CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2534|Reply: 11

[Sarawak] Bazar Ramadan 2021 (Sarawak dan Sabah)

[Copy link]
Post time 8-4-2021 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 9-4-2021 01:38 AM

Berikutan penularan Covid-19 masih membimbangkan di Sarawak.  pembukaan Bazar Ramadan yang menjadi tumpuan ramai dibimbangi meningkatkan risiko berlaku kontak rapat dalam kalangan orang awam. (petikan 2#)

2#   DBKU batal bazar Ramadan 2021
3#   Bazar Ramadan dibatalkan di Limbang
4#   Bazar Ramadan di Miri tidak diteruskan tahun ini
5#   Selepas DBKU, MBKS juga batal bazar Ramadhan
6#   Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 Sibu dibatalkan
7#   Lembaga Kemajuan Bintulu batal bazar Ramadan, galak jualan dalam talian
8#   Tiada bazar Ramadan di Samarahan tahun ini
9#   Penduduk kampung tidak digalak mendirikan gerai Ramadan di kawasan kediaman


10# Majlis Daerah Luar Bandar Sibu batal bazar Ramadan di Pasar Ria Sibu Jaya

11#  Tiada Bazar Ramadan Di Sabah Demi Keselamatan Rakyat


12#  Peniaga bazar Ramadan diingat patuhi etika











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2021 10:22 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 8-4-2021 02:27 PM

DBKU batal bazar Ramadan 2021



KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) membatalkan penganjuran Bazar Ramadan di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria 2021.


Pengarahnya, Dr Morshidi Ahmad menerusi kenyataan di media sosial DBKU berkata keputusan itu dicapai selepas mengambilkira keadaan semasa COVID-19 di Sarawak.

"Hal ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula COVID-19 sekaligus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya," katanya hari ini.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu Kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dikuatkuasakan, jelasnya lagi.

kredit : utusanborneo 2021-04-07T07:56:18+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 10:26 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 8-4-2021 02:44 PM

Bazar Ramadan dibatalkan di LimbangSufian (duduk tiga kiri), Firhan dan yang lain pada mesyuarat hari ini.
LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) membatalkan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di daerah ini.
Walikotanya Kaunselor Sufian Mohat berkata keputusan itu dibuat bagi mengekang penularan kes COVID-19 di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.
“Selain bazar Ramadan di bawah kelolaan MDL, kita juga membatalkan penganjuran bazar yang dianjurkan melalui persatuan, syarikat dan bazar mini di kawasan kampung.
“Bagaimanapun, kita membenarkan peniaga berniaga di kawasan rumah masing-masing dengan memohon permit dari MDL, dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat,” katanya pada sidang media hari ini.
Hadir sama wakil Pegawai Daerah Limbang Muhamad Firhan Iskandar.Sufian turut memberitahu aktiviti perniagaan melibatkan Tamu Khamis, Jumaat, Tamu kelolaan FAMA dan Night Street Market turut dibatalkan berkuat kuasa esok (Jumaat) sehingga diberitahu kelak.
“Ini adalah langkah MDL bersama-sama membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) menangani penularan COVID-19,” katanya lagi.

kredit : utusanborneo  2021-04-08T17:36:24+08:00




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 10:29 PM | Show all posts
Bazar Ramadan di Miri tidak diteruskan tahun ini

Orang ramai melalui papan tanda Stay Strong Mirian #KitaJagaKita di pusat bandar raya ini, baru-baru ini.
MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) memutuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan di dalam kawasan pentadbirannya tahun ini selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 di Sarawak.


MBM dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, berkata keputusan itu dibuat memandangkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar.

Selain itu, ia akan memberi kesan kepada keberangkalian untuk berlaku penularan semula COVID-19 sekali gus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak itu sepenuhnya.

Justeru, MBM berkata adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk membantu kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.

Pada Selasa lalu, MBM mengeluarkan perancangan senarai tiga lokasi bazar Ramadan tahun ini iaitu di tempat letak kereta berhampiran Bank Rakyat, Bandar Baru Permyjaya; MYY Mall di Lutong dan Pusat Komersial Taman Tunku.

kredit : utusanborneo  2021-04-07T15:50:03+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 10:33 PM | Show all posts
Selepas DBKU, MBKS juga batal bazar Ramadan


KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengambil langkah berjaga dalam mengekang penularan COVID-19 dengan membatalkan peganjuran bazar Ramadan di bawah kawasan pentadbirannya.


