CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: BabeYSHa

~ MISTERI POKOK/TUMBUHAN/BUNGA ~

[Copy link]
Post time 2-9-2006 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by cfu at 1-9-2006 06:59 PM
cfu rasa yang soulha nampak dan ditindih2 ialah 'tuan' pokok tersebut.....cuma kalau soulha ada sedikit keberanian dalam takot...letak balik di tempat asal pokok paku gajah yg emak ambik....lepastu ...


hihihi..lawaklah hang nie..bkn wa la..mak wa yg kena tu..tkder yg berkaitan ngan wa pun aaagh...

klu wa makn wa suruh jer dia abik kt jam*** belakang umah wa..kuang kuang kuang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2006 04:10 PM | Show all posts
pokok mangga kat hostel aku dulu adalah pokok paling berpuaka di Zon Keramat <--- penyedap ayat
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2006 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by sayang_mulut at 5-4-2006 08:37 PM
pokok pisang memang one of the pokok yang diangap creepy dikalangan melayu..that is!!! lebey2 lagi pokok pisang bantut tu...ape tah name nye orang panggil..

mak long aku ni jenis orang yang suke ...


cakap pasal pokok pisang, aku terinagt masa kecik2 dulu.. tp nih citer lawak ler

otw balik ngaji aku, kakak aku n sorang jiran aku (budak laki) akan lalu satu blakang umah org nih.. umah dia ada pokok pisang. 1 ari tuh jiran aku kata, kalo kita pusing pokok pisang 10 kali akan kuar antu.. mula2 1 kali pusing akan kuar mata, tinge etc.. 2 kali kuar itu ini... sampai la sepuluh

aku ngan kakak aku nih punya la lurus n percaya.. dah la masa tuh maghrib. lg menambahkan keseraman.. so kami ber3 pun sambil pegang tgn pusing la pokok tuh.. cam org india pusing kat api masa nak kawin tuh.. pastu complete 2 kali tetiba jiran aku nih benti.. dia g kat i pelepah pisang nih n amik sesuatu.. tau dia amek amek.. 1 gumpalan rambut.. pastu dia kata haa... dah kuar rambut.. pastu campak kat kitorang.. pe lagi menjerit la kitorang mencicit lari blk umah.. yg dia lak pegang lagi rambut tuh sampai jumpa budak2 len kat area umah..

pastu bila dah besar sket aku terfikir.. ampes.. mesti dia dah nampak rambut tuh pastu dia cakap gitu.. tah2 rambut tuan umah.. tapi masalahnya rambut tu mcm serabut, bergumpal2, kasar2 tak macam rambut.. tu yg tgk cam real rambut cik ponti.. tp kdg2 aku pk maybe itu 1 part of d pokok pisang, taktau ler nama nyer pe.. aku pun tak pernah katam pasal pokok pisang.. hehe.. ampes.. tp bila lalu pokok pisang mmg aku seriau sket la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:16 AM | Show all posts




Dunia Botani: Gandasuli ditakuti makhlus halus    - Bersama Ismail Saidin


           
Masyarakat desa zaman dulu gunakan ramuannya untuk menepung tawar, mandi bunga

POKOK gandasuli mungkin terlalu asing bagi generasi sekarang.Bagi masyarakat desa zaman dulu, gandasuli ditanam di sekitar rumahkerana baunya yang wangi. Bunga dan daunnya yang berbau wangi digunakansebagai ramuan mandi bunga atau daun.

Gandasuli adalah satu daripada tujuh jenis pokok yangdigunakan dalam upacara menepung tawar termasuk upacara menghalaugangguan makhluk halus.
        
    Pokok gandasuli berasal dari India ini diperkenalkanoleh orang Hindu ke Jawa seterusnya ke Malaysia. Pokoknya adalah herbaberumpun mempunyai rizom seakan-akan halia, berwarna kelabu asap. Daririzom ini tumbuh batang semu setinggi antara 30 hingga 90 sentimeter(sm). Daunnya yang berbentuk oblong-lanseolat lebar, kira-kira 30hingga 40 sm panjang, 8 hingga 10 sm lebar, tumbuh secara distik denganpetiolnya yang pendek di kiri kanan batang ini. Infloresennya spikaterminal, berbentuk elipsoid kira-kira 10 sm panjang, dengan brakteanyaberbentuk ovat, berwarna hijau dan tiap-tiap satu melindungi 2 hingga 3kuntum bunga yang berwarna putih dan berbau sangat wangi apabilakembang.

