CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2548|Reply: 10

[Borneo] Isu kekurangan guru: Keutamaan diberi kepada Sarawak, Sabah

[Copy link]
Post time 5-10-2021 03:59 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Kementerian Pendidikan telah mengadakan  perbincangan dengan Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin untuk memberi keutamaan kepada Sarawak dan Sabah bagi mengisi kekurangan guru di negeri terbabit.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, jumlah itu akan diisi melalui pengambilan 18,702 guru secara 'one-off' bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41.

“Kita sebenarnya mengalami kekurangan guru di Sarawak, Sabah dan Johor. (Dan) kerana itu, kita akan memperuntukkan bilangan yang lebih bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru misalannya di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung Sarawak kekurangan kira-kira 3,000 guru ketika ini pada sidang media di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas (B) Kuching di sini hari ini.

Tambah Mohamad, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) kini sedang dalam proses pengambilan jawatan tersebut.

Sebelum itu, beliau turut meninjau hari pertama sesi persekolahan bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas.

Ditanya mengenai jumlah pelajar bawah 18 tahun yang sudah menerima suntikan vaksin beliau berkata, dianggarkan kira-kira 2 juta remaja telah diberi vaksin dalam program vaksinasi di seluruh negara.

Mereka, katanya, telah menunjukkan semangat dan respons yang tinggi terhadap program vaksinasi.  

“Saya percaya mereka sangat teruja untuk mendapatkan vaksin dan  setakat ini, vaksinasi pelajar tiada masalah,” katanya.

credit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya anak negeri Borneo harus diberi galakan utk memilih kerjaya sebagai guru. Not bad what. Masuk dgn gred DG41.

Time guru2 ni masih bujang bolehla station kan di semenanjung  sebagai pengalaman culture dan ragam.  murid. Lepas tu berilah keutamaan pd mereka utk mengisi kekosongan di Borneo selewat2 bila guru2 ni berkahwin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2021 04:33 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 5-10-2021 04:29 PM
Bagi saya anak negeri Borneo harus diberi galakan utk memilih kerjaya sebagai guru. Not bad what. Ma ...
sangat setuju sebab dengan pendekatan macam ni ...
baru lah boleh berjasa kat tanah air sendiri ...

tapi tu la ...
untuk yang nak jadi guru ni...
kena ada minat juga ...

takde minat tapi sebab terpaksa sebab takde pilihan lain ... baik tak yah ...
kesian kat pelajar yang jadi mangsa nanti ...



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-10-2021 04:33 PM
sangat setuju sebab dengan pendekatan macam ni ...
baru lah boleh berjasa kat tanah air sendiri .. ...

Kerajaan negeri mungkin kena bagi inisiatif lebih sikit. Kat UMS tu buat fair ke utk tarik mahasiswa sambung belajar ambil diploma pendidikan under state schorlaship ke.

Hakikatnya kerjaya bidang pendidikan ni stabil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2021 04:54 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 5-10-2021 04:43 PM
Kerajaan negeri mungkin kena bagi inisiatif lebih sikit. Kat UMS tu buat fair ke utk tarik mahasis ...
Rasa nya banyak jer inisiatif yang kerajaan bagi ...
cuma tu la ... ramai rasa "terikat" bila menjadi guru ni...
dengan cuti nya tak seperti yang lain ...
payah nak dapat tempat sendiri ...

sedangkan ...
Hakikatnya kerjaya bidang pendidikan ni stabil.
kan ...
sangat sangat stabil ...


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-10-2021 04:54 PM
Rasa nya banyak jer inisiatif yang kerajaan bagi ...
cuma tu la ... ramai rasa "terikat" bila menj ...

Itu yg rasa kelakar bila diorg ckp terikat dan xboleh pilih tempat sendiri tu.

Diorg kerja kat semenanjung pun sama je klu under private company. Benda atas bos. Xde peluang klu company xde branch kat borneo. Kalau under gov, CHANCE tu mmg ada.

Suspicion saya, sstengah diorg mmg xnak kerja di Borneo sbb rasa convenient duk  semenanjung atau tak abis enjoy lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2021 05:36 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 5-10-2021 05:11 PM
Itu yg rasa kelakar bila diorg ckp terikat dan xboleh pilih tempat sendiri tu.

Diorg kerja kat ...
hahahahaha ades ... tau gak ey...?

sebab menda ni lama dah FC perati2 komen2 kat Isu Semasa nun ...