Datuk Bandarnya, Dato Wee Hong Seng berkata, pembatalan itu setelah mengambil kira situasi kes harian COVID-19 yang masih tinggi di negeri ini.

"Disebabkan peningkatan kes COVID-19 di Sarawak, MBKS telah memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadan kita yang sepatutnya diadakan di tempat letak kereta berhampiran Pasar Komuniti Stutong.

"MBKS memutuskan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan khayalak ramai yang mungkin berisiko dan berkemungkinan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, yang mana akan menghalang usaha kerajaan dalam membasmi wabak tersebut sepenuhnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wee berkata sudah menjadi tanggungjawab bersama sebagai rakyat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


"Dengan ini juga saya memohon maaf kepada vendor yang telah menunjukkan minat terlibat dalam bazar Ramadan.

"Namun saya merasakan ini bukan masanya untuk kita mengadakan bazar Ramadan apabila kes menunjukkan peningkatan tinggi," katanya.

Wee berkata namun beliau berharap bazar Ramadan mungkin dapat diadakan pada tahun hadapan.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) turut mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan pada tahun ini.

kredit : utusanborneo   2021-04-07T11:11:42+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 10:38 PM | Show all posts
Bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 Sibu dibatalkan


Dr Annuar menunjukkan paparan pembatalan bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu membuat keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2 pada tahun ini.


Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata bazar Ramadan di Pelangi Food Kiosk di Kampung Nangka dan Bandong Walk masih diteruskan.

Pada 31 Mac lepas, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu meluluskan tiga lokasi bazar Ramadan di Sibu iaitu Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, Pelangi Food Kiosk di Kampung Nangka dan Bandong Walk.

“MPS telah menetapkan 50 gerai untuk bazar di Dataran Tun Tuanku Bujang tetapi hanya 20 peniaga yang menghantar permohonan mereka.

“Ini juga salah satu sebab MPS membuat keputusan untuk membatalkan bazar Ramadan di lokasi tersebut,” jelasnya pada siaran langsung Facebook hari ini.


Sementara itu, menerusi paparan yang ditunjukkan Dr Annuar, MPS membenarkan mereka yang baharu dan sedang beroperasi di hadapan rumah masing-masing untuk meneruskan operasi.

QR kod MySejahtera harus disediakan di setiap gerai untuk pengesanan kontak.

Menjawab pertanyaan dalam siaran langsung itu, Dr Annuar berkata, peniaga di Pelangi Food Kiosk dan Bandong Walk perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan untuk bazar Ramadan.

Ujian calitan dijalankan ke atas seramai lebih 500 peniaga bazar Ramadan di Dataran Tun Tuanku Bujang hari ini bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

kredit : utusanborneo 2021-04-07T20:13:08+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-4-2021 10:39 PM | Show all posts
Lembaga Kemajuan Bintulu batal bazar Ramadan, galak jualan dalam talian


BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di seluruh bahagian ini pada tahun ini.


Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 di Sarawak, khusunya di Bintulu.

Pengurus Besarnya, Muhamad Yakup Kari berkata, ia merupakan tanggungjawab semua untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan.

"Oleh itu penjualan (juadah Ramadan) secara dalam talian amatlah digalakkan," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semoga Ramadan Al-Mubarak membawa barakah, dimurahkan rezeki dan semua dihindari daripada segala musibah khasnya COVID-19.

kredit : utusanborneo  2021-04-08T14:32:11+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 10:59 PM | Show all posts
Tiada bazar Ramadan di Samarahan tahun ini - Minos


KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) turut memutuskan untuk tidak membenarkan bazar Ramadan dibuka di Samarahan tahun ini setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 di negeri ini.


Pengerusinya Dato Peter Minos (gambar) berkata pihaknya turut membatalkan dua bazar Ramadan yang diluluskan sebelum ini.