   
Spesies lain ialah gandasuli kuning (Hedychium flavescens)yang mempunyai bunga bertompok kuning, bau lebih wangi dengan diriannyalebih tegap berbanding gandasuli.

Pembiakan gandasuli adalah dengan cara belahan rumpunberserta dengan rizomnya. Rizom yang cukup tua boleh disemai danselepas bercambah dengan tunasnya yang cukup subur dipindahkan kebatas. Keratan rizom juga boleh ditanam terus ke batas.
        
Gandasuli mudah hidup, tetapi memerlukan tanah subur. Sebaiknyadisediakan batas mengandungi baja organik atau kompos secukupnya.Permulaan hidupnya memerlukan sedikit pelindung cahaya matahari.Selepas berbunga herba ini akan pupus dan sulinya yang baru akan tumbuhseterusnya berbunga. Sebaiknya, selepas beberapa kali berbunga danpupus, rizomnya hendaklah digali dan ditanam semula di batas yang lain.

                                
Pokok gandasuli boleh juga ditanam di dalam pasu dengan tanahcampuran tanah bakar lima bahagian, najis haiwan yang cukup reput tigabahagian dan dua bahagian pasir sungai. Ketika berbunga lebat, bawa iake dalam rumah. Seluruh rumah akan semerbak wangi.

Herba ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecualimengekalkan kesuburan tanah dengan memberi sukupan daun-daun reput.Adakalanya herba ini rebah dan harus diberi sokongan. Selepas berbungabatangnya perlu dibuang.

Pembajaan dengan baja sebatian kompleks seperti 12:12:17:2 +T.E. atau 15:15:15 hendaklah dilarut terlebih dulu di dalam air sebelumdisiram ke pangkal rumpunnya.

INFO

Gandasuli

Nama Botani: Hedychium coronarium

Famili: Zingiberaceae

Nama Lain: White Ginger atau Butterfly Lily
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:17 AM | Show all posts


bakawali


Pokok Bunga Bakawali kenali nama saintifik nya Epiphyllum Anguliger. Nama lain bagi Bunga Bakawali ini juga ialah Ric Rac Cactus, Moon Cactus dan Queen Of The Night.

Baunya memang semerbak wangi dan akan kembang pada waktu malam, dalam pukul 10.00pm ia kembang. Bau menjadi lebih wangi pada pukul 12.00am iaitu bila ia kembang penuh. Bunganya akan layu bila sudah pagi. Sekali sahaja ia kembang, kemudian ia akan layu.

Menurut kepercayaan orang-orang Cina bahawa Pokok Bakawali boleh mendatangkan tuah dan rezeki sekiranya berbunga. Selalunya ditanam berhampiran dengan tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah pada tiap-taip dahan. Mereka juga percaya sekiranya pokok Bakawali itu mati atau layu bermakna mereka akan mendapat musibah atau suwey.

Orang-orang Melayu percaya ada orang Bunian akan berada berhampiran pokok bakawali semasa bunganya hendak kembang. Ada juga yang percaya bahawa terdapat seorang dewa dari kayangan yang menjaga bunga ini semasa ia kembang.

Ada juga yang percaya bahawa pokok bakawali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang yang menanamnya dan percaya sekiranya tuan punya pokok meninggal dunia, pokok bakawali yang ditanamnya turut akan mati.

Walau apa pun, semuanya adalah kepercayaan semata-mata. Namun rezeki, malapetaka, jodoh dan ajal sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Jangan terlalu percaya kepada perkara yang karut kerana ia boleh merosakkan akidah. lebih baik manfaatkan saja khasiat yang ada pada pokok ini.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:18 AM | Show all posts





katanya digunakan dalam perubatan kena mengena ngan santau
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2008 09:20 AM | Show all posts


Limau Nipis - selalunyer digunakan lam perubatan tradisional utk sampuk @ rasuk..


[ Last edited by  BabeYSHa at 26-11-2008 09:22 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:24 AM | Show all posts
Asal Usul Mandi Bunga

Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi   


Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.  


Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). Di kalangan orang Melayu, ‘mana’ bagi raja-raja dikenali sebagai ‘daulat’ dan ‘tulah’ sedangkan bagi orang-orang ‘agama" (mulanya pawang dan dukun, kemudian sami dan ‘Tok Ca’, akhirnya alim-ulama’) dipanggil dengan ‘berkat’ dan ‘keramat’.

   
Dalam kepercayaan Hindu, tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kegunaan di dalam serba-serbi ritual yang dijalankan. Limau berfungsi mengusir hantu dan syaitan, sedangkan bentuknya yang bulat-bujur melambangkan dunia sebagai ‘chakra’ di sebuah makrokosmos di dalam falsafah occultisme Hindu. Saya pernah melihat ketika Thaipusam, salah satu varieti Kavadi yang dibawa dengan tujuan mahu bertaubat dan bersyukur kepada dewa-dewi, mencucuk bahagian-bahagian badannya dengan set cangkuk-cangkuk besi yang tajam. Satu set cangkuk terdiri daripada dua cangkuk dihubungkan dengan seutas tali khas. Satu cangkuk akan dibenamkan menembusi kulit dan daging pembawa kavadi sedangkan satu cangkuk lagi akan dibenamkan dengan buah limau nipis yang akan dibiarkan berjuntai sambil berat buah limau itu akan menambahkan ‘efek’ cangkuk yang dibenamkan ke dalam badan yang pertama tadi (mungkin lebih sakit dan lebih susah maka lebih banyak pahala dan keampunan dosa yang diberikan??). Sesiapa yang sempat meneliti koleksi poskad tentang tema seperti ‘Malaysian Festival’ atau ‘Penang’ Insya-Allah akan dapat melihat sendiri, kalaupun tidak mahu memerhati dengan lebih dekat akan perarakan di Batu Caves atau Pulau Pinang. Mandi juga merupakan salah satu ritual yang popular di kalangan penganut Hindu, misalnya mandi untuk menyucikan dosa-dosa di Sungai Ganges atau mandi minyak pada pagi Deepavali.

   
Unsur-unsur ‘Islam’ (‘Popular Islam as been understood’, bukan Islam yang berteraskan al-Qur’an dan Sunnah yang sahih) akan ketara apabila bacaan mantera akan dimasukkan lafaz basmalah, dan diakhiri dengan hamdalah dan syahadah (Haron Daud,2001). Orang yang mandi akan disuruh berselawat, membaca surah-surah tertentu, malah ada yang disuruh menghadap kiblat dan mandi ketika azan bergema. Semua ini lebih ketara apabila mandi bunga dianggap sebagai suatu wasilah kepada ‘ikhtiar dan tawakkal’. Lebih pening lagi apabila bomoh sendiri berpesan ‘Allah sahajalah yang menolong awak, saya cuma berikhtiar’(??). Mandi Bunga juga cuba dirasionalkan sebagai ‘agama’ sebagaimana mandi-mandi lain yang disyari’atkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih seperti mandi junub, mandi kerana menganut Islam, mandi sunnat hari jumaat, mandi sunnat Hari Raya, dan sebagainya.

   
Unsur ‘Popular Islam’ juga ketara apabila teori ‘bau’ dapat difahami. Ada orang Islam yang percaya bahawa salah satu makanan makhlus halus khususnya jin dan roh ialah asap dan bau yang tertentu. Oleh itu, salah satu tujuan kemenyan dan setanggi akan dibakar dalam pelbagai upacara ialah untuk menguatkan kedatangan makhlus halus yang tertarik dengan ‘makanannya’. Sebaliknya makhluk halus yang jahat seperti hantu dan syaitan suka dengan ‘bau’ yang lain pula seperti darah dan benda-benda kotor sebagai makanan. Maka, kononnya apabila bau tertentu dihasilkan, makhluk yang suka kepadanya akan datang dan makhluk yang membencinya akan lari.

   
Oleh itu, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ (malaikat 44, jin Islam, roh wali-wali Allah, roh ‘Puteri Gunung Ledang’ dll ?) sebagai khadam atau ‘pendamping’.

