asal ,ahli ini tadi akan bawa buku buku yg dibeli dan sedekahkan kpd library sekolah sekolah negara mereka sbb buku dari US mmg mahal di negara mereka.



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 07:29 AM | Show all posts
ya..org makan buku kalau lapar agaknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2019 07:46 AM | Show all posts
buku?
boleh makan ke buku tu?
or kalu tak de duit blh ke buku tu pajak gadaikan?
buku jenis apa pulak?
banyak kategori buku ni
buku komik boleh?

kalu nakbg idea cam ni, baik tak yah jadi menteri yer...
tolong paham konsep zakat tu dulu boleh?/
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 10:39 AM | Show all posts
DARSITA replied at 24-5-2019 02:39 AM
Tak taulah macamana fikiran orang orang Malaysia. Aii ada kawan dari negara miskin. Dia orang ada  ...

tulah dari komen2 sini semua rata2 lapor makan je... takdak yg lapor ilmu...

padahal sek keb yg duk kat bandar pon even sbp pon mintak bantuan derma buku


dari parents tetiap tahun untuk penuhkan library dengan bahan bacaan berkualiti...


haihhh sedih


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 12:16 PM | Show all posts
kos lagi nak buat buku zakat.

kan dah ada penyata zakat online. org yg bayar zakat nie org yg mampu je, org yg mampu rata2 ada akses mudah nk check statement online, toksah nak berbuku2 la..

apa benda la usul dia nie.. tak membina langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada beli buku teks dan selepas tu dah tak pakai lagi, kasi je kat sekolah. Cikgu/ustaz/ustazah memang suka sangat. Boleh kasi kepada mereka yang memerlukan terutama kat sekolah KAFA.

Untuk library sekolah, kasilah 2 buah buku rujukan yang bersesuaian at least kepada sekolah. Ataupun sebuah buku pun dah ok. Ambik peluang ketika pesta buku antarabangsa. Waktu ni memang banyak buku rujukan boleh dapat murah-murah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 02:25 PM | Show all posts
cadangan yg bagus..
bukan ker salah satu penerima zakat adalah org yg menuntut ilmu..
apa salahnya bg buku..
ilmu yg  tiada penghujung..
ada sbb tun letak dr.mazlee di jabatan pendidikan..
org yg mmg berilmu..

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 02:28 PM | Show all posts
sokong.. salah 1 golongan asnaf
adalah org yg mencari ilmu secara berterusan
jadi betul.. buku salah 1 cabang zakat
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 02:33 PM | Show all posts
semua yg dr.mazlee buat sekarang ni, hasilnya bukan unt hari neh tp kita boleh lihat  hasilnya lepas 5 hingga 10 thn akan dtg..
kpi nya nak mengeluarkan pelajar2 dikalangan miskin dari TERus dibelenggu kemiskinan..

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 24-5-2019 02:39 AM
Tak taulah macamana fikiran orang orang Malaysia. Aii ada kawan dari negara miskin. Dia orang ada  ...

Jangan risau, orang malaysia ada buat program ni, at least tempat aku ada 7 family berhabis harta benda semua bukan takat kasik buku. Depa beli tanah sebidang, naikkan rumah anak yatim, bukak gerai anak yatim tolong berniaga tambah income rumah anak yatim.

Kita juga tengok ramai orang derma kereta buruk bagi depa jual kedai potong / repair. Buat rumah based on kontena. Rpwp bangi. Cuba google tgk. La ni depa van, ada bas. Paling penting ada kebahgiaan.

Hari ni aku nak ambik anak aku sekolah nampak group rpwp ni turun makanan bagi orang surau berbuka puasa. Xtau kalau surau tender dekat derang atau derang skrg dah mampu bagi balik pada komuniti hasil usaha derang.

Ada orang Malaysia mcm ni, hulur sambil pejam mata, xperlu hebahan. Aku yakin dekat daerah lain pun ada sama. Xde nak harap kerajaan sangat. Kerajaan nak tolong, kami terima. Tapi komuniti gerak sama tanpa harap benda ni. Politician tau cakap. Heyyyyy!!! Melayu bangsa mengharap subsidi!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
imsonaif replied at 24-5-2019 10:39 AM
tulah dari komen2 sini semua rata2 lapor makan je... takdak yg lapor ilmu...

padahal sek keb yg ...

Bukan xnak kasik buku, nak. Tapi cadangan mazlee ni perlu dalam skala besar. Target dia bukan kita2 yg kasik 10 buku. Target dia company.

Bila buka benda ni, LHDN kena approve, bila nama zakat maksudnya ada potongan cukai. Ada pelbagai birokrasi. Style Mazlee plak, cakap dulu, nanti u turn.

Cadangan mazlee hapus exam untuk tahun 1-3, bagus. Tapi silibes xupdate. Cikgu xprepare. Penghabisan murid2 belajar sukatan utk examination. Bukan sahsiah diri mcm non examination plan yg Mazlee envision. Lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x offer utk bagi free education instead of bg buku??? Apa ke bodo la si mazle nih.. cadang bg buku konon.. pastu company membekal buku tu company adik ko, cmtu ka???
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2019 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
disneyrecess replied at 24-5-2019 11:54 PM
Boleh x offer utk bagi free education instead of bg buku??? Apa ke bodo la si mazle nih.. cadang bg  ...

Beli buku banyak2 cost buku dizakatkan tu dah boleh bavi beribu org free belajar aku rasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.059596 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list