"MPKS memutuskan tidak ada bazar Ramadan di Samarahan tahun ini dan dua (bazar) yang diluluskan (sebelum ini) juga ditarik balik penganjurannya," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata MPKS menarik balik penganjuran dua Bazar Ramadan berkenaan atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

"Kita semua alukan pasar Ramadan tetapi situasi pandemik COVID-19 (sekarang) tidak membenarkan ia diadakan. Kesihatan dan keselamatan rakyat keutamaan kita.


"Jika kita membenarkan ia dibuka, kita pastinya tidak dapat memantau serta menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19 dengan berkesan, pasar Ramadan selalunya sangat popular dan menarik kunjungan orang ramai," tegasnya.

Beliau menambah, MPKS juga menyedari langkah sama diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dan mengambil keputusan sama.

"Oleh itu, marilah setiap daripada kita memberi sokongan penuh kepada kerajaan memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini.

"Selagi COVID-19 belum pulih, kita akan terus berjuang," katanya.

Pada Rabu Dewan Bandaraya Kuching Utara  (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memaklumkan Bazar Ramadan tidak akan dibuka di kawasan pentadbirannya.

kredit : utusanborneo  2021-04-08T18:15:25+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2021 11:04 PM | Show all posts
Penduduk kampung tidak digalak mendirikan gerai Ramadan di kawasan kediaman - Dr Abdul Rahman


Dr Abdul Rahman bercakap kepada pemberita dan turut kelihatan Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan.

KUCHING: Penduduk kampung tidak digalakkan untuk mendirikan gerai Ramadan di kawasan kediaman masing-masing susulan situasi COVID-19 di negeri ini, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.


Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu berkata, meskipun pihak berkuasa tidak melarang mereka berbuat berbuat demikian, namun mereka perlu mengelak bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata, pihaknya memahami mungkin ada penduduk kampung yang menjual barangan Ramadan untuk menjana pendapatan, asalkan ia tidak menarik terlalu ramai orang.

"Namun begitu, mereka harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menyediakan kod QR MySejahtera, memakai pelitup muka dan pensanitasi tangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas tinjauan tapak projek di kawasan pentadbiran DBKU di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman maklum bahawa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah membatalkan bazar Ramadan di kawasan tadbiran masing-masing ekoran daripada peningkatan kes COVID-19.

kredit : utusanborneo  2021-04-08T15:28:09+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2021 11:12 PM | Show all posts




Majlis Daerah Luar Bandar Sibu batal bazar Ramadan di Pasar Ria Sibu Jaya

SIBU: Ekoran peningkatan kes COVID-19 di Sarawak, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadan pada tahun ini yang sepatutnya diadakan di Pasar Ria Sibu Jaya.


Pengerusinya Sempurai Petrus Ngelai (gambar) berkata bagaimanapun bagi mereka yang beroperasi di rumah adalah dibenarkan dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak majlis.

"Adalah menjadi tanggungjawab bersama kita sebagai warganegara untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

"Kita digalakkan beroperasi melalui pesanan dalam talian atau secara pandu lalu menggunakan saluran digital anda untuk memberitahu pelanggan bahawa pilihan dalam juadah yang dijual tersedia kepada pelanggan," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Menyentuh mengenai syarat-syarat bagi mereka yang beroperasi dari rumah menjual juadah-juadah berbuka puasa, Sempurai berkata, semua peniaga termasuk pengendali makanan dan pembantu diwajibkan terlebih dahulu menjalani ujian rt-PCR sebelum menjalankan perniagaan dan membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun 2021.


Jelasnya lagi, mereka juga dikehendaki menyediakan kaunter saringan pendaftaran yang dijaga serta disediakan alat ujian suhu, MySejahtera, buku daftar (nama, nombor telefon, tarikh, masa, suhu) dan cecair pensanitasi tangan.

"Jumlah peniaga dan pembantu terhad kepada tiga orang sahaja dengan konsep jualan/belian adalah bawa pulang sahaja (tempahan secara dalam talian adalah digalakkan) atau secara pandu lalu.

"Penghantar makanan juga wajib berdaftar dengan MDLBS," katanya lagi.

Selain itu, ujarnya, para peniaga harus mempunyai Sijil Kursus Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (Tahun 2017 ke atas).