[[[ Cuba fikirkan kenapa dalam majlis mawlid ada yang membakar kemenyan yang mahal-mahal (contohnya yang sekilo harganya sampai RM seratus lebih dibeli di Makkah) supaya ‘wangi’? Sekurang-kurangnya diusahakan agar ada bunga rampai daripada campuran daun pandan yang diracik, air mawar, minyak attar dan pelbagai bunga untuk ‘wangi’ ?]]]


Dan mengapa pula ketika pembacaan mawlid, antara pertukaran satu section ke section lain akan diselangi dengan korus ‘ATIRILLAHUMMA QABRAHUL KAREEM…’bermaksud Ya Allah, HARUMkanlah kubur baginda yang mulia .. yang diulang-ulangkan?? (Nak HARUM dengan apa melainkan dengan aroma bau yang wangi?). Saya pernah hadir ke majlis mawlid (in fact saya pun berzanji juga waktu tu) yang ketika sampai ke part menceritakan kelahiran Nabi maka semua hadirin akan bangun bermarhaban sambil dulang-dulang berisi bunga rampai diedarkan untuk para hadirin mengambil seorang sedikit bunga rampai tersebut. Syukurlah kalau semua ni sekadar ‘tradisi’, ‘adat kebiasaan’ atau ‘prop’ dalam suatu pertunjukkan ‘teater berunsur Islam tahunan’ yang sangat bersahaja. Akan tetapi kalau dikaitkan dengan hadirnya roh Rasulullah SAW maka apa akan jadi dengan kesahihan aqidah kita?? Mujurlah kita di Malaysia belum terpengaruh dengan amalan puak Brelvi di India yang sampai menyiapkan pelamin emas untuk kononnya diduduki oleh roh Nabi ketika majlis mawlid. Wallahul Musta’an.

   
Mandi Bunga dilakukan dengan tujuan untuk membuang siol pada pelakunya, menjauhkan gangguan makhluk halus serta sekaligus menaikkan seri dan mendatangkan tuah (‘ong’ kata orang cina) bagi dirinya (Amran Kassimin,1993:34). Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu (contoh daun bertemu urat, warna tertentu etc.) dan bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) ditambah dengan mantera yang dibaca oleh bomoh akan mendatangkan ‘mana’ atau tenaga tak berperibadi yang tersendiri yang akan mendatangkan manfaat yang diinginkan. Wujud juga varieti mandi untuk ‘membuang siol’ yang lain dikenali sebagai mandi tolak bala, ‘mandi pengantin’ untuk bakal pengantin, ‘mandi bertabal’ untuk pertabalan raja yang baru dan sebagainya.

   
Kenapa orang lain yang kena bersihkan sisa mandian? Sebab ‘siol’ (‘sueh’ kata orang cina) itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian, maka kalau orang yang mandi juga yang bersihkan sisa tersebut maka nanti ‘siol’ itu ‘hinggap’ semula, tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.   
Secara peribadi, saya berpandangan bahawa limau bersama-sama sirih pinang adalah merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Misalnya:

   
i. Air tepung tawar yang ‘basic’ terdiri daripada campuran air, bahan-bahan lain dan tidak ketinggalan limau purut yang dihiris (O.K Rahmat,1983:11)  


ii. Kajian A.Aziz Bidin dan Aishah Muhammad (1998:180) terhadap tumbuhan ritual mendapati limau nipis digunakan sebagai pengeras bagi pelajar silat dan perubatan tradisional. Limau purut pula diperah dan dicampurkan dengan air bagi mengubat penyakit terkena buatan orang.

   
iii. Upacara ‘mandi-mandi’ atau ‘berlimau’ diadakan sebagai pakej adat perkahwinan Melayu selepas kedua-dua pengantin bersatu dengan pengantin berpakaian lengkap dan duduk di bawah kain yang diregangkan dengan pegangan dua orang di kiri dan kanan. Air dan campuran limau, sintuk dan sebagainya akan dijiruskan daripada atas menerusi kain tersebut (Syed Alwi,1986:41)

   
iv. Kajian Amat Juhari Moain (1990:105) di Sungai Dacing, Lenggeng Negeri Sembilan mendapati dalam upacara berdoa’ dan memanggil semangat padi, pawang akan mengambil limau-limau yang disediakan untuk ‘ditawarkan’ dengan cara menepung tawar, menjampi dan meludahnya tiga kali. Selepas itu, limau akan dipotong-potong dan dibawa ke sawah untuk ditempatkan di tapak semaian padi agar padi subur dan selamat dari bencana.   
Demikianlah sedikit analisis tentang sebab dan teori mandi bunga, mohon dibetulkan mana yang salah. Adapun tentang kedudukannya di sisi aqidah dan syari’ah Islamiyyah , diserahkan kepada mereka yang lebih berilmu untuk menanggapinya, Insya-Allah.   