Ramai mengeluh itu ini ... payah itu ... payah ini ...

Ramai gerun terpelanting ke ulu ... tapi tu FC takde nak salah kan sesapa ... orang Sarawak sendiri tu memilih ... nak sekolah hat bandar2 ja ...
sama Sarawak sendiri tu dok kutuk mengutuk kalo kena pergi ulu2 ...

sedangkan masa "Aku Janji " tu tak ingat ka ... kan...?

macam la kalo kerja lain dier rang boleh sesuka hati nak mintak kerja kat tempat sendiri ... atau nak mintak satu Negeri  suami isteri ...

macam la dier rang saja yang berjauhan ... payah nak cuti ...

ok done luah rasa hati




Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-10-2021 05:36 PM
hahahahaha ades ... tau gak ey...?

sebab menda ni lama dah FC perati2 komen2 kat Isu Semas ...

Diorg sendiri xnak posting ulu. Bila sekolah di pendalaman kurang guru, atau guru pendalaman terpaksa multiple task utk cover kekurangan ni, salahkan federal government. Mmg xpatut.

Dulu dlm penyelidikan saya, few times respondent saya adalah guru semenanjung yg nak balik posting station kat ulu banat Borneo.

Basically most of them said, the inconvenient of life there being greatly off set by the joy of teaching great pupils who wanted to be teached. Murid2 pendalaman amat menghormati dan  menghargai mereka dan menyebabkan guru2 ini amat rasa berbesar hati dan dihargai. Same couldn't be said of urban area kan?

That's why masa PKP kita ada baca kat news, cikgu sanggup hurung sungai apa semua nak hantar material pembelajaran pd murid2. MIGHT BE extra material2 pun cikgu kluar duit sendiri. Instead of fully relying on pdpr.

Bagi saya diorg ni pendidik anak bangsa. Lebih tinggi nilai dari guru. May god bless all that teachers and their pupils.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2021 06:02 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 6-10-2021 02:44 PM
Diorg sendiri xnak posting ulu. Bila sekolah di pendalaman kurang guru, atau guru pendalaman terpa ...
MIGHT BE extra material2 pun cikgu kluar duit sendiri. Instead of fully relying on pdpr.

memang keluar duit sendiri ... ini dari pembacaan FC ...
ada seorang anak Sarawak ni... sampai nangis sebab kena tukar ke sekolah lain ... dia tetap setia nak ngajar kat pendalaman nun ...
tapi... sebab suara lantang beliau ...


antara artikel mengenai beliau

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/573080/cikgu-jelajah-13-kampung-hantar-kerja-sekolah


Murid2 pendalaman amat menghormati dan  menghargai mereka dan menyebabkan guru2 ini amat rasa berbesar hati dan dihargai.
Yes ... ni sangat2 betul... kata2 beberapa orang Cikgu dari Semenanjung sendiri ... sayur ikan tak yah beli... ada jer mak pak datang bagi...
tak pun mancing sendiri  sebab kat ulu sana ikan nya banyak lagi...

Plus ... mak pak pun sangat2 hormat kat Cikgu2 ...which is ... bak kata akak..
Same couldn't be said of urban area kan?




Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-10-2021 06:02 PM
memang keluar duit sendiri ... ini dari pembacaan FC ...
ada seorang anak Sarawak ni... sampai n ...

Klu kat urban area, hadap la ragam murid2 yg bukan2. Yg terlibat dgn jenayah lagi.  Tambah lagi ragam parents yg campak semua tanggungjawab kat cikgu. Umpama,  cikgu yg kena takut kat murid2.

Beruntung kan FC siapa jadi cikgu ni. Ilmu yg diajar dengan ikhlas di ajar dpt pahala. Gaji pun jalan. Bila murid dah besar dan mempraktikkan apa yg diajar, ada lagi pahala. Lubuk pahala lah kerjaya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya, terdapat lambakan graduan pendidikan yang belum dapat posting. Bayangkan grad tahun 2009 pun belum dpt posting. Baru2 ni spp buka permohonan untuk setel masalah kekurangan guru kononnya. Tau tak berapa org yang apply?  Yg ada diploma dan degree pndidikan shj sdh 30k. Pelik tapi benar. Itulah hakikat sebenar. Bukan pasal orang x minat jadi cikgu tapi maslah ni la. Tak dapat posting!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053610 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list