View: 2309|Reply: 14
|
[Tempatan]
Kata pakar undang2 Aziz Bari yg x puas hati... "ini 'Trick' supaya pelantik
[Copy link]
|
|
IPOH - Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin dibuat tanpa perbincangan bagi mengelak pelantikannya menjadi sukar.
Pandangan itu disuarakan oleh Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari dengan mengambil contoh cadangan pelantikan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP, Wan Hamidi Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Menurutnya, apabila ada perbincangan untuk pelantikan Wan Hamidi, ia akhirnya gagal kerana penglibatan aktif Wan Hamidi dalam akhbar The Rocket.
"Apakah trick (helah) itu diambil untuk memastikan Latheefa berjaya dilantik (sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan tidak gagal seperti Wan Hamidi?" katanya.
Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan berkata, pelantikan Latheefa telah menimbulkan kontroversi apabila Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikan itu tidak dimaklumkan kepada Kabinet atau PKR.
Menurut Abdul Aziz, ia menimbulkan persoalan khususnya dalam konteks hujah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang berkata, pelantikan itu kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan.
Kata beliau, Walaupun hujah itu ada asasnya di sisi Perlembagaan Persekutuan, namun ada kerangka baharu dalam bentuk jawatankuasa pemilih yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.
"Walaupun kerangka baharu itu berasaskan sistem Amerika, namun ia bukan perkara baharu. Sebagai contoh, semakan kehakiman pun diambil dari Amerika juga.
"Bahkan apa yang dipanggil judicial review itu pun telah diterima oleh mahkamah di seluruh negara Komanwel.
"Apa yang penting kerangka baharu itu berguna untuk memperkasa demokrasi dan ketelusan. Kegagalan itu menyebabkan pelantikan Latheefa mula dipersoalkan dan ini akan memberi kesan negatif terhadap beliau dan SPRM itu sendiri," ujar Abdul Aziz. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Buat le group WhatsApp...
Pening la diorang ni. Xde komunikasi langsung ke |
|
|
|
|
|
|
|
Karang kalau ada ahli group yg left group ada pulak menteri2 sentap buat statement bodo2 kat press cf.
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 6-6-2019 01:59 AM
Buat le group WhatsApp...
Pening la diorang ni. Xde komunikasi langsung ke
Atuk malas nak buat grup wasap.. sensorsng lantik.. undang undang peraturan semua tuu utk marhaen jah |
|
|
|
|
|
|
|
precious_chicas replied at 6-6-2019 03:34 AM
Karang kalau ada ahli group yg left group ada pulak menteri2 sentap buat statement bodo2 kat press ...
Satu lg riso anak mentli main hp.. abis semua emoji kuar |
|
|
|
|
|
|
|
Baru kenal siapa atok....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-6-2019 07:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Buritan replied at 6-6-2019 05:12 AM
Atuk malas nak buat grup wasap.. sensorsng lantik.. undang undang peraturan semua tuu utk marhaen ...
Atok dah terbiasa buat style pm4. |
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 6-6-2019 07:01 AM
Atok dah terbiasa buat style pm4.
Ontahlaaa dah tetua pun masih lg nak berkuasa.. pikir pikirkanlaaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tobby at 6-6-2019 08:28 AM
puak pakatoon x ada wasap grup menteri2 ke????
masing2 umum ikut suka masing2 ??
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu menunjukkan madey sungguh2 nak pekena bangnon, nak make sure pull thru, time Bang non kat obersea pulak tu hahahahahaha silap doa ni hahahahahaha hahahahahaha hahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
tu yg nurul izzah merajuk letak semua jawatan....
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa DAP x suka latipah koyah? patutnya setuju jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
x payah bincang buat terus |
|
|
|
|
|
|
|
lantik krn utk kebaikan negara
jika ikut undian memang tak dpt
yg tak suka pasti files tebal dgn rausah
|
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 6-6-2019 02:50 PM
lantik krn utk kebaikan negara
jika ikut undian memang tak dpt
yg tak suka pasti files tebal dgn ...
So aziz bari ni kaki rasuah la kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|