Rujukan:


A.Aziz Bidin & Aishah Muhammad. (1998). Kegunaan Tumbuh-tumbuhan. dalam Wan Hashim Wan Teh & Ismail Hamid,ed. Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Wang Kelian Perlis. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain. (1990). Kepercayaan Orang Melayu Berhubung Dengan Pertanian. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amran Kassimin. (1993). Istiadat Perkahwinan Melayu Yang Bukan Daripada Ajaran Islam. Kuala Lumpur: Dinie Publishers.
Haron Daud. (2001). Mantera Melayu : Analisis Pemikiran. Pulau Pinang : Penerbit USM.
O.K. Rahmat S.H. (1983). Pencemaran Akidah Di Nusantara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1986). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Cetakan Ketujuh. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.   
Wallahu A’lam

Sumber : al-firdaus.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2008 09:28 AM | Show all posts


Bunga Puteri digeruni pribumi zaman dulu

Oleh Ismail Saidin


Kehadiran sering dikaitkan dengan penunggu

BUNGA Puteri adalah spesies orkid yang terbesar di dunia dan ia ketahui tumbuh liar menumpang di atas pokok yang tinggi di dalam hutan.

Batangnya berjurai sepanjang tiga meter dan rumpun pangkalnya dipenuhi dengan akar angin. Bunganya keluar pada tangkai yang tegak sepanjang dua meter dan pada satu tangkai terdapat empat hingga 50 kuntum bunga yang besar.



Kuntum bunga ini kembang sekuntum dan berakhir sehingga tiga bulan dan ia kelihatan unik dan menarik apabila berbunga lebat di atas pokok yang tinggi.

Nenek moyang kita zaman dulu amat gerun dengan kehadiran bunga orkid ini yang sering dikaitkan dengan penunggu atau pokoknya kepunyaan puteri bunian.

Masyarakat pribumi tidak berani mengambil bunganya, jauh lagi merosakkan pokoknya menyebabkan keindahan dan keunikan orkid ini terus terpelihara. Pokok orkid ini lebih dikenali sebagai bunga Puteri atau Bidadari

Kehadiran ahli sains barat ke alam Melayu, terus mengenalpasti tumbuhan ini sebagai orkid terbesar di dunia dan menamakannya Grammatophyllum Speciosum atau Tiger Orchid.

Orkid ini terus ditanam di taman botani luar negara dan ada yang melakukan kajian dan hibrid ke atas bunga ini bagi warna bunga yang lebih menarik.

Di Malaysia, bunga Puteri atau Bidadari ini jarang ditemui lagi tumbuh liar di hutan. Orkid ini juga jarang ditanam di taman awam. Kadangkala terdapat juga orkid ini ditanam di taman persendirian dan penggemar orkid menanamnya di sekitar rumah.

Di luar negara seperti di Thailand, pokok ini banyak ditanam di taman awam kerana keunikannya yang berbeza dengan spesies orkid lain yang menjadi tarikan pelancong.

Pembiakan orkid bunga Puteri adalah dengan cara membelah rumpunnya. Belahan rumpun yang mempunyai akar angin ditanam terus ke dalam pasu besar atau kotak penanaman yang diisi dengan pecahan batu bata merah atau arang kayu.

Belahan rumpun boleh juga diletakkan pada pangkal dahan pokok besar dan diikat supaya tidak jatuh. Sebagai pokok menumpang (epifit) orkid ini mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan rapi.

Bagaimanapun, bunga Puteri memerlukan cahaya matahari secukupnya selain putaran angin yang baik. Bunga Puteri juga memerlukan nutrien yang seimbang bagi kesuburan dan pengeluaran bunganya.

Baja Welgrow 15:15:15 disyorkan bagi orkid ini yang perlu disembur seminggu sekali.