Sempurai memberitahu, peniaga dan pembantu diwajibkan menggunakan pelitup muka, pelindung muka, sarung tangan pakai buang plastik, apron yang bersih, penutup kepala dan pakaian bersih semasa menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman.

"Peniaga dilarang menggunakan penyedut minuman plastik dan bekas polisterina (stirofoam) untuk membungkus makanan kepada pengguna.

"Kebersihan gerai dan kawasan sekeliling mestilah dijaga pada setiap masa dan bebas dari sampah sarap, sisa-sisa makanan, lalat, lipas dan tikus," tambahnya lagi.

kredit : utusanborneo   2021-04-08T18:24:54+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 09:25 AM | Show all posts
Tiada Bazar Ramadan Di Sabah Demi Keselamatan Rakyat

8 APR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempertahankan keputusan kerajaan negeri melarang operasi bazar Ramadan pada tahun ini.

Hajiji berkata keputusan itu perlu dilakukan demi keselamatan rakyat susulan situasi jangkitan COVID-19 yang tidak menentu di Sabah.

“Apa yang penting bagi kita ialah menyelamatkan rakyat daripada penularan pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melawat Pasar Besar Sandakan, hari ini.

Pada masa sama, Hajiji berkata rakyat Sabah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengekang penularan virus itu.

“Kita mestilah tahu bahawa ini antara cara kita untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Saya minta kepada rakyat kita mengamalkan SOP yang betul,” katanya.

Rabu lalu, Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi.

Keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19 di Sabah yang masih membimbangkan berikutan banyak kluster baharu berpunca daripada majlis sosial kebelakangan ini.

8 APR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mempertahankan keputusan kerajaan negeri melarang operasi bazar Ramadan pada tahun ini.

Hajiji berkata keputusan itu perlu dilakukan demi keselamatan rakyat susulan situasi jangkitan COVID-19 yang tidak menentu di Sabah.

“Apa yang penting bagi kita ialah menyelamatkan rakyat daripada penularan pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melawat Pasar Besar Sandakan, hari ini.

Pada masa sama, Hajiji berkata rakyat Sabah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam mengekang penularan virus itu.

“Kita mestilah tahu bahawa ini antara cara kita untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Saya minta kepada rakyat kita mengamalkan SOP yang betul,” katanya.

Rabu lalu, Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan bazar Ramadan di Sabah tidak dibenarkan beroperasi.

Keputusan itu mengambil kira situasi semasa penularan COVID-19 di Sabah yang masih membimbangkan berikutan banyak kluster baharu berpunca daripada majlis sosial kebelakangan ini.


kredit : http://www.pnbbcportal.com/2021/ ... keselamatan-rakyat/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 09:37 AM | Show all posts
Peniaga bazar Ramadan diingat patuhi etika
April 9, 2021  Utusan Sarawak


RASMI … Dato Sri Alexander Nanta Linggi (dua, kanan) ketika perasmian Food Bank Siswa Politeknik Muadzam Shah (PMS) di Dewan Sri Gading, Politeknik Muadzam Shah semalam.• Foto BERNAMA
ROMPIN: Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, KPDNHEP juga akan melaksanakan pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebankan pembeli serta peniaga mematuhi semua peraturan disyaratkan seperti meletakkan tanda harga.

“Saya harap peniaga tahu tanggungjawab mereka kerana ini adalah perkara yang berlaku setiap tahun. Kita akan pantau dan kawal supaya harga jualan tidak melebihi harga maksimum ditetapkan menerusi skim kawalan harga.

“Harga maksimum itu ditetapkan setelah kita melihat pelbagai keadaan dan senario ekonomi, selain membuat kajian, pemantauan dan konsultasi pelbagai pihak berkaitan supaya kita boleh memperoleh persetujuan mengenai harga yang berpatutan itu,” katanya.

Nanta berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Food Bank Siswa di Politeknik Muadzam Shah di sini semalam, yang turut dihadiri pengarah politeknik itu Hassan Ismail dan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin.

Mengulas mengenai Program Food Bank Siswa, Nanta berkata, sejak dilancarkan pada Februari 2019 hingga kini, seramai 17,954 mahasiswa dari 26 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat menerima bantuan berkenaan.

— Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.097394 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list