Fakta

Bunga puteri

Nama Saintifik: Grammatophyllum Speciosum

Famili: Orchidaceae

Negara Asal: Malaysia, Indochina dan Indonesia

Nama Lain: Bunga bidadari, Tiger Orchid

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 09:31 AM | Show all posts
Teringat cerit filem M Syamalam yang pasal pokok bertindak balas mengeluarkan kimia tu..   lepas pokok mengeluarkan bahan kimia melalui udara, tiba2 orang akan membunuh diri sendiri dengan ngerinya..

Film apa ntah, dah lupe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by princebrunei at 26-11-2008 09:31 AM
Teringat cerit filem M Syamalam yang pasal pokok bertindak balas mengeluarkan kimia tu..   lepas pokok mengeluarkan bahan kimia melalui udara, tiba2 orang akan membunuh diri sendiri dengan n ...


tatutnyer.... mungkin kimia tue merangsang minda atau membuatkan si penghidu berada lam keadaan berhinopsis...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 03:25 PM | Show all posts
sbb tu klu nk tanam pokok bunga...kita kene sentiasa berinteraksi dgn tumbuhan
diharap tumbuhan akan membesar dgn cantik dn sihat....
bunga faham klu kita syg derang....
same gak jgn sbut kita dah dpt gaji dlm kereta.... tetiba kereta rosak ...... sakit ati wehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 06:29 PM | Show all posts
Dah ingat, tajuk filem The Happening..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 06:38 PM | Show all posts
Jakarta, Film 慣he Happening
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2008 07:32 PM | Show all posts
jap .. nak tanya what abt pokok harum sundal malam? pokok ni berhantu jugak ke? kalau nak tanam apa nama lain bg dia n kat mana nak dpt?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 08:15 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by princebrunei at 26-11-2008 06:38 PM
Jakarta, Film 慣he Happening
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2008 08:41 AM | Show all posts
Tapi macam x logik sket kan, orang lain semua mati, hero gak x mati.. tapi cerita memang la misteri, sama cam cerita2 syamalam yang lain.. karya dia paling aku suka the Village dan 6 Sense..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 10:42 AM | Show all posts
heheheh... nama pun hero.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by frmbronx at 4-4-2006 01:12 PM
Dulu kat kampung Bronx pun ada satu pokok kekabu! harap korang tau ler rupa pokok ni camne. Alah buah kekabu ni org dulu2 guna buat bantal. Sekarang nak carik pokok ni pun susah... Dlm kampung Br ...


a'ah...kalo pokok kekabu ni...aku penah gak dengar cite pasal pokok ni kt kg aku..
kesahnye pasal sorang muazzin kt kg aku...kiranya dia ni tukang azan tetap gakla kt kg..
skali tu dia xsihat...nk bangun pi azan subuh dia xlarat..
so dia nk rehatkn bdn tp rasa xsedap ati..
so dia pi bukak tingkap bilik dia...menung arap2kan adala org lain yg pi azan subuh pg tu...
kt tepi umah dia adala pokok kekabu ni...
pokok kekabu kn bcabang2 dhn nyer n xde daun sgt...
dlm dia duk mnung tu dia nmpak cm ada mnda pelik kt atas dahan pokok kekabu tu..
puasla dia duk perati tapi mnda tu duk slonggok je xbgerak2
awal pg..be4 subuh plak tu bkan terang...nk kata itam ke putih ke bukan nmpak jelas pun...
dlm dia duk tknpius2 tu...adala dengar org azan...elok je org azan...mnda tu mlompat tinggi trus ke arah utan lalang blakang umah dia...
dia ckp ms mnda tu mlompat nmpak cam kluang tp besar btul...ngalahkan saiz org...
pastu dia smbung dmam sminggu lg...
dlm pd tu dia intai2 gak pokok  tu memalam..mmg mnda tu ada dtg lepak kt pokok tu..
azan subuh je mnda tu mlompatla blah dr pokok tu
tp bknla tiap2 mlm....
hboh gakla kt kg aku ms tu...cite ni...
aku time tu kalo jmpa ngan muazin ni (asal indon dia ni) msti kgum je tgk dia...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2008 06:30 PM | Show all posts
certain2 pokok memang magnet utk makhluk halus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.674254 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list